02

15 3 0
                                    

Helena sedang menyepak batu kecil di atas jalan. Pikirannya jatuh pada Maya. Dia kat mana eh sekarang ni?

Helena mula berjalan ke arah lorong yang gelap. Sudahlah hari mahu senja. Perasaan gerun di dalam hati diabaikan. Tidak mahu melayan.

Tiba-tiba dia merasakan perasaan yang aneh. Seolah ada mengikutinya dari arah belakang. Dia mula mempercepatkan langkahnya keluar dari lorong itu.

Haa shit! Maki Helena apabila dia masih lagi merasakan dia diikuti. Baru kakinya yang ingin berlari terbantut tatkala lengannya ditarik dan badannya dihempas ke dinding.

Helena yang ingin menjerit, mulutnya ditekup rapat. Lelaki itu tersenyum sinis.

Kini tangan lelaki itu beralih pada leher Helena dan dia merasakan haba yang keluar dari tangan lelaki.

"Duit!?"

Lah merompak ke? Dia ingatkan kenapa. Jap rompak!? Terus reaksi Helena menjadi takut.

"T-tapi saya m-mana ada du-duit. S-saya dekat se-sekolah pun bawa b-bekal."

Jawab Helena dengan ketar-ketir. Makin Helena merasakan kepanasan pada lehernya. Vlast' jenis Fire. Ah panas.

Tangan Helena yang dari tadi diam mula bergerak. Tangan kanan mengumpal menjadi penumbuk lalu menumbuk kearah perut lelaki itu.

"Bodoh punya perempuan !"

Baru Helena yang ingin melepaskan diri, dia ditarik semula oleh lelaki itu. Lelaki tersebut tidak mahu lepaskan peluang. Tak semena-mena Helena diserang dengan gumpalan api diajukan kepadanya.

"Argh, tolong!"

Helena duduk mengcangkung lalu menyembunyikan kepalanya. Dalam hati, dia berkata banyak kali perkataan menyesal masuk ke lorong ini.

Namun beberapa saat kemudian, dia langsung tidak merasakan apa-apa berlaku padanya. Tak kan buat slow mo kot?

Wajah diangkat dan memandang kehadapan. Mata mula membesar melihat siapa di hadapannya.

"Maya."

Helena sebut dengan perlahan. Dia mengungkirkan senyuman tipis melihat Maya yang menggunakan vlast' Air nya untuk menghalakan api itu kearah lain lalu terpadam.

"Pergi."

Satu perkataan sahaja membuatkan Helena mengangguk paham. Kaki mula pergi dari situ tetapi dia kembali menyorok di belakang dinding.

Lelaki di hadapan Maya tersenyum sinis. Tangan mula menepuk sama lain dan menghasilkan bunyi yang bergema.Maya tidak lepas memandangnya.

"I think i know who you are. Maya dari keturunan bangsawan vlast' Fire. Tapi guna Air. Wow."

Terus riak wajah Maya bertukar. Tidak suka isu keluarga disebut-sebut.

"Punya pasal aku la. Kau blah sebelum aku report dekat VISI."

VISI merupakan satu agensi yang berkuatkuasa untuk menangkap sesiapa sahaja yang menyalahgunakan vlast' mereka untuk tujuan tidak baik. Mereka ibarat polis.

Lelaki itu tersenyum ringai. Perlahan kepala hoodie di tolak ke belakang dan face mask dibuka bagi menampakkan wajahnya.

"Kau nak report? Report la."

Maya terus terkejut. Bukan dia sahaja, Helena yang sedang bersorok pun terkejut. Tidak sangka dia bakal berjumpa dengan lelaki ini.

Lelaki yang bahaya dan sudah banyak kali menjadi tahanan VISI atas penyalahgunaan vlast' sehingga digelarkan 'Mistake'.

"Jangan la terkejut. Tahu la aku ni famous. By the way, kali ni aku bagi chance korang dua lepas. Kalau aku jumpa korang lagi nanti, siap sedia untuk tinggal nama."

Mistake mula melambai tangan lalu memakai face mask semula. Kaki melangkah pergi dari situ.

Maya jatuh terduduk. Helena yang tadi sorok, mula berlari mendekati Maya. Tangan diletakkan diatas bahu Maya.

"Maya, kau ok?"

Maya memandang Helena sebelum menepis tangan gadis itu. "Aku ok je."

Baru Maya yang ingin pergi dari situ, Helena bersuara. Geram melihat rakannya seorang ini.

"Salah aku ke? Salah aku ke sampai kau nak tepis aku? Salah aku ke kau dapat vlast' Air? Salah aku ke bagi pendapat macam tu? Salah aku ke ka-

"Memang! Memang salah kau! Puas!?"

Balas Maya dengan geram. Mata mencerlung tajam kearah gadis itu. Mata Helena mula bergenang air mata.

Helena mula berlari meninggalkan Maya dengan air mata mengalir di pipi. Sehinggalah terlanggar bahu dengan seorang wanita.

"Mak cik."



-




"Maya dah balik."

Kasut dibuka lalu diletakkan diatas rak disediakan. Baru yang dia ingin melangkah naik ke bilik, namanya dipanggil.

"Maya Addison."

Suara itu bergema satu rumah yang sunyi sepi. Maya berhenti lalu membalikkan badannya menghadap sang empunya suara.

Mata warna merah itu sedang memandang dia panas manakala satu lagi hanya biasa. Melihat warna anak mata anak mereka membuatkan Maya tahu apa tujuan dia dipanggil.

Kaki melangkah mendekati si bapa lalu melutut kearahnya. Si ibu terkejut.

"Maya tahu apa yang bapa fikir. Maya sedia untuk dibunuh."

Kata-kata Maya membuatkan kedua mereka memandangnya bingung.

"For what?"

"I got vlast' Air."

"So?"

Maya mengangkat wajah memandang kedua wajah ibubapanya.

"What do you mean by 'so'? Bukan keturunan kita diharamkan vlast' selain Fire ke? Kalau vlast' selain Fire, akan dibunuh."

"Yeah, you're right. But I'm not gonna to kill you."

Maya mula berdiri dari lutut. Wajah garangnya dipandang. Mata kuning itu memandang tepat pada mata merah milik ayahnya.

"Sebelum ni you already killed my brother because he got vlast' Earth. And now why?"

Sebenarnya dia punyai abang sebelum dia. Tetapi dia dibunuh akibat memiliki vlast' Earth. Dan lagi membuatkan si bapa yang tidak puas hati apabila dia seorang spesies Cold.

Si bapa mula bangun dari duduknya. Ketinggian yang dia miliki membuatkan Maya terpaksa mengangkat wajahnya tinggi. Lelaki berusia itu mengetap gigi geram.

Lama juga si bapa perhati sebelum pergi dari situ. Kata-kata si bapa yang sempat dilontarkan membuatkan Maya tercengang.

"Ask your friend. Dia yang minta aku untuk tidak bunuh kau."






_____________________

_*_

Name: MistakeZodiac sign: -Date birth: -Family name: -Vlast': FIRESpecies: HOTBlood type: -Personalities: Danger and Evil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Name: Mistake
Zodiac sign: -
Date birth: -
Family name: -
Vlast': FIRE
Species: HOT
Blood type: -
Personalities: Danger and Evil

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now