03

17 4 0
                                    

Helena masuk ke dalam rumahnya yang agak sedikit gelap. Selepas menutup pintu dan mengunci pintu utama, dia bergegas ke arah tingkap untuk menyelak langsir supaya ada sumber cahaya menerangi rumahnya.

"Ayah?"

Panggil si anak apabila tidak nampak langsung kelibat si ayah. Helena hairan. Selalunya ayahnya akan berada di ruang tamu sambil minum kopi untuk menunggunya pulang.

"Aya-OH MAK KAU!"

Terkejut Helena apabila melihat ayahnya, Tuan Henrik yang sedang menari sambil mendengarkan lagu dengan menggunakan headphone tanpa sedar kehadiran Helena.

Serentak itu, Helena ketawa melihat ayahnya yang menari macam kayu. Sungguh janggal dan keras sahaja badan untuk bergerak.

Telefon dibawa keluar dari poket beg lalu merakam babak dihadapannya. Tanpa sedar air mata Helena tiba-tiba sahaja mengalir.

Melihat wajah gembira ayahnya membuat hatinya terasa sebak. Segera Helena menyeka air mata.

Selepas Helena berhenti merakam lalu menyimpan telefon, bahu ayahnya ditepuk membuatkan si empunya terloncat terkejutkan.

"HELENA ANAK YANG CAN-Aih kamu ni, Helena. Terkejut ayah."

"Ayah! Habiskan ayat tu."

Helena memuncungkan bibirnya. Tuan Henrik bingung sebelum mengerti maksud Helena.

"HAHA. Helena anak yang cantik."

Kata Tuan Henrik sambil mengangkat tubuh Helena dari pinggang lalu memutar bersamanya. Helena ketawa kegelian suka.

Helena menepuk lengan ayahnya untuk dilepaskan. Tuan Henrik mengusap ubun-ubun kepala Helena.

"Macam mana sekolah harini? Ok?"

Helena menghasilkan senyuman manis lalu menganggukan kepalanya.

"Ok!"

"Lapar? Ayah ada masak something special."

Helena membuat gaya memikir sebelum mengangguk kepalanya teruja.

"Mestilah lapar. Ayah masak apa?"

"Nanti kamu tahu la. Follow me."

Helena mengikut jejak Tuan Henrik yang mempunyai mata warna biru yang menandakan lelaki berusia itu memiliki vlast' Water tetapi spesies Cold.

Sampai ja di meja makan terus dengan tidak sabar, Helena mula menyantap makanan selepas dihidangkan oleh Tuan Henrik.

"Ayah, can i ask you something?"

"Why not. Apa dia?"

"About Mistake. You know about him, right?"

"Suddenly ?"

Tuan Henrik memandang Helena dengan tatapan pelik. Tidak pernah anaknya akan menanyakan tentang Mistake.

"Yeah. Saja la Helena tanya."

"Kamu nak tahu yang mana?"

"All of them."

Tuan Henrik membuat muka seperti kebingungan dengan sengaja mengecilkan matanya.

Helena yang tidak sabar mula merapatkan dirinya dengan Tuan Henrik. Tuan Henrik hanya senyum dalam diam.

"Mistake ataupun nama sebenarnya tidak ketahui oleh orang ramai. Ayah sendiri pun tak tahu nama dia. Dia ni banyak kali salah guna kuasa vlast' dia sampai pihak VISI tak larat tengok mukanya ditangkap."

Muka Helena yang terlalu fokus membuatkan Tuan Henrik sedikit geli hati.

"Pastu ayah ?"

"Pastu ayah tak tahu sangat. Tapi yang ayah tau, pihak VISI tak boleh nak hukun atau bunuh dia. Sebab apa pun ayah tak tahu."

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now