BAB 53

21.3K 1K 118
                                    

ANGIN malam yang lembut menampar wajahnya membuat dia memejam mata, bunyi ombak yang menghempas di tebing pantai menambahkan lagi ketenangan malam yang semerbak dengan haruman lautan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ANGIN malam yang lembut menampar wajahnya membuat dia memejam mata, bunyi ombak yang menghempas di tebing pantai menambahkan lagi ketenangan malam yang semerbak dengan haruman lautan.

Farisha yang sedang duduk diatas pasir pantai menjulurkan kakinya kedepan, dia mengerakkan kakinya kekiri dan kanan lalu mendengungkan sebuah lagu sambil merasa angin pantai yang menyapanya dengan lembut.

"Awak memang suka duduk sorang-sorang ke".

Kedengaran satu suara garau menegurnya dari arah belakang.

Melihat pemilik suara itu lantas membuatkan Farisha tersenyum manis.

"Boleh Saya duduk?".

Farisha membalas dengan anggukkan kecil.

Mendapat keizinan dari Farisha, Nich melabuhkan punggungnya bersebelahan dengan gadis itu tpi masih mengekalkan jaraknya.

"Awak memang suka duduk sorang-sorang ke?".

Nich mengulang kembali soalannya kepada Farisha.

"Saya bukan suka duduk sorang-sorang, tapi saya dah terbiasa duduk sorang-sorang".

Farisha memandang kearah Nich sekilas dengan senyuman sebelum mengalihkan kembali pandangannya kearah laut.

Nich yang melihat wajah cantik gadis itu sudah merubah riak wajahnya, sayu pandangannya pada Farisha.

"Awak jangan tengok Saya dengan muka nak kesiankan Saya ye, Saya cubit awak nanti".

Farisha mengetap bibirnya apabila melihat Nich sudah memandangnya dengan pandangan simpati.

"Awak happy tak datang sini?".

Pantas Nich mengubah topik serta riak wajahnya apabila Farisha berkata sedemikian.

"Mestilah happy, Saya dapat lupakan semua masalah pasal Daddy dan Adik Saya bila dekat sini, kena-kena lagi saya pergi dengan korang memang happy sepanjang hari lah jawabnya"

Nich tergelak kecil selepas mendengar jawapan Farisha.

"Awak?, Awak happy tak datang sini?".

Giliran Farisha bertanya kepadanya.

"Happy, mestilah happy, saya nikmati sangat percutian ni, mungkin sebab ni percutian terakhir Saya tahun ni".

Nich memandang kearah Farisha.

"Percutian terakhir?, maksud awak?".

Farisha mengerutkan keningnya.

"Lepas ni saya mungkin busy dengan kerja saya semula, dapat cuti pun mungkin tahun depan, itu pun belum pasti lagi kalau tahun depan tak banyak kes sangat"

Riak wajah Farisha yang tadinya ceria sudah bertukar sayu selepas mendengar jawapan Nich.

"Maksudnya awak dah nak balik France ke?"

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now