13

13 2 1
                                    

Apa yang dia sedang baca sekarang ini, amatlah membuatkan Helena ingin pengsan sahaja.

Isi sampul semalam yang diberikan oleh Mistake adalah sambungan muka surat yang hilang di dalam buku ' The Legend of Vlast' '.

Bagaimana dia tahu akan itu ? Sudah sepastinya melihat kesan koyakkan pada hujung kertas tersebut.

Bagaimana muka surat tersebut ada pada Mistake ? Adakah lelaki itu yang mengoyakkan muka surat tersebut ? Mana mungkin.

Helena seakan ingin memecahkan kepalanya sahaja. Banyak sangat andaian dan spekulasi yang ada dalam pemikirannya.

Dia sekarang hanya perlu meminjan semula buku tersebut di perpustakaan nya. Menyesal dirinya memulangkan buku itu daripada disimpan sahaja.

Pelajaran yang dihadapannya tidak diberi perhatian.  Dia pasti ada sebab kenapa muka surat itu dikoyakkan.

"Helena Everosè !"

Helena yang terkejut akan namanya dipanggil segera berdiri. Banyak mata-mata memandangnya.

"Kamu fikir apa sampai hilang fokus dekat pelajaran saya ?!"

Helena menunduk. Tidak tahu untuk memberi reaksi apa.

"Maafkan saya, tuan."

Mendengarkan lelaki separuh baya dengan ayahnya berdengus kasar. Guru tersebut segera mengemaskan barangannya.

"Haih. Sampai disini sahaja kelas kita. Helena, jangan ulangi lagi."

"Baik, tuan !"

Helena memberi senyuman tipis kepada guru tersebut sebelum dia melangkah keluar.

"Tahu malu kena tegur. Kerap sungguh kau berangan eh, Hie."

Kata-kata Ellie mengundang tawa dua lagi rakannya. Helena hanya ketawa mengejek melihat mereka yang ketawa pada Helena.

Helena segera bangun dari duduknya membuatkan ketiga mereka berhenti ketawa dan memberi perhatian kepada Helena.

"Nak pergi mana ?" Tanya Clara.

"Nak pergi bunuh diri. Sakit hati aku duduk dengan korang tiga."

Makin kuat mereka tiga gelak. Helena tidak faham apa yang lawak dari ayatnya. Helena menjeling tidak suka dan melangkah keluar dari kelas.

Pintu perpustakaan ditolak perlahan olehnya. Suasana yang sunyi membuatkan Helena menarik nafas lega.

Yes! Tak ramai orang. Kakinya mendekati rak buku dimana dia meletakkan buku tersebut. Dia berharap buku itu ada lagi.

Sedang tangan yang ralit memegang buku disitu, matanya yang berkanta bertembung dengan sepasang mata berwarna jingga.

Membesar mata Helena melihat itu. Mulut seakan kunci. Mata jingga tu memandang kearah matanya dengan sangat tajam.

Tautan mata tersebut terputus tatkala bunyi pelanggaran seseorang pada rak buku. Terus Helena kalih kearah tersebut.

Kelihatan ada seorang gadis mengelus kakinya yang mungkin punca bunyi tersebut. Helena mendekati gadis itu dengan wajah kerisauan.

"Awak okey ?"

Gadis itu memandang Helena lalu tersenyum nipis. Mata yang berwarna hijau itu mengecil akibat tersenyum.

"Sakit sikit ja. Tak perasan ada kerusi kecil dekat situ."

Ditunjuknya kerusi tersebut yang kelihatan jauh dari mereka. Mungkin terkuat sepakkanya sebentar tadi.

"Maaflah kalau bunyi itu telah ganggu awak cari buku."

Helena tersenyum sebelum membantu gadis itu bangun.

"Takpe. Janji awak tak ada cedera teruk sudah."

"Nama awak apa ya ?" Pertanyaan itu dituju kepada Helena. Tersenyum gadis itu.

"Helena. Awak ?"

"Jasmine. Selamat berkenalan."

Gadis dihadapannya ini memiliki vlast' Earth. Mata hijau yang bersinar cantik dan helaian rambut berwarna hijau kemas diikat.

"Selamat berkenalan juga."

"Saya minta diri dulu ye. Ada kerja saya perlu lakukan. Bye, Helena."

Jasmine melangkah pergi sambil melambaikan tangan pada Helena. "Bye, Jasmine."

Helena mula tersedar akan kejadian tadi segera ke bahagian rak buku tersebut. Dirinya mencari sepasang mata warna jingga itu.

Helena mengeluh. Dia gagal menemukannya. Sekarang ni bukan itu aku nak cari tapi buku tu.

Hairan dirinya apabila lebih 10 minit mencari keberadaan buku itu tapi tidak jumpa. Setahu dirinya, dia hanya meletakkan buku itu di kawasan sini sahaja.

Tidak mungkin ada orang yang meminjamnya. Tiba-tiba Helena menampar dahinya. Lupa bahawa haritu dia pulangkan kepada penjaga kaunter perpustakaan.

Kini dia berhadapan dengan kaunter. Penjaga tersebut tidak sedar kehadirannya terus menyelak buku yang dibaca.

"Erm excuse me?"

Penjaga itu mengangkat wajahnya. Nametag bernama 'Kiera' dipandang sekilas olehnya.

"Awak nak cari apa ya ?"

Helena tersenyum janggal. Ramah pulak kalini penjaga kaunter. Kalau tak bukan main hodoh lagi muka belagaknya.

"Haritu saya ada pulangkan buku dan saya nak pinjam balik."

"Nama buku tu ?"

"The Legend of Vlast' "

Membesar jugalah mata Kiera ketika itu. Dipandang atas bawah pada Helena.

"Maaf tapi buku itu sudah disita oleh ketua perpustakaan."

Helena bingung. Baru sekarang buku itu hendak disita oleh sekolah. Pelik.

"Takpalah kalau macam tu. Terima kasih."

Kiera hanya menguntumkan senyuman sebelum menyambung kegiatannya tadi.

That's okay. Lagipun rujukan nombor muka surat itu ada lagi. Helena cuba untuk berfikir positif.

Dia boleh sahaja baca tanpa meminjam semula buku tersebut. Tapi kalau ada buku baru senang dan mudah untuk dirujuk oleh Helena.

Tanpa sedar oleh Helena, setiap perbuatannya diperhati oleh seseorang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now