BAB 37

188 22 1
                                    

Pintu rumah yang terbuka sebelah aku hampiri. Kelihatan kelibat Ayra sedang berjalan menuruni tangga dari tingkat atas.

"Morning Kak Sha." Laju sahaja Ayra menegurku dengan riang. Dia sudah berjalan ke arahku.

"Morning adik. Baru lepas workout ke?." Sapaku kembali. Ayra memakai pakaian sukan dengan tuala kecil di leher.

Tangan dihulur untuk bersalaman denganku.

"Haah. Adik nak pergi jogging mama tak bagi sebab takde orang teman. Abang Adam pagi-pagi dah keluar. Kak Sha bawa apa ni?" Soalnya sebelum mengambil plastik dari tangan aku sebelum menjenguk isi di dalam.

"Ikan tenggiri, nak minta mama ajar masak asam pedas nanti." Aku menjawab soalan Ayra sambil melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ni memang favourite Along." Jawabnya sambil membontoti aku.

Aku cuma sengih dengan ayat Ayra. Memang aku tahu itu kegemaran Ayden dan sebab itulah aku meminta mama untuk mengajarku memasak menu tersebut.

"Mama mana?" Aku tanya Ayra apabila mama tidak kelihatan di dapur. Hanya ada dua orang bibik sahaja yang sedang mengemas.

"Ada dalam bilik la kot. Kak Sha teman adik keluar boleh? Nak beli hadiah birthday untuk kawan adik. Esok birthday party dia." Ayra sudah menarik-narik tangan aku sambil membuat muka comel.

"Pukul berapa?" Aku menyoalnya.

"Tengah hari dalam pukul 2." Jawabnya.

"Ok. Tapi Kak Sha kena tanya Along dulu tau." Aku tidak berani memberikan kata putus buat Ayra. Tambahan pula Ayden akan pulang malam nanti.

Ayra sudah tersengih. Dia kemudiannya memelukku erat.

"Terima kasih Kak Sha." Pipiku dicium.

"Amboi happy nampak?" Tegur Adam yang muncul entah dari mana.

"Mestilah happy Abang Adam, Kak Sha ni kakak ipar paling best dalam dunia!" Ujarnya masih memelukku.

Aku hanya tayang senyum.

"Abang Adam bukan abang paling best ke?" Soal Adam pula.

Laju Ayra mengeleng. "Alamak sorry, Along tetap nombor satu." Jawabnya selamba.

Adam sudah berubah riak.

"Abang Adam sepupu adik yang paling best!" Ujar Ayra dengan ceria.

Aku keluarkan telefon dari dalam beg tangan untuk meminta izin dari Ayden. Segala isi perbualan antara Ayra dan Adam sudah tidak menjadi tumpuanku lagi.

Tangan mulai menyusun barangan yang aku bawa seketika tadi di dalam peti ais.

✨✨✨✨✨

Sudah hampir tiga jam aku menemani Ayra untuk membeli hadiah buat rakannya namun tiada satu yang dia berkenan.

Pelbagai kedai sudah kami masuki namun masih keluar dengan tangan kosong.

Kakiku pula sudah mulai lenguh kerana tidak berhenti berjalan.

"Kak Sha.. Bagi lah idea dekat adik nak beli apa kat kawan adik tu." Rengek Ayra sambil menarik-narik tangan kananku.

Aku menarik nafas dalam sebelum membalas kata-kata adik iparku ini. Dah bermacam idea aku berikan sedari tadi, tiada satu pun yang diterima olehnya.

"Kak Sha dah tak tahu nak bagi idea apa dah ni. Banyak kedai dah kita masuk. Handbag taknak, aksesori taknak, kasut taknak, make up taknak, perfume taknak. Jadi sekarang Kak Sha tanya adik pula, kalau adik suka orang bagi hadiah apa kat adik?" Aku menyoal Ayra semula. Manalah tahu dia sendiri sudah mempunyai idea.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now