BAB 18

27.3K 1.3K 67
                                    

"RENUNG apa tu?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"RENUNG apa tu?"

Kaki dilangkah menuju ke gazebo yang berada di tepi kolam renang, air kolam yang memantulkan cahaya matahari menimbulkan sinar kilauan yang cantik pada wajah gadis yang sedang duduk termenung di bawah gazebo rumahnya.

"Takde apa".

Tersenyum manis Haraa apabila melihat kehadiran Aeden menyapanya, mereka kini masih berada di rumah keluarga Tengku Aeden sambil menunggu minum petang, selepas berbincang mengenai tarikh untuk keluarga Tengku Aeden masuk merisik.

Aeden melabuhkan punggungnya di sebelah Haraa yang sedang duduk di gazebo rumahnya sambil menghadap kolam renang yang besar di laman rumah keluarga Aeden.

"Ye ke takde apa-apa, jauh betul termenung awak tu"

Aeden masih cuba untuk mengetahui apa yang difikirkan gadis itu sehingga dia termenung jauh.

Haraa mengalihkan pandangannya pada Aeden, kali ini dia melihat lama wajah jejaka itu.

"Okay sweetheart, tell me what's on your mind, I know there's something you want to tell me, right?"

Aeden bersuara sekali lagi selepas gadis itu hanya mendiamkan diri namun pandangannya seakan-akan ingin memberitahunya sesuatu.

Haraa melihat anak mata hazel milik Aeden.

"Awak betul-betul nak kahwin dengan saya atas dasar cinta, atau cuma sekadar nak lari dari Farisha?".

Akhirnya persoalan yang bersarang di dalam fikiran Haraa berjaya di luahkan, tipulah jika dia tak gembira apabila Aeden meluahkan perasaan padanya, namun hatinya masih tidak dapat menerima dengan baik, agak sukar untuk dia percaya kerana dia cuma gadis biasa yang bertemu dengan Aeden hanya beberapa kali, bagaimana jejaka dihadapannya ini boleh timbul perasaan cinta sehingga sangup menghalalkannya.

Aeden menganggukkan sedikit kepalanya beberapa kali, dia tahu Haraa pasti akan berfikir mengenainya, sama ada dia betul-betul ikhlas ataupun tidak dengan gadis itu.

"Maafkan saya sebab dah buat awak terlibat dalam masalah saya dan Farisha, sejujurnya, mungkin tujuan saya kahwin adalah untuk lari dari dia, tapi saya cuma nak awak tahu, saya bukan macam lelaki bodoh dekat luar sana yang suka-suka halalkan perempuan untuk kepentingan diri sendiri".

Aeden dan Haraa sedang saling bertatapan, walaupun lelaki itu bercakap dalam nada yang lembut, namun dapat dilihat kejujuran pada mata hazel miliknya.

"Kalau betul saya nak kahwin hanya sebab nak lari dari dia, kenapa saya tak kahwin je dengan mana-mana artis cantik dekat Malaysia ni, yang kaya raya dari saya ke, yang harta bertimbun-timbun ke, tapi kenapa saya memilih Haraa Qalisha untuk jadi isteri saya?".

Kali ini penjelasan Aeden bertukar kepada soalan, Haraa hanya menaikkan bahunya sedikit sebagai tanda dia tidak tahu akan jawapan itu.

"Because you are the only one sweetheart, awak lah satu-satunya yang berjaya curi hati saya, awak dapat tarik perhatian saya, lepas pertama kali kita terlangar haritu tak henti-henti saya terfikirkan awak, niat saya nak halalkan awak lebih kuat bila tengok awak kerja keras untuk cari nafkah sendiri, dan rasa nak lindungi awak bila tengok awak menangis teresak-esak masa kejadian haritu".

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now