BAB 20

29.3K 1.3K 48
                                    

"SELAMAT datang"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"SELAMAT datang".

Seorang perkerja dengan tag nama Wafi, membuka pintu kaca dengan senyuman lebar, Lovely's Boutique, menjadi pilihan Aeden dan Haraa untuk memilih persalinan untuk majlis perkahwinan mereka.

Haraa dan Aeden melangkah masuk kedalam butik itu sambil membalas senyuman yang di berikan oleh lelaki yang membantu mereka membuka pintu.

"Cik dan Encik Tengku, nak pilih sendiri dulu baju-baju yang ada dekat sini atau nak saya yang suggest kan?. Lembut sahaja lelaki itu menegur mereka.

"Awak nak design macam mana?",

Aeden memandang Haraa meminta jawapan.

"Saya tak kesah sangat pasal design, asalkan cantik dan awak suka, itulah yang saya pilih".

Tersenyum manis Aeden mendengar jawapan yang diberikan Haraa. Begitu juga dengan Wafi, tetapi senyumannya lantas dimatikan apabila anak mata Aeden tepat merenungnya tajam.

"Give us the latest design".

Garau kedengaran suara Aeden, menyebabkan Wafi mengangguk dan berlalu pergi untuk mengambil baju-baju yang diinginkan lelaki itu.

"Awak...."

Melihat sahaja Wafi sudah berlalu pergi, pantas Haraa memukul dada bidang Aeden menggunakan beg tangannya, dia perasan akan pandangan Aeden pada Wafi sebentar tadi, serta suara yang dibuat agak garau agar lelaki itu takut.

"Apa?". Aeden menjawab dengan muka tidak bersalah.

"Awak ingat saya tak nampak ke macam mana awak pandang dia tadi?". Haraa membesarkan matanya sedikit kepada Aeden.

"Dah dia yang ikut saya senyum, awak bagi ayat tu dekat Saya, bukan dekat dia, yang dia nak blushing jugak apahal", Aeden menayang muka menyampah.

"Dah lah malas layan awak ni", Haraa berjalan di sekeliling butik sambil tangannya membelek baju pengantin yang lain.

"Malas layan, tapi kahwin dengan saya jugak", Aeden memberi muka bangga dihadapan Haraa.

Haraa menjulingkan matanya keatas, betul-betul nanti taknak kahwin dengan dia kang, tahu jugak menggelupur sendiri.

"Ini latest design yang Encik minta", kelihatan kelibat Wafi dengan beberapa helai baju pengantin.

"Terima kasih", Haraa berkata dengan senyuman manisnya.

"Awak nak try yang mana satu dulu?", sekali lagi Aeden mengajukan soalan pada bakal isterinya.

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now