BAB 28

26.3K 1.1K 71
                                    

PINTU kafe dibuka, kaki diatur menuju kearah meja yang terletak agak terpencil di satu sudut didalam kafe itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PINTU kafe dibuka, kaki diatur menuju kearah meja yang terletak agak terpencil di satu sudut didalam kafe itu.

Dari jauh kelihatan ada sosok tubuh seorang gadis yang seperti sedang menunggu kedatangannya duduk di meja itu.

Gadis itu memakai dress berwarna dusty pink separas paha, menampakkan kulit pahanya yang putih gebu, gaya rambut panjang dengan style face-framing layer berwarna coklat dibiarkan terurai begitu sahaja. kaki disilangkan menampakkan lagi aura feminine gadis itu,

Tok!! Tok!! Tok!!

Tangan mengetuk lembut hujung meja, agar gadis itu sedar akan kehadirannya.

"Malik".

Dia menyebut namanya.

Gadis itu mengangguk, sebagai tanda memberi izin jejaka itu untuk duduk berhadapan dengannya.

"Ada apa kau nak jumpa aku?".

"Kau siapa?"

"Dan macam mana kau kenal aku?".

Malik mengajukan soalan, sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya, terlalu banyak persoalan bermain diminda, satu nombor tak dikenali menghubunginya, meminta dia untuk datang bertemu dengan pemilik panggilan tersebut.

Mendengar soalan yang bertubi-tubi dari Malik hanya membuatkan gadis itu tersenyum.

"Siapa aku kau tak perlu tahu".

"Dan macam mana aku kenal kau pun tak penting".

Tangan membuka beg tangan yang diletakkan diatas ribanya, sekeping gambar seorang gadis sedang tersenyum didalamnya diletakkan diatas meja.

"Haraa?".

Malik mengerutkan keningnya.

"Kau kenal Haraa?".

Gambar Haraa yang diletakkan diatas meja dicapai.

"Kau nak perempuan ni kan?".

Dia menyoal kepada Malik, tangannya dinaikkan diatas meja sambil menongkat dagu.

Malik merenung tajam kedalam anak mata gadis itu sebelum menganggukkan kepalanya.

"Kalau kau nak perempuan ni, kerja dengan Aku".

Malik masih menatap wajah gadis itu dengan pandangan kosong.

Sakali lagi beg tangan dibuka lalu mencapai dua keping gambar. Kedua-dua gambar itu diletakkan diatas meja.

Jari telunjuknya yang runcing diletakkan pada gambar disebelah kanan.

"Kau mesti kenal lelaki ni siapa kan?".

"Mestilah kenal, sebab dia yang rampas perempuan kesayanggan kau tu kan".

"Tengku Aeden Shauqeen".

Malik merenung tajam kearah gambar yang dimaksudkan gadis itu.

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now