BAB 33

178 18 0
                                    

Aku labuhkan duduk di sebelah Ayden yang sedang menyuap aiskrim Godiva miliknya kepada Tiara.

Aiskrim di tangan aku juga aku suapkan ke mulut.

Kedua-dua Tiara dan Ayden sangat comel di mataku. Mesti nanti kalau kami sudah mempunyai anak sendiri, Ayden pasti suka melayan. Jauh di dasar hatiku, aku tidak sabar menunggu saat itu untuk tiba.

Pantas sahaja tanganku mencari tisu basah dari dalam beg tangan lalu aku hulurkan kepada Ayden untuk mengelap dagu Tiara yang sudah comot dengan aiskrim yang meleleh.

"Nasib baik tak sempat meleleh kena baju. Nanti kantoi dengan Kak Eja." Ujarku kepada Ayden. Bukannya kami tidak tahu Kak Eja tidak memberikan aiskrim kepada Tiara.

Ayden cuma diam tidak menjawab dan sibuk melayan Tiara. Aku tahu dia buat-buat tidak dengar.

Ayden masih dalam mood merajuk denganku. Sesekali sahaja dia membalas pertanyaanku.

"Sayang ada nak beli apa lagi untuk Tiara?" Soalku seraya menjeling beberapa paperbag yang tersangkut di stroller. 

Ayden membelikan beberapa helai pakaian baru dan juga maianan buat Tiara.

"Not sure. Why?" Soalnya semula sambil pandang aku.

"I nak belikan dia kasut boleh?"

"Up to you." Balas Ayden tiada perasaan. Masih fokus menyuap Tiara.

"Tapi pakai duit sayang." Ujarku pula.

"I don't mind." Masih selamba.

Ayden ni kan. Sampai bila nak ignore aku ni.

"Nak sayang suap juga." Ujarku sengaja mahu bermanja dengan Ayden. Badan aku sandarkan pada Ayden.

"I tengah suap Tiara kan?" Balas Ayden sekaligus membuatkan aku berjauh hati. Segera aku menjauhkan diri dari Ayden dan menyambung menyuap aiskrim sendiri sehingga habis.

Taknak suap sudah.

Telefon dari dalam handbag kemudiannya aku ambil dan aku memilih untuk merakam video serta gambar Ayden dan Tiara.

"Kalau kita ada baby sendiri best kan sayang. I tak sabar nak tengok sayang layan anak kita." Aku cakap dengan perasaan teruja.

"You nak ke ada anak dengan I?" Balas Ayden sinis. Wajahnya turut mempamerkan riak sinis seakan tidak puas hati denganku.

Dapat aku rasakan yang air mukaku langsung berubah  riak.

"Apa maksud sayang ni?" Soalku dengan suara yang sedikit kendur. Sampai hati Ayden cakap aku taknak ada anak dengan dia.

Aku memalingkan wajah memandang tempat lain. Tubir mataku terasa panas. Tidak menyangka kata-kata tersebut akan keluar dari mulutnya.

Ayden langsung tak beragak. Meski aku sedar dia merajuk denganku namun tidak perlulah menimbulkan isu sensitif begini.

Semestinya aku inginkan zuriat sendiri bersama Ayden.

"Baby.." Panggil Ayden sambil tangan kirinya sudah memegang tanganku.

"Don't baby me." Tepisku sedikit sebak.

Ayden merangkul aku dari belakang. Tangan kirinya sudah mengunci kedudukanku. Dagunga diletakkan di atas bahuku.

"Baby I minta maaf." Bisik Ayden hampir di telinga aku.

"Hmm." Aku memgeluh perlahan. Mata pula kini memandang sekeliling. Naik segan pula aku bila orang lain tengok kami berdua sedang berpelukan sebegini. "Sayang lepaslah, I tak selesa orang tengok kita."

Sayangku AydenWo Geschichten leben. Entdecke jetzt