BAB 23

123 11 0
                                    

Aku menyendiri di bilik tidur semenjak pulang dari rumah mertuaku. Nasib baiklah mama dan papa tidak banyak tanya sewaktu Ayden menyatakan kami perlu pulang hari ini juga. Entah alasan apa yang diberikan kepada mereka berdua pun aku tak tahu.

Pintu bilik dibuka dari luar. Aku berpura-pura fokuskan pandangan ke arah tv yang memainkan siri "Mine" sedangkan sedari tadi fikiran aku melayang entah ke mana-mana.

Ayden melabuhkan punggung di birai katil. Kedua tangan aku dicapai olehnya. Aku cuma membiarkan tanpa memberikan sebarang respon.

"Sayang nak makan apa dinner malam ni? Nak keluar makan tak?" Soalnya sambil merenung wajahku dalam-dalam.

"Tak. I nak IF." Jawabku senada.

"You sure or not?" Soal Ayden dengan dahi yang berkerut. "Lunch tadi sayang makan sikit je. Nanti perut tu masuk angin. Siapa yang susah?"

"Takpe biar I susah sorang-sorang, sakit sorang-sorang je you tak payah risau." Cantasku.

Kedengaran Ayden mengeluh perlahan. "Sayang marah I?"

Laju aku mengeleng. "Tak marah."

Tunak dia memandang wajahku dengan pandangam yang sukar untuk aku tafsirkan.

"Sayang jangan macam ni." Ujarnya tiba-tiba.

"Macam mana?" Aku jongket kening.

"You being cold to me. Kalau sayang marah, marah je." ujarnya beria.

Aku menyilang kedua belah tangan di dada dan bersandar di bantal. "I memang tak marah. I tak rasa macam nak marah pun. Honestly I rasa kecewa dan sedih sebab you tak percayakan I, taknak dengar penjelasan I." Ujarku membalas pandangan Ayden. Tubir mataku terasa panas kembali.

Telefon yang berada di night stand aku ambil dan hulurkan buat Ayden. Aplikasi Instagram aku buka.

"He's been stalking me." Ujarku sambil menunjukkan mesej yang dihantar oleh Mikael.

Telefon bertukar tangan dan Ayden sedang membaca setiap mesej yang terpapar di skrin telefonku.

"I tahu dia ada dekat sana tadi." Jelasku lagi. "Lepas Adam tegur I, dia sent mesej last tu."

"I'm sorry sayang." Ucap Ayden sambil mengusap pipiku. "I memang paranoid dengan Adam. I don't trust him."

"You don't trust me also." Cantasku jelas beejauh hati.

"Bukan macam tu sayang." Ayden sudah teragak-agak.

"Habis tu macam mana?" Soalku geram. Sakit hati masih tersisa. Berat untuk aku memaafkan Ayden kerana aku benar-benar terluka dengan sikapnya.

"I mengaku I silap sebab marah sayang, I marah sebab sayang." Pujuk Ayden lagi namun itu membuatkan aku makin geram.

"Sebab sayang la you jadi tak rasional? Perasaan sayang tu kiranya pass untuk you marah-marah I tak tentu pasal ke?" Luahku yang sejak pagi memendam rasa.

"It's not like that.." Ujar Ayden sambil memandangku.

"Then what?" Sempat aku menghadiahkan jelingan buat Ayden. Selama ini hanya aku yang mengalah dengannya namun aku memilih untuk berkeras hari ini.

"Ok I minta maaf sayang. I totally lost it. I sedar I salah dan tak rasional. I bodoh sebab ikut emosi dan marah-marah sayang. I know I shouldn't do that." Ayden masih cuba memujuk aku. Dahi aku dikucup lembut.

"Takpela sayang. I nak rest. I penat." Aku menolak badan Ayden sedikit.

"Ok sayang. I tak kacau sayang. But if you need anything I ada kat luar. Anyway I dah block dia. If he still kacau sayang, you let me know and I will settle it my way." Ujar Ayden swraya meletakkan telefonku di tapak tangan.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now