09

10 5 0
                                    

Helena membuka mata dan melihat dirinya yang berada di dalam bilik miliknya. Bagaimana boleh berlaku ?

Adakah mereka yang menghantarnya pulang ? Helena bangun dari baringan lalu memandang kearah jam untuk melihat waktu sekarang.

Dahi Helena berkerut.

3.00 pagi.

Masih awai lagi untuk dia bersiap pergi ke sekolah sekalipun. Dia mengingati kejadian tadi. Bagaimana dia boleh tahu akan dia terkena satu sihir daripada wanita itu ?

Ini kerana dia ada terbaca tentang sihir yang ada di dalam buku ' The Legend of Vlast' '.

Sihir ataupun kita boleh katakan sebagai Spirit.

Walaupun perkara itu tidak diceritakan dalam bentuk yang lengkap. Tapi yang dia pasti bahawa aura dia yang alami semalam adalah salah satu sihir.

Dikatanya di dalam buku tersebut, spirit merupakan salah satu vlast' unknown yang dikurniakan kepada segelintir manusia. Tetapi yang hairan baginya apabila sihir juga telah diiktiraf sebagai vlast' istimewa yang jarang ditemui oleh manusia dan boleh dikatakan hanya 1 orang dalam 100,000 orang boleh memiliki vlast' sebegitu.

Mengapa vlast' spirit diiktiraf sebagai vlast' istimewa dan bukan vlast' unknown ?

Ini kerana pada waktu ketika dahulu, terdapat seorang manusia yang menggunakan vlast' spirit tersebut untuk menyelamatkan peperangan kerajaan yang berlaku secara besar-besaran.

Itu telah memberi impak yang besar kepada kekuasaan dahulu.

Namun, berbeza dengan kerajaan pada kehidupan sekarang.

Malah kehidupan sekarang, Raja Zulhan iaitu pemerintah keempat Kerajaan Zvezda yang merupakan kerajaan tempat tinggal Helena telah mengangkat vlast' spirit ini sebagai salah satu vlast' yang boleh memudaratkan manusia dengan kekuatannya dan meminta untuk semua rakyat mengunci mulut lalu melupakan kewujudan vlast' ini.

Ramai orang mula lupa akan kewujudan vlast' spirit apabila sudah lama tidak mendengarkan khabar tentang vlast' tersebut.

Helena mengeluh. Jika dia tidak gemar membaca buku, pasti sahaja dia tidak tahu mengenai ini semua.  Rupa-rupanya banyak lagi benda yang dia tidak tahu tentang vlast' ini.

Masih lagi bermain di fikirannya yang kedua ialah yang mereka tahu akan nama Helena sedangkan dia tidak mengenali mereka. Pelik bukan jika orang luar tahu akan nama dan lain-lain tanpa ada hubungan antara satu sama lain ?

Dia mesti  mencari tahu akan hal itu. Sudah alang-alang yang Helena sudah sedar dari tidur atau lebih tepat pengsan, dia berjalan keluar dari bilik lalu menuju ke perpustakaan mini rumahnya.

Kaki Helena terhenti tatkala terdengar suara yang sedang bercakap dengan orang lain sewaktu dia berjalan di hadapan bilik kerja ayahnya.

Dia pasti bahawa orang tersebut ialah Tuan Henrik, ayahnya. Tetapi dengan siapakah dia bualkan pada waktu sebegini ?

Baru sahaja Helena niat ingin mengetuk pintu, terbantut apabila bunyi seakan kaca pecah di bahagian halaman belakang rumah.

"Perompak."

Itu sahaja yang bermain di fikiran Helena waktu itu. Kaki deras menjejaki arah sumber bunyi itu. Berhati-hati dirinya melihat apa yang terjadi. Dapat dia lihat tingkap di bahagian atas singki pecah seolah ada seseorang sengaja melakukannya.

Helena ingin menghampiri dapur dengan hati berdebar kencang. Kawasan dapur ketika ini gelap gelita. Hanya sumber cahaya luar yang masuk dari tingkap.

Berhati-hati Helena daripada memijak kaca yang bertaburan diatas lantai itu. Mata memerhati kearah luar tingkap. Membesar matanya apabila melihat sesuatu yang agak mustahil di hadapannya.

Bulan tersebut berwarna merah. Merah darah. Bukan itu sahaja, sekeliling bulan itu terlihat satu bulatan cahaya berwarna putih. Perkara yang telah berlaku ketika ini, agak terkejut bagi Helena.

Tiba-tiba,

"Helena."

Terhinjut habis bahu Helena seakan ingin melompat keluar dari tingkap. Tuan Henrik memberi tatapan seolah sedang menahan ketawa tetapi gagal.

"Kamu dah kenapa, Helena ? Terkejut sangat tu hahaha."

Ketawa Tuan Henrik telah membuatkan Helena melipat kedua tangannya merajuk.

"Ayah ni dah kenapa ? Terkejut Helena."

Helena membuat wajah seakan mahu menangis padahal sangat sengaja mahu manja. Tuan Henrik membawa tangannya ke kepala Helena lalu mengusapnya.

"Kamu buat apa dekat dapur pagi-pagi buta ni ? Jangan kata kamu mau masak mi segera."

Tuan Henrik yang membuat andaian sendiri itu mendapat jelingan daripada Helena. Takde masa gadis itu hendak masak waktu sebegini.

"Ish bukanlah. Ni ayah."

Pandangan mula jatuh pada kearah luar tingkap. Melihat itu, air muka Tuan Henrik berubah sebelum memandang anaknya.

"Masuk bilik kamu sekarang."

Kata-kata disebut dengan nada yang keras. Helena kebingungan tapi tetap lakukan apa yang disuruh. Jarang dirinya melihat ayahnya sebegitu.

Dia amat pasti ada sebab Tuan Henrik lakukan itu. Helena mengeluh lalu berjalan pergi dari situ. Dia menoleh sekejap kearah ayahnya dan melihatkan ayahnya sedang memandang keluar tingkap tanpa berkelip.

Dia harus mencari tahu apa maksud bulan tersebut. Seumur hidupnya tidak pernah melihat bulan sebegitu. Tingkah laku Tuan Henrik membuatkan dia lagi tanda tanya.








__________________
Vlast' Spirit merupakan vlast' yang kelima di antara Fire, Water, Air dan Earth. Tetapi vlast' Spirit sudah diiktiraf sebagai vlast'' unknown dan dibuang daripada sejarah sebagai vlast' utama yang kelima.

Pihak kerajaan meminta nenek moyang mereka untuk diamkan diri atau lupa akan kewujudan vlast' tersebut. Perkara itu telah menyebabkan generasi sekarang tidak ada yang tahu melainkan mereka sendiri yang pelajari dan kaji sejarah.

Akan tetapi ada sesetengah buku sejarah yang menceritakan tentang vlast' tersebut tetapi tidak terlalu terperinci. Dan ada juga sesetengah buku dibuang dan dibakar oleh kerajaan.

Lama kelamaan, vlast' itu tidak didengari dan dikatakan telah pupus. Tambahan pula, ramai yang tidak mengambil kisah akan vlast' Spirit itu.

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now