BAB 20

148 14 0
                                    

Perutku mulai berkeriut lapar memandangkan aku tidak sempat untuk makan tengah hari. Jam di pergelangan tangan aku kerling, sudah pukul 3.00 petang.

"Patutlah lapar. Dah pukul tiga." Omelku bersama keluhan perlahan.

Tangan membuka laci meja untuk mencari oat segera namun hampa kerana bekalan oatku sudah kehabisan. Mug bersama tumbler di atas meja aku ambil dan ingin menuju ke pantry. Buat air milo makan dengan biskut jelah.

"Keisha!" Kedengaran suara Yana memanggil aku. Langkah terhenti lalu badan aku pusingkan.

"Ya?" Jawabku sepatah.

"Tadi Grab ada hantar makanan untuk you." Balasnya sambil menunjukkan beg kertas Grab Food di tangannya.

Dahi aku berkerut dengan sendirinya. Bila masa pula aku order Grab?

"Thanks Yana ambilkan. Tolong letak atas meja I boleh? Nak refill air dekat pantry sekejap." Pintaku kerana sudah separuh jalan menuju ke pantry.

"Sure." Jawabnya sepatah sambil berlalu ke tempat aku.

Kembali ke meja kerja aku membuka beg kertas dan kelihatan bungkusan Nasi Lemak Village Park di dalamnya. Perutku semakin mendendangkan irama sebaik melihatkan isi di dalamnya.

Telefon di atas meja aku ambil dan segera mengambil gambar nasi lemak yang terhidang di hadapanku.

Beberapa mesej Ayden tidak sempat aku baca kerana sibuk sedari tadi. Dia mengajakku pulang ke rumah mertuaku malam ini kerana neneknya dari kampung ada di sini untuk follow up jantung di IJN minggu hadapan.

Gambar nasi lemak aku hantar kepada Ayden sebagai tanda terima kasih buatnya yang meskipun sedang sibuk, masih lagi sempat memikirkan perihal aku.

Me :
Thank you sayang! I baru sedih oat I habis, tengok-tengok you orderkan untuk I 😭 Reply you later sayang because I got meeting in a bit. Love you! 😘❤️

Tanpa membuang masa, aku mulai menyuap nasi lemak kegemaranku dengan penuh berselera.

"Keisha, nanti kita guna Room B ya?" Muncul Encik Zafril dengan ipad di tangan.

Suapan aku terhenti dengan sendiri sebaik mendengar suara miliknya. "Sure.. Later I join ya." Balasku sambil melihat jam di tangan kiri. Masih ada masa lima belas minit lagi sebelum mesyuarat bermula.

"You baru makan ke Keisha?" Soal Encik Zafril fengan kerutan di dahi.

"Ya, I sibuk buat report tadi tak perasan dah lambat. Nak keluar pun tak sempat dah sebab meeting 3.30 kan." Jawabku jujur.

Encik Zafril mengeleng perlahan. "Kalau Ayden tahu ni, silap haribulan dengan I sekali kena marah sebab wife dia sampai tak sempat makan." Balasnya dengan tawa kecil.

"Work is work okay? Dekat sini, En. Zafril boss I. He cannot override you." Balasku dengan senyuman.

"Ok lah kalau macam tu, finish your food first then you join us ya." Ujar Encik Zafril sebelum berlalu.

⭐⭐⭐⭐⭐

Mesyuarat selama dua jam setengah bersama board of directors sebentar tadi benar-benar membuatkan otakku penat. Aku dan Encik Zafril merupakan orang yang terakhir keluar dari bilik mesyuarat.

Terasa getaran telefob di dalam poket menandakan ada panggilan masuk namun memandangkan tanganku penuh dengan laptop dan buku nota, panggilan tersebut aku biarkan sahaja.

Sebaik duduk di tempat, aku mengambil telefon dari poket belakang untuk memeriksa panggilan yang masuk tadi.

Terdapat dua panggilan bersama lima belas mesej WhatsApp daripada Ayden. Tanpa berlengah, aku terus menghubunginya.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now