BAB 32

164 15 0
                                    

"Micha!" Laung Tiara sebaik melihat aku. Laju dia berlari menghampiri aku dan Ayden. Comelnya Tiara dengan dress merah jambunya itu.

Aku rendahkan badan dan tangan didepakan. Tiara sudah ketawa keriangan dan memeluk aku. Pipi Tiara aku cium beberapa kali. Geram!

"Rindu Mommy Cha tak?" Soalku sambil memegang pipi Tiara.

Dia mengangguk beberapa kali.

"Nanti Mommy Cha dengan Daddy bawa Tiara jalan-jalan nak?" Aku tanya Tiara. Dia segera mengangguk.

"Rindu Micha je ke? Come hug Daddy pula." Ayden hulurkan tangan untuk mendukung Tiara. Badan Tiara kini beralih kepada Ayden.

"Tiara memang selalu tanya pasal Keisha dan Ayden, Kak Eja ingat nanti nak juga bawa pergi rumah atau jumpa cuma tak sempat ada banyak order." Kak Eja yang baru keluar bersuara.

Bukannya aku tidak tahu, sales setiap hari boleh mencecah sehingga lima ribu, mana tak busy Kak Eja nak uruskan tempahan yang banyak.

"Sha pun busy sikit sekarang. Ada masa ni, sempat la jenguk."

"Eja ok ke, nak tambah staff tak?" Soal Ayden sambil melihat keliling. Dia melangkah ke ruang di mana pekerja sedang menyediakan makanan. Tiara masih atas dukung Ayden, dia sibuk membelek kolar baju polo Ayden.

"Ada part timer tiga orang, sekarang masih boleh handle." Jawab Kak Eja.

"Kalau perlukan apa-apa bagitau je, nanti saya usahakan." Ujar Ayden. Jelas terpancar kerisauannya terhadap Kak Eja sekaligus menunjukkan sikap prihatinnya.

"Baik. Terima kasih kerana percayakan saya untuk handle business ni." Kak Eja kedengaran sedikit sebak.

"Ini semua saya buat untuk Keisha, saya tahu dia memang nak bantu Eja. Lagipun saya tahu Eja orang yang sesuai untuk uruskan semua ni." Jelas Ayden.

"Sebab I?" Sempat aku menyampuk. Aku ingatkan Ayden memang berminat ingin melabur sebelum ini serta mencari perniagaan yang sesuai.

"Yela sayang kan nak bantu Eja kembangkan bisnes dia. I pula nak tengok sayang happy, so I invest la." Ayden kenyit mata sekali.

"Sha mainlah dengan Tiara dulu, Kak Eja ada sikit lagi tak siap masak. Dalam 30 minit siap la ni." Ujar Kak Eja.

Aku dengan Ayden memang datang awal untuk bermain dengan Tiara. Tambahan pula Central Kitchen ni memang mempunyai bilik mainan Tiara supaya senang untuk Kak Eja membawa Tiara ke sini.

"Takpe memang kami datang awal pun, kejap lagi Sha dengan Ayden nak bawa Tiara jalan-jalan boleh? Nanti kami hantar terus ke rumah Kak Eja." Cadangku. Tambahan pula sudah berjanji dengan Tiara seketika tadi.

Kak Eja kelihatan teragak-agak. "Takpe ke? Tak menyusahkan Sha dengan Ayden ke?" Soalnya sambil melihatku ragu-ragu.

Aku tertawa kecil. "Tak susah la, Tiara bukan susah nak jaga pun." Sempat aku jeling Ayden dan Tiara yang sedang bergelak ketawa. Apa yang lucu pun tak tahu la.

"Kalau Sha dengan Ayden tak kisah, Kak Eja lagi tak kisah." Balasnya setuju.

Ayden, aku dan Kak Eja kemudiannya makan di pantry. Kak eja menyediakan menu nasi daging air asam dan juga nasi ayam khao mok gai.

"Baby I suap you. Serius sedap nasi daging ni."Ujar Ayden dengan menyuakan sudu berisi nasi dan daging yang sudah digaul kepadaku. Ayden suka betul dengan nasi daging air asam yang Kak Eja masak.

Aku yang memilih untuk makan nasi khao mok tidak jadi menyuap diri sendiri dan menunggu suapan Ayden.

Nasi yang dimasak bersama air rebusan daging menghasilkan rasa yang sangat sedap dan mewah. Ditambah pula hirisan daging yang lembut dan pencicah air asam yang masam-masam.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now