01

33 6 0
                                    

Melihat kawannya yang berada di hadapan membuat dia tersenyum senget. Langkah kakinya menjadi laju lalu belakang kepala kawannya ditampar dengan kuat.

"Strike!" Kata Helena dengan bangga apa yang dia lakukan tadi.

"STRIKE KEPALA KAU! Aduh sakit, bongok!"

Si kawannya mengelus belakang kepalanya. Sudah la dia berada dalam mood tidak baik.

"Sorry-sorry."

Kata Helena seraya menolak sedikit kawannya ke tepi untuk berjalan di tengah. Kini empat mereka berjalan dalam menuju ke sekolah.

"Ha aku lupa!"

Jeritan Helena membuatkan ketiga mereka berhenti lalu menatapnya.

"Mende?" Ellie Zoe bertanya.

Belakang kepala Maya Addison ditundukkan oleh Helena membuatkan gadis itu jerit terkejut.

Helena memasang riak pelik apabila melihat kawannya tiada sebarang sign dibelakangnnya.

"Kau cari apa, Hie?

Tanya Clara Amanda dengan menyebut nama panggilan Helena.

"Mana sign kau, Maya?"

Serentak itu Maya menjentik dahi Helena dengan kuat membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan.

"Tahulah aku genap 15 harini tapi bukan sekarang. Pukul 4 petang nanti."

Kata Maya dengan membetulkan mindset Helena. Terus Helena mengaru kepalanya malu.

"Yeke? Sorry."

Helena menarik lengan Clara lalu memeluknya. Maya hanya mengeleng kepalanya melihat karenah Helena. Perangai yang jenis kebudak-budakan yang liar tapi nasib comel.

Terus Maya meletakkan lengannya atas bahu Helena. "Lets gaurrrr!"


-


Kini mereka berempat berada di dalam sebuah bilik stor yang terbiar. Sebaik sahaja tamat sesi pelajaran pada harini, terus mereka bergegas menyerbu bilik itu lalu mengunci pintu.

Ellie menyusun empat kerusi pada satu meja petak. Helena yang memegang cermin itu duduk berhadapan dengan Maya.

3.45 p.m.

Masih berbaki 15 minit sebelum Maya mengetahui vlast' nya. Ellie dan Clara sudah mendapatkannya.

Ellie mendapatkan vlast' jenis Fire dan seorang spesies Hot. Memang padan Ellie mendapatkan Hot apabila gadis itu sungguh kuat. Nampak mereka lihat sign terbentuk yang mempunyai lingkaran seakan mengelilingi leher itu kerana gadis itu memiliki rambut pendek. Tidak lupa juga mata berwarna merah itu.

Manakala Clara mendapatkan vlast' sejenis Water. Dia juga merupakan spesies Hot. Sign yang terbentuk itu sedikit terlindung dengan rambut panjangnnya. Dan mata berwarna biru laut.

"Sekejap lagi, seminit sebelum pukul 4 kau dah kena tutup mata tau!"

Maya mengangguk dengan kata-kata Helena. Dia sudah tahu akan itu. Ini semua cadangan Helena untuk memberi surprise pada diri sendiri apa yang jenis vlast' mereka akan dapat.

"Untung la korang." Kata Helena dengan tiba-tiba bernada sedih.

"Kenapa pulak?"

Ellie memandang Helena kebingungan dengan kata-kata nya.

"Iyelah. Birthday korang semua awal. Aku ni? Seminggu sebelum tahun baru, baru aku tau vlast aku. Elok aku tahu aku spesies apa terus esok tu tahun baru."

[On Hold] LIMITED Onde histórias criam vida. Descubra agora