11

12 6 0
                                    

"Hie."

Sayup sahaja Clara menyebut nama Helena. Helena perasan akan nada Clara yang seakan ada perkara buruk telah terjadi.

Helena membuka matanya perlahan. Terkejut akan situasi ketika itu.

Bulan tu. Sama macam malam semalam. Helena yang duduk betul-betul berhadapan balkoni telah nampak akan permandangan di luar.

Gadis itu mengalihkan badannya untuk melihat rakannya. Ketiga mereka diam membisu.

Helena faham akan reaksi tersebut.

Kalau tidak, mereka akan bersorak seronok apabila munculnya vlast'. Tapi kalini ternyatanya tidak.

Helena bangun dari duduk dan mendekati cermin besar. Melihat wajahnya di pantulan cermin telah membuatkan empunya badan turut terkejut.

"Aku akan selamat kan ?"

Satu lingkaran pada lehernya membuatkan Helena pasti vlast' apakah dia telah dapat.

Vlast' Unknown.

Helena tidak jangka akan itu. Bagaimana dia tahu vlast' tersebut adalah vlast' Unknown ?

Lingkaran pada lehernya adalah berwarna putih dan anak matanya berwarna hitam pekat.

Tiada tanda-tanda wujudnya warna merah, biru, kuning atau hijau.

"Kau akan selamat, Hie. Kitorang akan selamatkan kau."

Maya menjawab bagi pihak mereka tiga. Air muka Helena berubah menjadi riak yang sedih. Dia tidak pasti dia perlu percaya atau tidak dengan kata-kata itu.

Bagaimana dia perlu berdepan dengan ayahnya ? rakan sekolahnya ? orang diluar sana ?

Dia tidak mahu masuk ke Academy Vincula. Dia tidak mahu diperlakukan sebagai hamba atau mati. Banyak lagi perkara dia ingin lakukan di dunia ini.

"Aku takut."

Air mata yang ditahan mula mengalir. Clara cepat mendapatkan Helena dan dimasukkan ke dalam dakapannya.

"Ellie, kita nak buat apa ni ?"

Maya mula gelabah. Tidak tahu hendak lakukan apa. Ellie masih lagi diam tapi otak giat berfikir.

Dia pasti orang ramai akan melaporkan kepada VISI jika mereka nampak Helena. Dia tidak mahu itu berlaku.

"Aku ada idea."





-




Tuan Henrik memandang anaknya yang sedang menunduk di meja makan. Naik hairan dia melihat Helena yang lain dari lain.

"Helena, kamu kenapa ? Dari tadi kamu tunduk tapi tak makan-makan. Bagitau la ayah."

Tuan Henrik mula memegang dagu anaknya lalu mengangkat wajahnya dari terus menunduk.

Iris mata Helena bertentangan dengan mata ayahnya.

"Jangan risau. Ayah lindungi kamu. Kita perlu terima takdir dengan hati yang terbuka ya."

Tuan Henrik sudah tahu akan kejadian semalam. Dia turut terkejut apabila mendapat tahu Helena dapat vlast' Unknown. Risau dirinya melihat anak perempuannya tidak berhenti menangis.

Dapat dia lihat wajah Helena membengkak kemerahan. Dia kadang geli hati melihat wajah Helena dianggap comel itu. Tetapi dia mengawal dirinya.

Tangan mengelus bahu Helena untuk menenangkannya.

"Kenapa nasib Helena macam ni,ayah ? Helena takut."

"Janganla takut. Ayah ada dengan kamu. Kawan-kawan kamu pun ada. Apa terjadi kami akan lindungi kamu, Helena."

Helena menatap wajah Tuan Henrik. Tangannya digengam oleh Helena.

"Ni ka maksud ayah soal tinggal haritu ?"

Anak mata bergetar. Tuan Henrik hanya menguntumkan senyuman manis pada Helena. Mendekati Helena sebelum membawanya ke dalam dakapan.

"Ayah sentiasa sayangkan kamu, Helena Everosè."






-








"Cikgu akan ambil kehadiran. Sila jawab 'ya' tanda kamu hadir."

Satu persatu nama dipanggil. Sehingga sampai ke giliranya.

"Helena Everosè"

"Saya, cikgu."

Sepasang mata berwarna biru melihat kearah sumber suara. Tersenyum wajahnya melihat keadaan Helena.

"Helena, kamu dah dapat vlast' Fire. Tahniah."

Mata Helena yang berwarna merah memandang tepat kearah cikgunya.

"Terima kasih, cikgu."

Helena menghadiahkan senyuman tipis kepada cikgu kimia, Marie.

Helena kembali duduk. Nafas panjang dilepaskan dengan kasar. Jantungnya yang berdegup laju menandakan dia sedang gugup.

Clara mengelus belakang Helena menenangkannya.

"Jangan risau. Penyamaran ini takkan terbongkar, ok ?"

"Ok." Helena tersenyum bila mengingatka tentang kisah tadi pagi.

"Kau pasti ke orang takkan perasan ?"

Helena cuba membiasakan diri dengan anak mata berwarna merah. Ellie bawakan Helena kanta mata untuknya.

Ya, dia menyamar dengan memiliki vlast' Fire. Susah baginya untuk bertahan tetapi sekurang kurangnya dia mencuba.

Ellie mengangguk kepalanya. "Pasti. Kau pun kena cuba menjauhkan diri dengan orang sama."

"Jangan bagi diorang pegang or sentuh kau. Paham ?"

Tambah Maya dengan menepuk perlahan bahu. Clara membantu Helena dengan mengepilkan rambut palsu berwarna merah pada rambut Helena. Tak lupa juga simbol dilukis dibekalang lehernya.

Melihat ketiga rakannya yang bersungguh membuatkan Helena bersyukur dapat rakan sepertinya. Dia akan cuba untuk bertahan dengan identiti ini.

"Berangan pulak dia."

Ellie menepuk bahu Helena membuatkan gadis itu sedar ke realiti. Tersengih-sengih gadis itu memandang Ellie.

Ellie hanya mengajuk sengihan Helena. Helena malah menjeling pada Ellie sebelum kedua mereka melepaskan tawa perlahan.

Maya hanya mengelengkan kepalanya sebelum dia ditegur untuk memberi perhatian kepada cikgu di hadapan.

Tetapi satu yang bermain di kepala Helena, what
if mereka suruh Helena untuk gunakan vlast' nya ?

[On Hold] LIMITED Donde viven las historias. Descúbrelo ahora