BAB 35

23.4K 1K 67
                                    

FAIL yang dihulurkan oleh Fawwaz dicapai, pantas fail itu dibuka lalu membelek satu persatu isi kandungan didalamnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FAIL yang dihulurkan oleh Fawwaz dicapai, pantas fail itu dibuka lalu membelek satu persatu isi kandungan didalamnya.

"Berapa jumlah kerugian?".

Aeden memandang kearah Fawwaz, tiada senyuman hadir diwajahnya, renungan mata pada Fawwaz semakin menikam kedalam.

"1.5 Juta".

Fawwaz menjawab, tiada sebarang reaksi ditunjukkan pada jejaka itu, tangannya masih kemas didalam kocek seluarnya.

"1.5?".

Fawwaz mengangguk mengiyakan, sebelum dia membuka ipad yang diletakkan diatas meja Aeden sebentar tadi. Jari jemarinya sibuk bermain di atas Ipad tersebut sebelum memberinya kepada Aeden.

Aeden mencapai ipad yang dihulurkan oleh Fawwaz kemudian dia membaca satu persatu perkara yang tertulis didalamnya.

"Orang tua tu dah mulakan permainan".

Aeden berkata sebelum meletakkan semula ipad diatas meja.

"Dia dah hasut client kita untuk batalkan kontrak perlaburan pada A.S Lead , dan sekarang syarikat tu dah melabur dengan dia".

Mendengar kata Fawwaz membuatkan Aeden berdiam diri buat seketika, dia kemudian berdiri lalu mencapai lot yang tergantung kemas di belakang tempat duduknya.

"Gather everyone".

"Buat meeting untuk atur strategi baru dan rampas balik semua".

"Biar orang tua tu kenal dengan siapa dia tengah berurusan".

Aeden memandang kearah Fawwaz, melihat Fawwaz mengangguk kepalanya sedikit membuatkan dia tersenyum sinis sebelum melangkah keluar dari dalam pejabatnya.

. . . .


Tengku Faliq memandang gadis dihadapannya dari atas kebawah, dia kemudian mengelengkan kepalanya sebelum senyuman sinis diberikan pada gadis itu.

"Aku dah agak, dari dulu sampai sekarang kau tak pernah berubah".

Dia meniliti pakaian gadis itu dari atas kebawah, tubuhnya yang seksi serta cara pemakaian yang terdedah menaikkan lagi aura mengoda darinya.

Gadis itu hanya memandangnya dengan tajam, satu jelingan maut dia hadiahkan kepada Tengku Faliq, kemudian dia tersenyum sinis.

"Baguslah kalau kau dah tahu, tak perlu aku berpura-pura lagi depan kau".

Dia menaikkan keningnya sebelah.

"Buat apa panggil aku".

Dia memberikan soalan kepada Tengku Faliq yang sejak tadi tidak lekang memandang pakaiannya.

"Aku nak kau dapatkan Aeden".

Mendengar jawapan Tengku Faliq membuatkan gadis itu ketawa sebelum dia memandang semula kearah Tengku Faliq.

AEDEN SHAUQEEN [C]: BOOK 1Where stories live. Discover now