04

20 4 0
                                    

Dengan lemah, Helena berjalan masuk ke dalam perkarangan sekolah. Harini dia saja lambat datang sekolah.

Teringat akan peristiwa muka surat yang dikoyak dari buku itu. Siapa punya kerjalah. Bukannya satu yang dikoyak malah sampai habis chapter tajuk itu.

Seperti ada seseorang yang sengaja koyak muka surat buku itu. Satu hal pulak akan menghantui Helena kerana curious akan hal itu.

Pintu kelasnya dibuka menampakkan pelajar lain sedang rancak berbual sesama mereka. Kelibat tiga sahabatnya dicari. Dahi Helena berkerut apabila meja mereka kosong menandakan seolah mereka tiga tidak hadir ke sekolah.

"Aik ? Mana diorang ?"

Beg sekolah diletakkan keatas kerusi. Rasanya kelas sepatutnya telah mula. Tetapi mana perginya guru?

Kaki melangkah keluar dari kelas. Tidak lupa buku tentang vlast' di dalam dakapannya. Sudahlah lewat ke sekolah, sekarang hendak ponteng ke kelas pulak.

Perpustakaan sekolah menjadi hala tuju Helena. Helena meletakkan buku tersebut diatas kaunter pinjaman.

"Saya hendak pulangkan buku ini."

Petugas perpustakaan memandangnya sekilas lalu mengambil buku itu dan mengabaikan Helena.

Bruh what the hell. Palau aku camtu ja. Kaki Helena melangkah pergi dari kaunter tersebut. Tanak dia berlama di sana.

Sedang dia bingung akan keberadaan ketiga sahabatnya itu, dia mencari buku lain terlebih dahulu.

Bukan dia tanak hubungi Maya, Clara mahupun Ellie tetapi entahla dia tiada niat untuk hubungi mereka tiga.

Buku bahagian rak sejarah didekati oleh Helena. Mata sedang khusyuk mencari buku. Malah bunyi bising dari rak belakang lebih menarik perhatian Helena.

Kepala dijengulkan sedikit ke arah tepi rak untuk lihat punca bunyi bising tersebut. Apa yang lihat sekarang ini amatlah membuat dia terkejut.


-





"Lain kali hati-hati la. Nasib kau luka sedikit ja."

Kata Helena sambil membalutkan plaster pada jari Maya yang terluka sedikit.

Rupanya bunyi bising itu punca dari Maya yang tidak sengaja mengeluarkan vlast' Air mengakibatkan rak buku di bahagian belakang tersebut jatuh.

Maya hanya mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang dia lakukan sekarang ini.

Helena yang perasan itu membiarkan sahaja. Dia masih lagi teringat akan peristiwa haritu. Masih lagi terasa di dalam hati. Tetapi kawan kan.

Setelah selesai, Helena ingin beransur pergi untuk menyambung aktivitinya. Malah terbantut apabila Maya menarik lengan Helena.

"Aku nak cakap dengan kau sedikit."

Helena tanpa banyak bunyi hanya mengiyakan lalu mengekori Maya ke sebuah meja. Kedua- dua mereka melabuhkan punggung secara berhadapan.

"Cakaplah. Satgi aku na-"

"Aku minta maaf pasai haritu."

Kata Helena terpotong. Wajah Maya yang tunduk dipandang oleh Helena. Helena tersenyum.

Maya yang terkenal dengan sikap ego membuatkan Helena sedikit terkejut. Jarang baginya Maya akan mulakan perbualan dengan maafan.

"Pasal ?" Sengaja Helena buat-buat tidak tahu.

"Aku tahu aku salah. Aku tengking kau."

Helena bangun dari duduknya seakan ingin melangkah pergi. Ternyata tidak, malah dia pergi mendekati Maya lalu memeluknya.

"Jangan risaulah. Aku dah maafkan kau. Cuma terasa tu adala."

Maya hanya diam tetapi membalas pelukan Helena. Selepas itu, terus Maya cepat-cepat lepaskan pelukan itu.

"Sejak bila kau jumpa dengan ayah aku ?"

"Ayah kau ?"

"Iye ayah aku. Kau halang dia dari bunuh aku kan ?"

"Ouh !"

Helena yang sedang bingung apa yang dikatakan oleh Maya terus faham. Helena senyum manis.

"Ceritala."

"Camni, aku ada serempak dengan mak kau masa lepas kejadian tu. Pastu alang-alang dia ajak aku ke rumah kau. Ayah kau pun ada sekali waktu aku dengan mak kau berbual. Aku ada la kata dekat diorang pasal kau. Kiranya ayah kau takkan bunuh kau la ni!?"

Tanya Helena dengan teruja sehinggakan memegang kedua pipi Maya.

"Iye. Katanya berkat kau. Terima kasih, Hie."

Helena kembali berkerut. "Tapi macam mana kau tahu akan yang pujuk tu aku ?"

"Siapa ja yang berani borak dengan ayah aku selain kau, Hie."

Helena terkekeh kecil. Maya hanya senyum kecil melihat gelagat Helena. Aku betul-betul minta maaf, Hie.

"Hah! mana Ellie dengan Clara ? Pastu asal guru cam tak masuk ja kelas ?"

"Guru semua ada meeting sampai tengah hari. Yang lagi dua orang tu pun tak tahu."

Helena mengeluh sebelum menepuk bahu Maya.

"Takpalah. Aku nak cari buku nak pinjam. Kau buat la hal kau."

Maya membuat gaya tangan ' ok' pada Helena. Helena melangkah mendekati rak yang tadi.

Mata membaca setiap nama tajuk buku sambil tangan membelet buku di situ. Tetapi dia hairan dengan satu tajuk buku ini.

'Limited'

Nampak menarik. Baru sahaja tangan ingin mengapai buki tersebut. Bunyi siren sekolah bergema kuat menandakan ada sesuatu yang tidak kena.

"Hie, jom!"

Maya memanggil Helena sebelum menarik gadis itu bersamanya. Kelihatan ramai pelajar yang berlari kearah padang sekolah. Kedua mereka bingung apa yang terjadi.

"Asal tu?"

"Mana aku tahu, bangang."

Mereka dua pun berlari ke padang jugak. Dapat mereka lihat ramai yang berkumpul disitu. Sedang Helena memandang sekeliling, matanya terancap dua figura yang dia kenali.

"Ellie! Clara !"

[On Hold] LIMITED Where stories live. Discover now