BAB 40

22.7K 1K 88
                                    

DING!! Dong!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DING!! Dong!!

Kedengaran bunyi lonceng rumah ditekan, membuat mereka semua masing-masing saling berpandangan sesama sendiri.

"Siapa yang datang malam-malam buta ni".

Adib menyoal lalu memandang kearah mereka semua, yang lain tidak membalas masing-masing menaikkan bahu mereka tanda tidak tahu.

Haraa kemudian berdiri lalu pergi kearah pintu, sebaik sahaja dia membuka pintu membulat matanya melihat ada dua orang sedang berdiri di hadapannya.

"Umai!!".

Haraa terus mendapatkan Humairah yang kelihatan seperti baru lepas bergaduh dan tidak terurus dan sedang dipapah Zaid.

"Umai kenapa?, apa jadi dengan Umai?".

Haraa menyoal sambil mendakap bahu Humairah untuk masuk kedalam rumah, yang lain juga turut terkejut, lebih-lebih lagi apabila melihat Zaid juga turut datang bersama Humairah, panjang umur dia.

"Kenapa apa dah jadi ni?".

Aeden berdiri memberi ruang kepada Humairah yang sedang dipapah oleh Haraa untuk duduk di sofa.

"Haraa...."

Humairah yang hanya mendiamkan diri akhirnya bersuara, dia kemudian menatap mata Haraa lama, sebelum dia menyedari ada air mata jatuh di pipinya.

"Umai!!, kau kenapa?, apa dah jadi?, Jangan buat aku takut".

Haraa yang melihat Humairah mengalirkan air mata sudah berasa panik, dia mendakap tubuh Humairah, dia tidak pernah melihat Humairah menangis, sepanjang mereka berkawan Humairah merupakan orang yang paling susah menangis, jika air matanya jatuh itu bermakna ada sesuatu yang besar berlaku kepadanya.

Tubir mata Haraa juga sudah berasa panas, dia tidak sangup melihat sahabatnya menangis seperti ini.

"Rith apa dah jadi sebenarnya?".

Sekali lagi Aeden bersuara, dia memandang kearah Zaid yang sedang berdiri sambil memandang kearah Humairah dengan pandangan sayu.

"Bekas kekasih Haraa, Malik, dia cuba nak r*gol Humairah".

Tanpa sebarang tapisan Zaid menjelaskan membuatkan semua orang terkejut.

"Allahu, Umai!!".

Makin kuat air mata Haraa mengalir selepas mendengar penjelasan Zaid, dia memeluk tubuh Humairah, dia tidak sangka Humairah juga akan melalui pengalaman hitam yang Malik tinggalkan kepadanya.

"Aku tak rasa Humairah boleh balik ke rumah dia sekarang, sebab Haraa pernah tinggal dekat sana, mesti lelaki tu tahu rumah dia dekat mana".

Zaid berkata sambil memasukkan tangannya kedalam kocek seluar.

"Takde jaminan Humairah selamat kalau dia balik ke rumah, tak mustahil lelaki tu tak datang balik kacau dia".

Ayan juga bersuara, dia kemudian memandang kearah Aeden.

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now