BAB 34

173 16 2
                                    

Ayden menghulurkan caramel machiato kepadaku. "Nah your drinks."

Kopi di tangan Ayden segera aku sambut.

"Thanks sayang.

"Baby nanti tak boleh tidur macam mana? I takde nak teman."

"InshaAllah boleh tidur. Tak heavy pun coffee ni." Sekali lagi aku meyakinkan Ayden.

"Gonna miss you." Ujar Ayden dengan wajah beriak gusar. Sudah lama dia tidak meninggalkan aku sendirian.

Badanku dirangkul dari sisi dan dia mengusap rambutku.

"Me too. Sayang jangan lupa video call I nanti and update me everything. Even the smallest thing." Pintaku sambil bermain dengan perut Ayden.

Ayden cuma ketawa dengan permintaanku. "Papa tengok la menantu papa ni. Along kena update semua benda dekat dia."

Papa cuma ketawa. "Tu maksudnya dia care. Along patutnya bersyukur tau dapat isteri yang ambil berat macam ni."

Ini bukan kali pertama kami berjauhan kerana kerja namun semakin lama aku semakin sukar untuk berjauhan dengan Ayden, terasa berat untuk melepaskan dia pergi.

"Keisha nanti terus balik ruma papa la. Dah bawa barang kan?" Sampuk papa.

Memang pemandu mertuaku yang mengambil aku dan Ayden pagi tadi untuk ke lapangan terbang dan Ayden juga sudah menyuruh aku membawa barang untuk terus pulang ke kampung juga.

"Dah. Sha pun apply cuti esok, boleh gerak awal sikit balik kampung." Aku menjawab soalan papa.

"We got to go now." Ujar Ayden. Dia mengeratkan lagi pelukan di badanku sebaik melihat jam di tangan kirinya.

"Baby jaga diri. Kalau dengan mama tu sabar lah sikit ya. Dia ok je sebenarnya. Nanti apa-apa just text me." Pesan Ayden sedikit berbisik seakan memujukku.

Aku membalas pelukan Ayden erat. Kedua belah pipinya aku kucup sayang. Ayden kemudiannya melakukan perkara yang sama.

"Raf, jangan bagi Keisha pergi mana-mana sendiri, kau drive dia tau." Pesan Ayden kepada pemandu papa. Darius dan Haziq mengikuti Ayden dan papa untuk ke lawatan kerja kali ini.

"I nak jumpa Kak Eja boleh? Kalau ahad nanti balik awal dari kampung." Aku meminta izin Ayden.

Sempat mata aku menangkap reaksi Haziq yang sedikit menggelabah. Haa tau takut!

"Boleh, tapi Raf kena ikut sekali." Dia membenarkan dengan syarat.

"Ya I tahu lah tu." Aku mengiyakan kata-kata Ayden.

✨✨✨✨✨

"Good morning baby." Sapa Ayden sebaik wajahnya terpapar di skrin telefon. Ayden kelihatan sedikit penat. Mungkin tidak tidur dalam perjalanan seketika tadi.

"Morning sayang." Balasku dengan suara yang masih garau.

"You slept well?" Soal Ayden. Aku cuma mengangguk. Katil Ayden ni best kot.

"I tak boleh tidur. Banyak turbulence, tak selesa. I miss you in my arms." Adu Ayden.

Aku tergelak dengan ayatnya. "Ngada-ngada lah sayang ni. I nak solat subuh ni, lepas tu nak turun bawah tanya mama pukul berapa nak gerak."

"Baby jangan turun macam tu. I tak izinkan." Wajahnya sudah berubah risau.

Aku pandang diri sendiri yang memakai baju tidur berenda ala singlet dengan seluar pendek paras paha.

Sekali lagi aku ketawa dengan kata-kata Ayden.

"Sayang ni, I mandi sekali la sebelum solat tu. Terus tukar baju nanti. Jangan overthink boleh tak?" Omelku. Ayden pun satu, lain macam imaginasi dia.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now