07

12 4 0
                                    

Esok dimana hari yang dinanti-nantikan oleh Helena. Hari dimana dia bakal mengetahui jenis vlast' yang akan dia terima.

Sebut tentang vlast' , Maya telah mendapatkan jenis spesies pada dirinya iaitu HOT. Bangga Helena mendengarkan tentang itu.

Lagipun dia tidaklah terkejut sangat apabila memang dia tahu semua rakannya bakal mendapatkan spesies seperti begitu.

Lainlah Helena. Helena menjangka akan mendapat jenis spesies COLD kerana sifatnya dikatakan lembut itu.

Tetapi Helena tidak kisah sangat akan itu. Tuan Henrik yang merupakan ayahnya pun spesies COLD. Jadi buat apa dia perlu risaukan.

Pintu bilik dibuka lalu melangkah keluar untuk ke ruang tamu. Keberadaan ayahnya dicari.

"Ayah ? Oh ayah !?"

Helena menampakkan kakinya ke bilik kerja ayahnya. Ketukan pintu bilik dikuatkan supaya ayahnya mendengarkan itu.

Akhir-akhir ini Tuan Henrik seakan mengelak daripadanya. Seolah dirinya sedang menyembunyikan sesuatu darinya selepas pulang daripada outstation tersebut.

Mahu sahaja dia bertanya tetapi sebaliknya Helena memilih untuk mendiamkan diri.

Selepas mendapatkan kebenaran daripada si ayah dari dalam, Helena memulas tombol pintu lalu nampak Tuan Henrik yang sedang tekun melukis sesuatu.

Itulah hobi ayahnya iaitu melukis. Pelbagai jenis lukisan yang sangat cantik dihasilkan oleh Tuan Henrik sehinggakan dia sendiri mempunyai bilik khas untuk menempatkan semua lukisan tersebut.

"Kenapa, Helena ?"

Helena yang sedang ralit melihat ayahnya itu ditegur. Terus ingat akan hajatnya datang kemari.

"Ayah ada sorok sesuatu daripada Helena ka ?"

Terus Tuan Henrik berhenti tugasnya apabila mendengarkan itu. Wajah anak perempuannya dipandang. Pelik akan soalan itu keluar dari mulutnya.

"Sorok sesuatu ? What do you mean ? Tak ada apa-apa yang ayah hendak sorokkan daripada kamu."

Mendengarkan itu membuatkan Helena bertambah curiga. Entah mengapa perasaan sebegitu terbit dihatinya.

"Ayah pasti ?"

Mendapatkan anggukan daripada Tuan Henrik membuatkan Helena mengeluh. Dia amat pasti yang ayahnya sedang sorokkan sesuatu.

Tuan Henrik mula bangun lalu kembali duduk diatas sofa di dalam bilik itu.

"Kenapa kamu berdiri disitu ? Masuklah."

Helena masuk lalu melabuhkan punggung bersebelahan Tuan Henrik.

Tuan Henrik perasan akan sesuatu pada riak wajah Helena. Tidak seperti selalu dia nampak.

"Ada sesuatu yang menganggu kamu ke, Helena ?"

"Kalau Helena tanya, agaknya ayah akan jawab tak ?"

Tuan Henrik terdiam. Tidak faham akan setuasi sekarang ini.

"Kalau ayah ada jawapan, sudah sepastinya."

Helena mula mengambil nafas sebelum menghembus dengan panjang. Wajah ayahnya dipandang.

"Siapa ibu Helena ?"

Dapat Helena lihat riak wajah Tuan Henrik sedikit bertukar. Mungkin terkejut akan soalan itu yang bakal ditanya oleh Helena.


-


Helena memandang sebuah gelang yang mempunyai batu permata berwarna putih jernih. Dia terjumpa saat keluar daripada bilik kerja Tuan Henrik.

Itupun dia ambil secara senyap-senyap. Entah mengapa gelang itu mempunyai satu aura yang membuatkan Helena harus mengambilnya.

Sambil dia memegang gelang itu, dia juga sedang memproses akan kata-kata yang dikeluarkan daripada Tuan Henrik. Apa maksud ayahnya ?

"Kenapa tiba-tiba kamu tanya macam tu ?"

Kening Helena berkerut. " Tak salahkan seorang anak ingin bertanya tentang ibunya."

Tuan Henrik mula melepaskan nafasnya perlahan.

"Bukan ayah tak mahu beritahu kamu, tapi ayah rasa kamu belum sedia untuk semua ini."

"Ayah fikir yang Helena ni apa ? Helena hanya nak tahu siapa ibu Helena ja. Apa yang belum sedia ni ?"

Tuan Henrik memegang tangan Helena lalu mengengam. Situasi ini.

"Ayah pasti yang kamu akan tahu kebenaran itu tapi bukan sekarang masanya. Maafkan ayah terlebih dahulu. Tetapi kamu kena ingat yang apa sahaja akan berlaku nanti, tolong jaga diri kamu dan dengar sahaja isi hati kamu. Ayah minta suatu hari nanti waktu kamu tahu siapa kamu sebenarnya, jangan lupa ayah. Dan pasai ibu kamu itu, selepas hari esok akan satu persatu hidup kamu berubah."

Gelang yang ditangan Helena segera dipakainya. Dia tidak pasti apa maksud ayahnya tetapi dia amat pasti akan sesuatu perkara yang tidak diingini akan berlaku esok.

Mengapa akan jadi begitu ? Helena mengeluh sebelum memandang satu buah buku yang dia sedang baca selama ini.

'Sejarah Kekuasaan Vlast' '

Dia hairan mengapa dia sangat tertarik untuk baca buku ini. Helena terjumpa buku ini saat membersihkan perpustakaan mini di rumahnya.

Di buku ini telah menceritakan segala yang terjadi saat kekuasaan vlast' diwujudkan beribu tahun dahulu.

Akan tetapi buku yang dibaca olehnya ini  membuatkan dia sedikit hairan dan terkejut.  Buku itu masih lagi kelihatan baru dan elok. Seolah baru sahaja buku itu dikeluarkan dari kedai.

Hatinya sedang berbolak balik akan apa yang dibaca olehnya di dalam isi buku tersebut. Apa perasaan anda apabila anda dikatakan membaca sebuah buku yang menunjukkan segala kebenaran vlast'? Patutkah dia percaya ?






*****

Serba sedikit mengenai buku yang dibaca oleh Helena yang bertajuk ' Sejarah Kekuasaan Vlast' '

Buku tersebut merupakan sebuah buku yang menceritakan segala tentang kebenaran berkaitan dengan vlast'. Sudah sepastinya buku tersebut mengandungi tentang apakah, bagaimana, kenapa tentang segala jenis vlast'.

Berkaitan dengan hati Helena yang sedikit resah akibat membaca buku kerana buku tersebut merupakan buku larangan yang mempunyai amaran kepada pembaca yang hanya berketurunan William supaya tidak dikongsikan kepada sesiapa yang telah menerima vlast'

Bukan itu sahaja, vlast' yang diceritakan ke dunia melalui sejarah dari keturunan secara lisan manakala sejarah dari buku secara tulisan mempunyai perbezaan yang amat ketara.

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now