BAB 15

178 12 0
                                    

Aku dan Ayden memandu secara berasingan untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Aku di depan dan dia mengikuti di belakang. Kami pulang ke rumah aku terlebih dahulu.

"Sayang nak minum? I buatkan air." Ujarku kepada Ayden yang baru keluar dari meletakkan bagasi milikku ke dalam bilik.

Dia mengangguk perlahan. "Boleh juga. Tak sabar nak rasa air tangan wife I ni." Jawabnya seraya duduk di sofa.

Aku ketawa dengan ayatnya itu. "I pernah lah buat air masa dekat rumah mummy."

Aku masuk ke dapur dan menyediakan air sunquick dan menggorengkan nugget buat kami berdua.

"Nah." Aku hulurkan buat Ayden yang ralit melihat telefon. Dia segera meletakkan telefon dan mengambil gelas berisi air sunquick di atas meja kopi.

"I nak bincang sikit dengan you." Ujar Ayden kedengaran serius sebaik menghirup beberapa teguk air.

Wajahnya aku pandang. "Apa dia?"

"Lepas ni you nak terus duduk sini or pindah rumah I?" Soal Ayden.

Aku sudah sedia maklum bahawa Ayden mempunyai kondominium sendiri. Jaraknya juga cuma sepuluh minit dari rumah aku malah lagi hampir dengan tempat kerjaku.

Aku mengetap bibir perlahan. "I kalau boleh nak terus duduk sini. You tahu kan I tak sampai hati nak suruh Kak Eja berhenti." Jawabku jujur. Mata Ayden aku pandang supaya dia memahami niatku.

Ayden meraih tangan aku. "I tahu you akan jawab macam tu." Balasnya sebelum mengucup tangan aku.

"Tapi kalau you tak suka ada orang lain dalam rumah kita, I takde pilihan." Aku mulai serba salah dengan Ayden.

Dia menayang senyum. "I ada cadangan sebenarnya. Kita pindah rumah I dan rumah ni bagi  Eja duduk. Since dia minat dengan bisnes katering, I rasa berminat nak invest, itu pun kalau you setuju la. Lagipun I nak bantu Eja besarkan Tiara juga." Setiap bait kata Ayden mampu membuatkan senyuman di bibir aku semakin lebar.

"I tak kisah. Tapi sayang kena terima lah I tak pandai masak."

"It's okay, I mampu untuk kita makan luar." Balas Ayden selamba.

Masalahnya aku tak cakap aku malas maaak. Aku cuma cakap tak pandai masak je.

"Thanks sayang." Ujarku sambil memeluk Ayden di sebelah. Pipinya aku kucup sekali. Ayden mengekek ketawa dengan tindakan aku.

"Petang nanti ikut I balik rumah parents I? Mama call tadi ajak kita makan malam." Ujar Ayden.

Lambat-lambat aku mengangguk. "Ok."

✨✨✨

Aku mencari mama di dapur sebaik tiba di rumah keluarga Ayden. Dia kelihatan sedang menyediakan bahan untuk memasak.

"Assalamualaikum mama." Sapaku seraya menghampirinya. Tangan aku hulur untuk bersalam.

"Waalaikumussalam." Balasnya sepatah sebelum menyambut salam aku.

"Banyaknya bahan. Mama nak masak apa?" Soalku berbasa basi.

"Daging salai masak lemak cili padi dengan asam pedas sebab papa kamu tak makan masak lemak cili padi. Mama ada ajak kawan makan malam sekali." Jawabnya tanpa memandang aku. Masih tekun memotong sayur.

Sejujurnya aku masih kekok untuk berbual dengan mama mertuaku memandangkan dia pernah menarik tangan sewaktu aku ingin bersalaman dengannya sebelum ini.

"Nak Keisha tolong?" Aku menawarkan diri meskipun tidak pandai memasak.

"Tak payah la. Mama suka buat sendiri. Nanti bibik tolong. Sha duduk je. Dah nak siap ni." Bantahnya.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now