BAB 13

162 13 0
                                    

"Kejap lagi Sha dengan Ayden hantar opah balik rumah. Boleh?" Ujar baba sewaktu makan tengah hari. Dia memberikan soalan yang berbunyi arahan di telinga aku.

Ayden di sebelah aku pandang.

"Boleh je baba. Takde hal." Jawab Ayden mewakili kami berdua.

Balik kampung opah? Ini yang aku malas ni. Nak nak kalau jumpa dengan Mak Ngah, mulut dia lagi puaka dari mulut opah. Bukan aku tidak tahu mummy wajib menangis setiap kali berjumpa dengan Mak Ngah di kampung disebabkan mulut tiada insurans milik ibu saudaraku itu.

"Nak balik dah mak? Duduklah sehari dua lagi. Rina pun boleh tolong hantarkan nanti kalau budak-budak ni dah balik KL." Celah mummy menghalang opah dari pulang.

"Mak tak biasa tinggal rumah lama-lama. Kucing aku yang tiga ekor tu entah diberi nakan ke tidak dek Sepol tu." Omelnya masih bertegas.

Jelas kedengaran bahawa opah tetap mahu pulang hari ini juga. Muktamad.

Sebenarnya itu lebih baik. Tiada siapa yang akan menyakiti hati mummy lagi. Aku cukup tidak suka akan layanan opah terhadap mummy.

"Abang baru ingat nak tolong hantar opah. Alang-alang dah janji dengan Maksu nak ambil barang rumah dia." Sampuk Zharif.

"Biar Keisha lah yang hantar opah, boleh Ayden ni kenal-kenal dengan saudara-mara kita dekat kampung tu. Tapi kalau kamu nak balik juga, nanti ikutlah Keisha sekali petang ni." Balas baba masih dengan keputusan yang sama.

"Aku tumpang kau lah Ayden." Ujar Zharif dan Ayden hanya mengangguk setuju.

✨✨✨

"Lainkali kau pakai elok sikit Keisha. Ini baju macam tak cukup kain. Aku tak bagi kau pergi jalan rumah sedara aku pakai macam ni. Memalukan aku je." Sembur opah sebaik sahaja kami memulakan perjalanan ke Teluk Intan.

Belum sampai lima minit telinga aku sudah panas. Aku menunduk sedikit melihat pakaian yang dipakai. Seluar jeans hitam bersama blouse Zara berwarna mustard. Lengan pun panjang. Mungkin sedikit sendat di bahagian dada jadi opah melabel aku memakai baju tidak cukup kain.

"Lebih baik baju tak cukup kainlah daripada bertudung litup tapi mulut macam apa je." Omelku perlahan. Aku benar-benar tidak puas hati dengan opah sekarang ni.

Aku mengeluarkan telefon dari dalam handbag dan melayan movie di Netflix. Earphone aku sumbatkan di sebelah telinga.

"Sayang nanti you berhenti dekat kedai depan tu tau. I nak beli air kelapa dengan pisang goreng cheese." Aku memberitahu Ayden yang sedang memandu sebelum mula menonton siri Busted.

"Ok. Dah dekat nanti you bagitahu." Balas Ayden di hadapan.

"Takpe nanti aku tunjuk." Sampuk Zharif di tempat duduk penumpang hadapan.

Opah aku lihat sudah terlena di sebelah. Harapnya dia akan terus terlena sehingga tiba di hadapan rumah di kampung. Aman sikit.

Ayden berhenti di tepi jalan dan aku turut mengikutinya turun. Telefon di dalam poket Ayden berbunyi dan dia menjawab panggilan tersebut sementara aku mendekati kedai pisang goreng.

"Yasmin.. Lama betul tak nampak awak. Hari ni nak yang macam biasa ke?" Soal Haniff yang merupakan pemilik kedai tersebut.

"Haah macam biasa. Tapi buat tiga bekas. Satu tu nak extra topping tau. Air kelapa tiga, coconut shake dua." Aku membuat pesanan di kaunter. Kedai milik Haniff seudah semakin besar dan cantik, kalau dulu hanya pondok lama, kini dia sudah membuat sedikit renovation dengan membesarkan sedikit kedainya.

"Sibuk sikit sekarang ni itu yang jarang balik. Bisnes macam mana? Ok?"

"Alhamdulillah ok sangat. Tu yang dah boleh ambil pekerja dua orang ni. Ada ejen yang ambil jual dekat pasar malam dan cod, tu yang masyuk sikit tu." Jawab Haniff sambil tersengih.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now