12

11 4 2
                                    

Earphone disumbat ke dalam kedua belah telinga. Lagu berjudul 'Consume' oleh Chase Atlantic diputarkan. Don't mind her. Dia salah satu peminat CA.

Kedua tangan dimasukkan kedalam poket hoodie. Bukan itu sahaja, kepala hoodie ditutup kemas kepalanya untuk elak penampakkan rambutnya.

Dia sedang berjalan untuk ambil angin yang segar. Tidak larat dirinya untuk asyik berehat di rumah mahupun bilik.

Tuan Henrik kebetulan tiada dirumah. Sibuk memanjang orang tua itu. Keadaan hari yang ingin senja.

Sebuah tapak permainan dituju oleh Helena. Tersenyum dirinya apabila mengenangkan waktu kecil dia bermain disini bersama Tuan Henrik. Hidupnya dimana dipenuhi kasih sayang seorang ayah.

Helena membawa diri ke sebuah permainan buaian sebelum duduk salah satu disitu. Ditolak dirinya menggunakan kaki untuk membuatkan dirinya dibuai.

"Kenapa semua ini perlu berlaku ?"

Sesekali dirinya melepaskan keluhan yang sangat berat.

"Seorang, huh ?"

Terkejut Helena apabila ditegur sehingga dirinya tidak sengaja mengeluarkan gaya taekwando kepada orang tersebut.

"Mistake."

Tangan mengepal penumbuk dengan kuat. Mistake senyum sinis sebelum melabuhkan punggung di sebelah buaian Helena.

Tidak senang gadis itu dengan kewujudan lelaki itu. Risau jikalau ada orang melihatnya dan dianggap menyebelahinya.

"Cuba la kalau kau jumpa aku, buat sikit muka happy ? Aku datang ja mesti muka kau terkejut."

Dapat Helena dengar lelaki itu mengeluarkan nada menyampah. Berkerut dahi Helena mendengarkan itu. Seolah dia dengan Mistake sedang berkawan.

"Hold on. Macam mana awak boleh ada disini ? And why awak selalu muncul depan saya ?"

"Satu-satu, budak. Banyak betul soalan."

Dua pun dah dikatakan banyak ? Helena dengan meluat membuat muka menyampah.

"Aku sendiri tak tahu kenapa aku perlu serempak dengan kau. Mungkin jodoh ?"

"Jodoh acik awak. Muka pun tua."

Terus Mistake memandang Helena dengan tajam sehingga membuatkan Helena menelan air liur dengan takut.

Tatapan itu seolah ingin membunuhnya ketika itu. Mahu sahaja Helena menangis disitu kerana selalu lupa jenayah kerajaan dihadapannya. Sudahlah dia merasakan bahang api disebelahnya.

"Muka aku tua ?"

Terus Helena yang takut, menyatukan tapak tangannya kehadapan Mistake.

"Sorry. Saya tak bermaksud. Awak nampak muda. Handsome dan bergaya."

Gila. Itulah Helena rasakan sekarang. Mata dipejam risau akan Mistake mengeluarkan vlast' nya.

"I know. Aku terima pujian itu."

Helena membuka matanya dan dia dapat lihat Mistake yang menayangkan wajah bangga disitu.

What the hell is going on ?

Betulkah lelaki dihadapannya ini Mistake ? Yang dia tahu Mistake ni seorang yang tidak mudah dibuat main. Pantang apa yang dia nampak menyakitkan hatinya, terus dibunuh.

"Kau dah dapat vlast' kan?"

Pertanyaan tiba-tiba dari Mistake telah mengubah air muka Helena. Jangan kata yang dia tahu aku dapat vlast' unknown.

"Belum."

Terus lelaki itu memandang tepat kearah Helena. "Are you sure about that ?"

Jantung Helena mengepam darah dengan laju. Mana mungkin dia jujur kepada lelaki dihadapannya ini.

"Yeah."

Mistake berdecit melihat Helena yang menjadi seorang munafik. Dia tahu Helena sedang menipunya apabila melihat bertapa hebatnya badan gadis itu bergetar.

"Vlast' unknown bukannya bahaya pun."

Ayat yang dikeluarkan oleh Mistake membuatkan Helena sedikit tertarik. Kenapa lelaki itu berkata sedemikian ?

Dia anggap penjenayah seperti Mistake tidak akan ambil kisah tentang vlast' malah hanya tahu salah guna vlast' mereka sahaja.

"Vlast' bergantung pada diri seseorang. If seorang itu nak guna atas kepentingan sediri barulah dikatakan bahaya. Bukan dengan menghukum seseorang yang memang tidak salah dalam menggunakan vlast' mereka. This is bullshit."

Helena mula menghadam apa yang dikatakan oleh Mistake. Adakah lelaki itu tahu akan vlast' yang dimiliki olehnya ?

Mistake mula bangun dari duduk. Helena hanya memerhati lelaki tersebut.

"Kau terlalu naif untuk dunia yang kejam ni."

Satu perasan yang mula dirasakan apabila dia bersama dengan Mistake. Takut dan

Selesa ?

Kadang dia merasakan Mistake bukan bahaya untuknya. Dia seolah sosok abang yang sedang menemani adiknya.

"Helena."

Gadis itu memadang kearah sumber suara. Satu sampul dibaling kearah Helena.

"Anggap tanda terima kasih aku dekat kau." Ujar Mistake sebelum menghilangkan dirinya disebalik semak.

Helena membuka sampul itu untuk melihat isi dalamnya. Tetapi isi dalamnya menbuatkan Helena hampir menjerit terkejut.


-

"I'm not sure yang dia boleh lakukan."

Bukan main lelaki itu mengangkat kakinya keatas meja. Kuku ditatap olehnya yang penuh gaya.

"Dia boleh lakukan. Aku pasti."

Lelaki itu berdecit mendengarkan kata-kata yang dikeluarkan oleh wanita itu. Gila ke perempuan ni ?

"Kau punya yakin lebih tahap kau yakin lulus matematik waktu sekolah. Kau yakin dia boleh tolong kita ? Mohon bangun la dari mimpi tu ya."

Wanita itu menghadiahkan jelingan pada lelaki tersebut. Pasti ada sahaja lelaki itu menyakatnya.

"Why not ? She got something that we don't."

"She's too pure and innocent. How can budak macam dia boleh tolong kita. Ugh !"

"We will see." kata wanita itu penuh bangga.

"Keep dreaming, idiot."

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now