06

19 2 1
                                    

Kelibat ayahnya dicari sebelum telapak tangan ditampar pada dahinya.

"Ayah mana ada dekat rumah. Dia kan ada outstation dekat luar negera."

Satu ja masalah Helena sekarang ini. Sudah muda lagi tapi cepat lupa. Baru sahaja ayahnya beritahu semalam akan ketiadaannya selama seminggu untuk mesyuarat di luar.

Maka tinggallah Helena berseorangannya di dalam rumah yang besar ini. Jikalau dia mempunyai vlast' ketika ini, pasti dia akan bermain dengan vlast' untuk belajar. Tapi apakan daya.

Tubuh badan yang mungil itu dilemparkan keatas sofa diruang tamu. Mengenangkan kisah malam kemarin apabila dia membaca buku lama tersebut.

"Vlast' yang tidak diiktiraf oleh kerajaan. Kenapa aku tak pernah tahu? Aku ingatkan hanya ada empat vlast' tu saja."

Helena mengeluh nafas dengan sangat panjang. Tangan mencapai alat kawalam jauh untuk menghidup televisyen.

Baru sahaja jari ingin memincit butang untuk mengalihkam siaran, satu berita telah menarik perhatian Helena.

"Breaking news, pihak VISI menerima laporan akan berlaku satu keganasan, seorang budak yang dipercayai baru sahaja menerima vlast' setelah genap 15 tahun tetapi malang apabila vlast' yang dimiliki adalah sejenis UNKNOWN VLAST'. Pihak berkuasa ketika ini sedang menahan seorang budak lelaki tersebut untuk dimasukkan ke ACADEMY VINCULA bagi pengajaran. Diharap kepada semua rakyat untuk berjaga-jaga dan sentiasa melaporkan kepada pihak VISI bila-bila masa. Berita seter-"

Helena terus mematikan televisyen. Riak wajah tidak puas hati.

"What ? Takkan macam tu sahaja VISI nak tangkap dia ? Pelik-pelik betul la sistem kerajaan sekarang."

Bukan salah mereka kerana memiliki vlast' tersebut. Itu namanya takdir. Mereka sendiri mungkin tidak memintanya.

Jika mereka boleh membuat pilihan, sudah sepastinya yang mereka tidak akan memilih vlast' yang tidak diketahui itu.

Bayangkan jika mereka boleh memilih. Mungkin kebanyakkan manusia akan memilih vlast' yang paling kuat. Sedangkan vlast' masing-masing mempunyai kekuatan sendiri.






-





"Kau tengok tak berita semalam ?"

Helena nak sedang kunyah burger terhenti. Ellie mendenguk air sehingga habis sebelum menjawab.

Kebetulan kini mereka berada di sebuah gerai makan yang berdekatan dengan kawasan perumahan mereka.

"Tengok. Tak sangka pulak lelaki tu."

"Haah." Clara setuju dengan kata-kata Ellie.

"Jap. Aku tak faham. Borak pasal apa ni ?"

Ketiga-tiga mata tertumpu pada Helena yang sedang mengunyah burger lambat. Maya menampar dahinya perlahan.

"Pasal budak lelaki sekolah kita dapat unknown vlast'. Jangan kata kau tak tau."

Helena mengangguk faham. "Bukan taktau tapi tak sangka yang budak lelaki tu schoolmate kita."

Helena baru tahu akan kehebohan bahawa salah satu pelajar sekolahnya dipercayai mendapat unknown vlast' itu pagi tadi di dalam groupchat sekolahnya.

"Tapi korang kenal ?" Tambah Helena dengan mengajukan soalan.

"Tak."

"Bolehla."

"Entahlah."

Tiga jawapan yang berlainan diterima oleh Helena. Kepala Helena dikalih lalu memandang kearah Clara.

"Apa maksud kau dengan bolehla ?"

"Aku tak kenal sangat tapi setakat perasan dia dekat sekolah tu adalah."

Terus mereka masing-masing merapat antara satu sama lain. Helena yang paling teruja untuk mendengarkan itu.

"Pahal dengan korang ni ?"

"Shush! Cepatlah bagitau lebih terperinci." Balas Helena.

"Tak silap aku dia ni budak art. Selalu la nampak dia  dekat bahagian bilik seni. Kan bilik seni berhampiran dengan kedai minimart. Memang akan nampaklah dia ulang alik masuk keluar dari situ. Tapi aku tak pernah nak kenal atau ambil tahu pasal dia pulak. Then, dia ni jenis senyap ja macam pendiam camtu. Itu jela."

"Kau tak pern-"

"Jangan potong !"

Terjegil mata Clara memandang Helena yang memotong nya dalam proses bercerita. Terus muncung habis bibir Helena ke hadapan.

Clara tersenyum sambil mengusap rambut Helana.

"Sorry. Aku takut nanti aku lupa. Lepas tu, aku tak pernah pulak perasan akan vlast' budak lelaki tu. Ha dah habis. Nak tanya apa tadi, Hie ?"

"Muka dia pernah tak kau nampak ?"

"Pernah, cuma dia jarang tunjukkan muka dia."

"Macam mana wajah dia ?l

"Ada hidung, dua mata, satu mulut, dua ke-"

Ellie memegang tangan Clara secara mengejut membuatkan Clara berhenti.

Mata Clara yang berwarna biru dipandang Ellie dengan tajam. "Kau kalau aku renjam kau dalam air nanti, jangan menyesal."

Clara tersengih sambil menampakkan barisan giginya. Faham sangat yang Ellie sedang menahan sabar dengan perangainya.

Maya hanya mengeluh sambil mengelengkan kepalanya melihat mereka.

"Sorry. Muka dia boleh dikatakan ada rupa. Tu la aku mampu bagitau."

Helena menyandarkan belakangnya pada kerusi. Baki burger ditangan di letakkan keatas meja. Tiada nafsu untuk sambung makan.

Diabaikan tiga rakannya berborak. Didalam fikiran Helena bermain dengan sesuatu perkara membuatkan dia tidak tenang berfikir.

Perkara yang mungkin akan membuka mata lebih cerah iaitu,

bagaimana dia mahu mencari tahu siapakah ibunya?

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now