05

17 3 0
                                    

Melihat dua sahabanya itu, membuatkan Helena dan Maya berlari laju mendekati mereka. Melihat kedua mereka cedera telah menimbulkan perasaan risau dalam diri mereka.

"Apa dah jadi ni !?"

Helena mencapai Clara yang sedang batuk darah. Manakala Ellie dalam dakapan Maya.

"Well-well tengokla siapa ada disini."

Helena mengangkat wajah melihat gerangan tersebut.

Pelajar yang lain mula berlari bertempiaran bagi menjauhi kawasan tersebut.

"Mistake."

"Kau still ingat aku lagi ye, Helena."

Helena terkejut. "Macam mana kau boleh tahu nama aku ?"

"Anak kepada Henrik kan. Henrik tu bapak kau ke ? Haihlah."

Wajah Helena memanas apabila soal ayah dibangkitkan.

"Asal kau serang diorang ?"

Mistake membuat reaksi terkejut dengan soalan Maya sambil jari telunjuk ditunjuk kearah diri sendiri tidak percaya.

"Aku? Aku serang diorang ? Inilah manusia sekarang tahulah aku jahat tapi jangan menuduh sebarangan."

Mistake mula berjalan mendekati mereka berempat. Lalu dia duduk bercangkung bersebelahan Helena.

"Aku datang sini ada urusan tapi dua orang perempuan tak guna ni tiba-tiba serang aku."

Ditunjuknya Ellie dan Clara untuk menunjukkan bahawa dia tidak bersalah.

"Urusan?"

"Helena, Maya bawa Clara dan Ellie pergi ke ruangan perubatan."

Kelima mereka memandang seorang lelaki yang anggaran berumur 50-an berjalan mendekati mereka.

Helena dan Maya mula membantu mereka dua untuk bangun. Apabila mendapatkan arahan seperti itu daripada pengetua, takkanlah hendak dibantah?

Lalu mereka berempat pergi dari situ. Sempat lagi Helena menghadiahkan jelingan kepada Mistake.

Dalam perjalanan pergi dari situ, sempat Helena kalih ke belakang dan melihat kedua mereka yang kelihatan sangat tegang dan serius.




-



"Pelan-pelan."

Kata Clara pada Helena yang sedang membantu mengubatnya.

"Apa dah jadi sebenarnya ?"

Wajah Ellie dipandang menunggu jawapan. Mendengarkan Ellie mendengus kasar tidak suka.

"Aku dan Clara waktu tu hantar barang dekat stor sukan dekat padang. Tiba-tiba Clara, dia nampak Mistake dekat tepi padang tu. Dia apalagi, terus serang la. Aku pun join. Yelakan nama pun penjahat negara. Mesti nak tangkap dia. Tapi lain yang jadi, bila dia pulak yang serang kami dulu guna vlast' dia."

"Jap. Korang guna vlast' tak tadi ?"

"Tak." Jawab Clara bagi pihak Ellie.

Untuk pengetahuan korang semua, setiap pelajar yang telah menerima vlast' dilarang menggunakan vlast' mereka sesuka hati melainkan dia mempunyai kad kebenaran daripada pihak VISI.

Tapi jikalau sudah terdesak ketika itu, pastikan tiada sebarang saksi atau alat elektronik yang boleh merakam apabila ingin menggunakan vlast' mereka.

"Then?"

"Itu jela. Lepastu terus ramai orang mengerumun padang."

Clara membalas sambil menutup mata apabila terasa pedih dibahagian tangan yang sedang dirawat Helena.

"Patut aku cari korang dua takdak kat kelas."

Maya memandang wajah kedua sahabatnya yang cedera itu sekilas.

"Hidup pulak eh kau, Maya. Ingatkan kena bunuh dengan Tuan Mark tu."

Selamba Ellie mengatakan sebegitu pada Maya. Mengetahui kisah hidup Maya membuatkan dia sedikit terkejut melihat gadis itu masih hidup setelah vlast'nya muncul.

Maya menjeling Ellie sekilas. "Mulut biar beradab sikit eh. Bersyukur aku ada membe macam Helena. Ingatkan tak berguna rupanya berguna jugak."

Terus Ellie dan Clara memandang Helena dengan tanda tanya.

"Hie memang berguna. Yang tak bergunanya kau." Maya memegang hatinya seolah dipanah dengan kata-kata Clara.

"Malaslah nak bagitau. Panjang sangat." Balas Helena dengan malas.

"Singkatkan."

Ellie sengih tidak bersalah pada Helena. Helena membuat muka meluat.

"Aku serempak dengan mak Maya pastu dia bawa aku ke rumah dia. Pastu alang-alang tu sembang pasal Maya dekat mak bapak dia. Sekian."

Mereka semua ketika itu membuat wajah lalu meng'ouh'kan dengan serentak.

"Aku sekarang tertunggu ja vlast' Hie sekarang ni. Apa bende agaknya nanti."

Clara berseronok sendiri tidak sabar. Helena tersenyum kecil. Dia sendiri pun tak terfikir bakal dapat vlast' apa nanti.

"Aku dapat rasa dia dapat vlast' Water lah macam ayah dia."

"Aku tak rasa macam tu. Manatau dia dapat macam mak dia. Kan, Hie ?"

Terus air muka Helena berubah.

Mak.

Seorang insan yang tidak pernah dia kenali semenjak dia kecil sehingga sekarang. Bapaknya juga jarang bercerita tentang maknya.

"Sorry, Hie. Aku tak sengaja."

Terus Clara meminta maaf kepada Helena.

"Ish takdak apa-apalah. Aku tak kisah sangat pun pasal vlast' tu. Asalkan ada vlast' sudah cukup bagi aku."

"Tapikan Hie, kau tak pernah terfikir ke pasal mak kau ?"

Ellie bertanya tanpa mahu berlapik. Helena ada la terfikir tapi macam biasa bila mahu ditanya pada ayahnya terus menjadi seorang pelupa.

"Entahlah. Nantilah aku tanya dekat ayah aku."

Yang pasti, dia perlu bertanya pada ayahnya tentang mak. Sampai bila dia akan terus begini.

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now