10

10 7 0
                                    

Perkara yang pertama Helena pergi saat tiba di sekolah ialah perpustakaan.

Dia perlu ke sana untuk meminjam banyak lagi buku tentang vlast'. Akhir-akhir ini, dia banyak tertarik akan vlast' apabila dia mendapat tahu tentang sejarah vlast'.

Rak bahagian sejarah menjadi tumpuan Helena ketika ini. Tidak hiraukan hal sekelilingnya. Mulut kumam kamit membaca tajuk setiap buku.

Helena mendengus kasar apabila tiada satu buku pun yang menceritakan tentang vlast' Spirit tersebut. Dia perlu mencari tahu akan sihir tersebut.

Oh ya !

Helena mula teringat akan kejadian pada pagi semalam. Bulan itu.

Dia mula belek satu persatu buku yang ada disitu. Buku yang menarik perhatiannya sahaja diambil untuk dibawa ke meja untuk dibaca.

Baru dia ingin ke meja, kakinya terasa tersepak satu buku yang jatuh ketika dia mencari buku.

Mata memandang kebawah lalu memperlihatkan buku yang pernah dia nampak.

'Limited'

Satu memori berlalu di fikirannya. Dia pernah ingin mengambil buku ni untuk baca malah tidak sempat apabila berlaku kejadian dimana rakannya menyerang Mistake di padang.

Mengenangkan itu, Helena musykil apabila pengarah sekolahnya berjumpa dengan jenayah yang paling bahaya.

Buku yang berada di tangannya, di simpan semula ke rak buku. Badan dibongkokkan sedikit untuk mengambil buku tersebut.

Kerusi ditarik lalu dirinya duduk. Entah mengapa dia tiba-tiba merasakan satu perasaan yang membuatkan dia gementar. Perasaan yang dia sendiri tidak tahu.

Halaman pertama buku tersebut dibuka. Rupanya buku ini juga menceritakan tentang vlast'.

Tetapi Helena berhenti daripada terus membaca. Air liur diteguk dengan kasar.  Dia baru perasan sesuatu.

Buku ini tidak ditulis dengan bahasanya malah ditulis dengan huruf yang asing bagi Helena atau kita katakan tulisan sihir.

Hanya orang mempunyai vlast' Spirit sahaja boleh membacanya dan mengetahui maksud tersebut.

Bagaimana Helena boleh tahu ?

Itu kerana dia sendiri boleh baca huruf tersebut.







-







"Kau pergi mana tadi ?"

Helena ditegur oleh Ellie. Gadis itu baru sahaja pulang dari tandas dan terserempak dengan Helena yang berjalan di koridor.

"Dari perpustakaan sekolah. Pinjam buku."

Ellie mengangguk menanda dia faham. Faham sangat yang Helena memiliki hobi membaca itu tidak langsung ingin bertanya banyak.

Kini mereka berjalan beriringan menuju ke kelas. Masuk sahaja ke kelas, serta merta kelas yang bising menjadi senyap.

Helena mengangkat kedua keningnya tidak mengerti. Ellie disebelah dipandang. Mata memberi pandangan tidak faham.

"Satu!"

"Dua!"

"Tiga!"

"Happy birthday, Helena Everosè !"

Terus air muka Helena berubah kepada senyum yang manis. Mendengarkan ramai yang mengucapkan itu, membuatkan Helena teringat akan hari ini merupakan hari lahirnya.

Hari dimana dia telah genap 15 tahun. Dan juga menjadi hari bersejarah pada Helena.

"Hie !"

Datang kedua lagi rakan Helena, Clara dan Maya mendekati Helena. Sebuah pelukan dihadiahkan dari Clara kepala Helena.

Mulut sempat membisikkan ke telinga. "Selamat hari lahir, cinta."

Helena membalas pelukan itu. Lepas sahaja pelukan, Helena memandang seisi kelasnya lalu menundukkan kepalanya sedikit.

"Terima kasih, awak semua ! Sayang korang." Senyuman paling manis ditayangkan.

Inilah kenapa Helena disenangi oleh rakan-rakannya. Sentiasa menjadi penyayang dan seorang yang pemurah hati dengan senyuman.

"Jom kita duduk."

Maya mengengam tangan Helena lalu membawanya duduk bersebelahan dengannya. Ketiga-tiga mereka terukir wajah yang gembira. Faham sangat maksud itu.

"Santai ma kawan. Pukul 11.15 malam nanti, baru aku dapat vlast' aku. Sekarang, kita chill-chill lu."

Terus mereka bertiga angguk serentak. Helena mengelengkan kepala melihat itu. Ada-ada sahaja kawan dia ini.

Buku yang dipinjam oleh Helena, ditatap sebentar sebelum gadis itu menyimpan ke dalam beg. Buat masa sekarang, dia perlu beri perhatian pada pelajarannya harini dulu. Nanti baru dia fikir lain.




-





Helena yang sedang mengusung sedulang yang terletaknya satu pinggan biskut dan empat gelas susu putih. Dulang tersebut diletakkan berhampiran dengan meja sebelah katil.

"Aku tak sabar la sia."

Clara yang melihat kearah atas seperti sedang memikir sesuatu. Helena turut tersenyum. Dia tahu apa yang Clara sedang bayangkan.

Tak lain tak bukan, vlast' yang Helena akan terima sebentar lagi. Kini mereka berempat berada di bilik tidur milik Helena.

"Aku rasala kan yang Hie akan dapat vlast' Air macam aku."

Kata-kata Maya mengundang ketawa Ellie yang agak sarcastic tu.

"Hey, beringat sikit yang vlast' Fire akan diterima oleh Helena."

"Eh kenapa pulak ?"

Semua orang bingung dan tertanya. Melihat wajah Ellie yang serius seolah dia maksudkan apa yang dia kata.

"Sebab saja."

Diperlihat barisan gigi milik Ellie. Gadis itu bergurau membuatkan Maya seolah ingin dia jadi beg tinju.

"Ada yang lepak underground nanti."

Helena ketawa melihat Clara yang pasrah dengan Ellie.

Tanpa mereka sedar, 2 jam sudah berlalu dengan gurau senda mereka. Kini sudah tiba masa yang dinanti-nantikan oleh mereka berempat.

"Ready ?"

"We are ready."

Helena memejam matanya sambil bibir mengukir senyuman. Aku harap semuanya berjalan lancar.

Apa yang diharapkan oleh Helena nampaknya tidak berjalan dengan baik. Ruangan bilik tersebut membuat banyak kejutan.

Tetiba cuaca di luar bertukar dari malam yang tenang dengan cahaya bulan kepada malam yang gelap terhiasi cahaya bulan merah.

Bilik yang gelap mula cerah dengan kemunculan cahaya warna putih di belakang leher Helena. Ketiga rakannya hanya mampu membisu apabila perasaan terkejut menguasai diri.

Dan selepas itu,

hidup Helena mula berubah akibat kejadian malam tersebut.

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now