PROLOG

740 26 0
                                    

"Min, kau take care tau." Pesan Zara sebaik aku memberhentikan kereta.

Zara memang berperangai macam mak-mak sikit. Suka membebel dan meninggalkan pesanan yang sama berulang kali.

"Aku tahu lah. Berapa kali nak ulang ni makcik oi." Balasku sambil memicit kedua belah pipinya.

Dia hanya ketawa geli hati. "Mummy kau jauh, so akulah ibu kau sekarang ni. Membebel pun untuk kebaikan kau juga." Omel Zara lagi. Ingin membela dirinya.

"Yalah. Kau boleh jadi ibu tiri paling concern dalam dunia tau." Balasku sengaja mahu menyindirnya.

Usai Zara masuk ke dalam lapangan terbang, aku memandu keluar dari kawasan drop off dan tanpa disedari..

Bumm!

Terasa kereta aku dilanggar dari sisi pemandu.

"Oh no!" Aku terjerit kecil. Kaki mulai menggigil kerana terkejut. Belum sempat meredakan debaran, tingkap kereta sudah diketuk dari luar.

Seorang lelaki sudah setia berdiri di luar kereta. Matanya memandang tajam ke arahku.

Aku cuba membuka pintu kereta, berjaya dibuka namun hanya muat-muat badan untuk keluar. Maksudnya apa macam ni? Kereta aku kemik teruk ke?

Seorang lelaki berdiri di hadapan aku. Wajahnya aku pandang sekilas. Mak aii handsome betul. Putih, hidung mancung dan semuanya terletak elok di wajahnya. Badannya yang agak tinggi juga kelihatan sado. Sempat aku menilik abdomennya di balik T-Shirt Polo yang dipakainya. Ini mesti ada six packs ni!

Oh My God Apa kau merepek ni Keisha!

Aku ralit memerhatikan badannya sebelum dia berdehem dan sekaligus mengejutkan aku.

"Ehem."

"Sorry-sorry. I minta maaf sangat. I tahu I cuai." Ujarku penuh dengan rasa bersalah.

"You okay?" Soalnya pendek.

"Hah?" Aku mendongak untuk melihatnya. Matanya tunak memandangku.

"O.. Okay." Balasku sebelum berlalu melihat keretanya pula. Bumper depannya pecah kerana terlanggar sisi keretaku. Bahagian sisinya juga tercalar teruk.

"Alamak teruk sangat ni. I minta maaf. I janji akan bayar ganti rugi." Ujarku mulai resah. Dia guna Range Rover Evoque kut. Mampu ke aku nak bayar ganti rugi?

"Tahu pun. Yang you main keluar je macam jalan ni jalan atuk nenek you punya dah kenapa?" Sindir lelaki tersebut. Telinga aku sudah panas.

Wajahnya aku pandang lama. "Encik, kalau I tahu nak terlanggar macam ni, I tak keluar lah pula. I'm sorry okay." Balasku dalam kesabaran yang masih tersisa.

"Sorry? Come on girl, you ingat sorry you boleh baiki kereta I ke? Idiot." Balasnya penuh sinis.

"Suka-suka hati cakap orang bodoh kenapa? I cakap nak bayar ganti rugi kan tadi? Maksudnya apa? Nak baiki lah kan? No worries I akan bayar." Balasku yakin meskipun hati sudah berkecamuk. Mana aku mampu nak tanggung kos kerosakan ni. Nak baiki pintu kereta sendiri yang kemik lagi. Sempat aku jeling wajah tegang dia sekilas.

Arrogant.

Satu perkataan yang sangat sesuai untuk aku gambarkan sikapnya.

"Rude girl." Desisnya perlahan namun dapat ditangkap oleh telinga aku.

"You are talking to a mirror apparently." Sindirku sinis. Sengaja mahu menyakitkan hatinya. Hei dia boleh kurang ajar dengan aku, takkan aku tak boleh?

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now