08

12 6 1
                                    

Kaki Helena berhenti apabila dia mendengarkan satu suara yang sedang mendengus dengan kasar. Kuat sampai membuat Helena penasaran.

Walaupun bulan yang pacak tegak di atas kepalanya menandakan hari sudah waktu tengah malam, langsung tidak menganggu Helena.

Dia perlu mencari punca suara itu. Beg plastik yang mengandungi pelbagai jenis roti digengam dengan erat.

Kaki melangkah mendekati kawasan dari mana suara itu berpunca. Tiba-tiba rasa menyesal dalam hati apabila membuat keputusan itu.

Membulat matanya apabila melihat apa yang berlaku dihadapan matanya. Dia melihatkan seorang lelaki yang sedang meringis sakit sambil tangannya menahan darah keluar lagi banyak dari perut.

Helena mendekati lelaki itu dengan tatapan kerisauan.

"Tuan ok tak ? Tuan ?"

Helena memanggil orang itu supaya gerangan tersebut sentiasa sedar. Susah dirinya apabila orang itu tidak sedarkan diri.

Wajah diangkat bagi melihat gadis yang memanggilnya itu. Helena terkejut sehingga berginjak kebelakang tubuhnya.

"MISTA-"

"Rasanya tak perlu kot kau nak sebut kuat-kuat nama aku."

Mistake berkerut dahinya apabila Helena yang ingin menjerit itu.

"Apa yang berla-"

"Diam dan tolong aku."

Kata Helena dipotong sekali lagi. Membulat mata Helena mendengarkan permintaan itu. Tolong lelaki dihadapannya ini ? Yang merupakan orang yang bahaya?

Helena yang teragak-agak itu tidak sampai hati melihat lelaki itu menahan kesakitan yang baginya amat ngeri itu mula menolongnya dengan membantu dia berdiri.

"Saya akan bawa awak ke tempat yang selamat."

Mistake hanya mengabaikan sahaja. Tidak mampu untuk membalas kata-kata itu. Luka pada dirinya mula menyengat kepalanya.



-



Helena dengan tekun membantu Mistake dengan merawat lukanya itu. Melihat dari luka itu, Helena amat pasti bahawa luka itu bukan sebarangan terjadi. Seolah ada pergelutan diantara Mistake dengan seseorang.

"Kenapa kau tolong aku sedangkan kau tahu siapa aku ?"

Helena yang mendengarkan itu, mengangkat wajahnya melihat Mistake yang sedang menahan perit.

"Awak sedang sakit mestilah saya tolong. Sekarang awak merupakan seorang yang memerlukan bantuan."

"Tetapi tetap sahaja aku ini jenayah yang berbahaya. Kau tak takut ?"

Helena mengakhiri merawat luka itu dengan meletakkan kapas yang dipenuhi darah ke dalam plastik untuk buang. Dia mula duduk bersebelahan dengan Mistake tetapi mempunyai jarak antara mereka.

"Takut tu memang ya. Tapi awak ni ibarat seorang pesakit yang memerlukan doktor. Sayalah doktor itu."

Mistake berdecit mendengarkan ayat itu. Baginya Helena masih belum kenal siapa dirinya.

"Jawapan kau membuatkan aku teringatkan seseorang."

Helena mengalih memandang Mistake. Kelihatan lelaki itu sedang memandang ke hadapan sahaja.

Kini mereka berada di atas curam yang agak tinggi dari kawasan perumahan. Silap langkah, maut menunggu.

"Apa ?" Bingung Helena.

Senyap sahaja Mistake. Tidak langsung membalas atau memandang Helena.

"Mistake, bagaimana awak tahu akan nama saya ?"

Gila. Itu sahaja orang akan katakan pada Helena jika  orang melihat situasi ini. Helena seolah menempah maut apabila berdekatan dengan Mistake.

Tetapi tidak pada Helena. Lelaki ini mempunyai aura yang membuatkan Helena ingin mendekati lelaki ini. Seolah dia memegang satu kunci yang istimewa.

"Aku rasa kau tak patut tahu."

Jawapan itu menbuatkan Helena ingin menjerit tidak suka. Dengan keras kepala, Helena bertanya sekali lagi.

"Bagitau la. Macam mana awak tahu yang nama saya Helena waktu dekat sekolah tu ? Dan yang Henrik tu ayah saya ?"

Dapat dia dengar Mistake yang terkekeh kecil sebelum memandangnya dengan senyuman sinis.

"Aku terfikir jugak kekadang orang macam kau ni macam mana boleh hidup tanpa tau asal usul diri sendiri."

Helena kebingungan. Tanpa sedar, Mistake mula bangun dari duduknya untuk pergi dari situ.

Malah sempat Helena menahannya dengan memegang lengan milik Mistake. Lelaki itu terkalih lalu memandang tangan yang memegangnya.

Riak wajahnya terkejut. Gelang yang ada pada pergelangan tangan Helena dipandang olehnya. Wajah Helena dipandang tajam oleh Mistake.

"Mana kau dapat gelang ni ?"

Terus Helena melepaskan tangannya lalu cepat-cepat menyembunyikan gelang tersebut. Wajah dilarikan daripada dipandang olehnya.

"Aku tanya kau ni !?"

Terkejut Helena apabila dijerkah oleh lelaki dihadapannya. Kenapa dia marah akan Helena yang memakai gelang itu ? Sedangkan itu hak Helena.

" Aivar !"

Seseorang memanggil nama yang asing bagi Helena. Kedua mereka memandang kearah sumber suara tersebut.

Dapat Helena lihat yang Mistake sedang mengetap gigi menahan marah.

"Kenapa kau berkasar dengan dia ?"

Wanita itu mula memandang kearah Helena sebelum wanita itu sedikit terkejut melihatnya.

"Helena."

Seorang lagi yang tidak dikenali Helena menyebutkan namanya. Bagaimana orang lain boleh menyebut namanya jika dia tidak kenal ?

"Jap. Macam mana korang boleh tahu nama saya ?"

Wanita dihadapannya tersenyum sebelum kembali memandang wajah Mistake.

"Jom. Kita kena balik."

Mendengar itu, terus Helena yang ingin lagi bersuara merasakan sesuatu yang aneh pada dirinya. Secara tiba-tiba perasaan mengantuk menghurungi dirinya.

Bagaimana ini boleh berlaku ? Perlahan-lahan Helena merasakan kepalanya berat mula tidak disedarkan diri sebelum tubuhnya ditangkap oleh seseorang.

Sempat Helena mengatakan sesuatu membuatkan kedua mereka sekali lagi terkejut.

"Sihir."

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now