BAB 51

22.5K 1K 85
                                    

ATAS permintaan Haraa mereka telah sebulat suara untuk pergi bercuti ke Sabah, Haraa mengatakan bahawa Negeri di bawah bayu itu  merupakan salah satu tempat yang paling ingin dia lawati kerana keindahan Gunung Kinabalu, serta pantai yang cantik da...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ATAS permintaan Haraa mereka telah sebulat suara untuk pergi bercuti ke Sabah, Haraa mengatakan bahawa Negeri di bawah bayu itu  merupakan salah satu tempat yang paling ingin dia lawati kerana keindahan Gunung Kinabalu, serta pantai yang cantik dan juga pelbagai juadah makanan yang unik membuatkan tempat itu lebih menarik untuk menjadi tempat perlancongan.

Sudah dua minggu berlalu semenjak mereka merancang percutian ini, namun baru sekarang mereka dapat tunaikan hasrat masing-masing untuk pergi bercuti kerana yang lain perlu memohon cuti terlebih dahulu di tempat kerja, lebih-lebih Aeden dan Zaid, memandangkan jawatan yang digalas mereka adalah sebagai majikan, maka mereka harus menyelesaikan dahulu semua perkerjaan agar tiada yang tertunggak.

"Dalam masa lima minit lagi aku tak nampak buluh hidung Fawwaz dengan Nich, Kita tinggalkan je diorang berdua".

Adib yang sedang berdiri memerhati orang ramai sudah memuncungkan mulutnya, hanya tinggal 10 minit lagi sebelum pintu pagar perlepasan akan dibuka namun kelibat Fawwaz dan Nich masih tidak kelihatan.

"Siot lah, semalam bukan main, kata diorang lah orang pertama yang sampai dulu, sekarang jangankan buluh hidung bunyi nafas diorang pun aku tak dengar".

Ayan bangun dari dudukkannya lalu bercekak pinggang.

"Takpe, sabar dulu, mungkin diorang terperangkap dalam jem".

Aeden yang sedang duduk disebelah Haraa bersuara sambil menyilangkan tangannya, dari tadi dia memerhati adik-adiknya yang terlebih excited nak bercuti, macam sebelum tak pernah lansung pergi.

"Jem nenek dia pukul 10 pagi, jem-jem nak pergi mana".

Adib menjeling kearah Aeden, agak-agak lah nak backup member pun biarlah alasan yang logik sikit.

"Jeling-jeling aku korek juga biji mata budak ni karang".

Aeden merenung tepat kearah Adib.

Farisha dan Humairah hanya memerhati gelagat kembar itu sesekali mereka ketawa melihat telatah Adib.

Humairah kemudian memalingkan kepalanya memandang Zaid, sejak tadi lelaki itu lekang dari membelek ipad ditangannya.

"Sibuk sangat ke?".

Mendengar suara Humairah lantas Zaid memalingkan kepalanya kepada gadis itu.

"Apa dia?".

Zaid meminta agar Humairah mengulang kembali kata-katanya.

"Saya cakap awak sibuk sangat ke?, sampai mata pun dah nak tembus dah pandang ipad tu".

Humairah memuncungkan bibirnya kearah ipad ditangannya Zaid.

"Adalah sibuk sikit".

Zaid menjawab mendatar lalu mengalihkan pandangannya semula kearah ipadnya.

"Sibuk sikit?, Saya ni P.A awak tau, setahu Saya semua kerja awak dah settle, kerja apa lagi yang awak tengah buat sekarang ni?".

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now