BAB 29

91 14 0
                                    

Aku dan Alia terlewat tiba di Lexis Port Dickson memandangkan kami bertolak agak lambat dari pejabat. Alia lah yang beria mahu keluar makan tengah hari dengan Lisa terlebih dahulu memandangkan hari ini hari lahir Lisa.

Masalahnya memang hari-hari pun si Alia ni makan dengan Lisa!

Aku yang dah ada suami ni pun tak beria nak makan bersama setiap hari. Tambahan pula pejabat Ayden di Subang manakala pejabatku pula di Damansara. Memang tidaklah aku gigih meredah jam. Sekali sekala sahaja makan bersama.

"Sorry Keisha.." Ucap Alia untuk entah kali ke berapa. Jelas menujukkan dia merasa bersalah.

"Takpe." Aku balas sepatah. Jawapan yang sama sedari tadi meskipun terselit rasa tidak puas hati dengan Alia. Nak buat macam mana, aku pun menumpang kereta Alia untuk ke sini.

Kalau bukan sebab Ayden nak datang ke Port Dickson petang nanti, memang aku dah lama aku drive sendiri, Damansara ke Port Dickson, sama macam balik Ipoh je.

"Kita check in nanti break ya. Tak sempat dah ni." Saran Alia sebaik melihat jam di tangan kirinya.

Memang dah lambat pun. Program pun sudah bermula hampir setengah jam.

"Ok." Aku hanya bersetuju. Malas mahu bercakap banyak. Benda dah jadi dah pun.

Masuk sahaja ke dalam dewan, hampir semua tempat sudah diduduki. Mataku gigih melilau mencari tempat duduk yang masih kosong.

Kelihatan seorang lelaki sedang menggamit tangannya ke arah kami. Aku memfokuskan penglihatan dan jelas terpamer senyum manis dari lelaki itu.

Lelaki yang aku ingin mengelak namun belum sempat aku berbuat apa-apa, Alia terlebih dahulu bersuara.

"Keisha, dekat sana ada tempat kosong la. Tengok tu ada lelaki tu lambai dekat kita." Ujar Alia sambil menarik aku ke arah tersebut.

Aku mengeluh perlahan, Mikael adalah manusia yang kalau boleh aku taknak jumpa langsung. Nasib baiklah Alia ni pekerja baru dan tidak tahu akan kisah aku dan Mikael. Kalau tak dah lama aku hempuk kepala dia.

Sambil-sambil melangkah ke arah Mikael, sempat aku mencari tempat duduk lain yang kosong namun semuanya sudah penuh. Memang penganjur susun ngam-ngam je ke?

"Hai.. Alia kan, lambat sampai? Jem ke tadi?" Soalnya ramah.

Ok ni pelik, sejak bila bekas kekasih tak guna aku ni peramah?

"Eh you tahu nama I ke? tadi ada hal sikit sebab tu lambat bertolak dari sana." Jawab Alia tersengih-sengih. Dah macam sotong pun ada aku tengok dia.

"Keisha pun datang dengan you ke?" Balas Mikael.

"Alia you masuk dulu lah boleh sambung borak dengan mamat ni." Arahku kepada Alia seraya menolak badannya tanpa menjawab soalan Mikael. Alia terus duduk di sebelah Mikael dan aku pula mengambil tempat duduk di sebelah Alia.

Mereka berdua terus berbual tanpa aku ambil tahu.

✨✨✨✨✨

"Malam nanti nak jalan-jalan tak? After dinner kita dah free kan?" Soal Mikael kepada Alia.

"Nak pergi mana?" Soal Alia di sebelah aku. Tidak jadi untuk menghirup kopi. Amboi lain macam.

Kami diberikan rehat selama sejam dan sedang minum hi tea di cafe hotel sebaik check in ke bilik.

Aku sudah bagaikan cacing kepanasan di sini, kalau bukan sebab semua meja dah penuh memang aku takkan duduk depan Mikael macam ni.

"Mana-mana pun boleh." Jawabnya.

Telefon di dalam poketku bergetar. Pantas sahaja aku menarik keluar. Yakin bahawa Ayden yang menelefonku.

Tanpa membuang masa, ikon hijau aku leretkan seiring badan menolak kerusi dan bangun menjauhi Alia dan Mikael.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now