BAB 28

111 13 0
                                    

Mummy:
Mummy dengan baba on the way. Berapa no wad abang?

Skrin telefon aku pandang beberapa kali sebaik membaca mesej WhatsApp dalam group keluarga.

Hmm mummy ni, meski puas aku menahan dia tetap mahu datang.

"Sayang.." Aku tunjukkan skrin telefon kepada Ayden. Dia yang sedang menyedut air terhenti.

Ayden mengambil telefon di tangan aku dan membaca mesej mummy.

"Takpe la sayang, mummy mesti susah hati dekat rumah tu. Selagi tak tengok sendiri anak dia, selagi tu tak tenang. Biar lah dia." Pujuk Ayden.

Aku faham keadaan keadaan kedua ibu bapaku namun aku kesiankan baba kerana perlu memandu jauh. Baru dua hari mereka berdua pulang ke Ipoh.

Mengikut sahaja kata Ayden, aku menekan-nekan papan kekunci di skrin untuk membalas mesej mummy.

Me:
Ok Mummy. Sha dengan Ayden kat luar ni tengah makan. Bilik Zharif no 462.
Baba drive leklok ya! Jangan rushing, anak teruna kesayangan mummy baba tu ok je masih handsome macam selalu.

Sempat aku selitkan lawak hambar di hujung mesej.

Aku mengajak Ayden pulang ke rumah sekejap untuk mengemas bilik buat mummy dan baba tambahan pula kami berdua masih belum solat zuhur sedangkan jam sudah hampir 3.30 petang.

Usai solat asar, aku dan Ayden kembali semula ke hospital. Baba dan mummy pun mesti dah sampai. Haziq memberitahuku dia akan melawat Zharif di hospital dengan Kak Eja petang nanti.

Kadang kala aku agak musykil dengan hubungan Haziq dan Kak Eja sebab diorang macam ada sesuatu je. Takkan bercinta belakang aku dan mana mungkin Ayden tak sedar kalau Haziq bercinta dengan Kak Eja.

Sampai di hospital, aku berselisih dengan baba di lif.

"Mummy mana?" Soalku aneh kerana melihat dia sendirian.

"Baba pergi surau solat tadi. Mummy ada dalam bilik abang." Jelas baba.

"Baba dah lama sampai?" Soal Ayden.

"Pukul 5 tadi. Tunggu mummy balik sekolah dulu baru bertolak. Kalau ikutkan hati kami ni pagi-pagi lagi nak terus datang sini." Jawab baba perlahan.

Ibu bapa mana yang tak risaukan anak sendiri. Tiba-tiba aku merasa bersalah kerana menghalang mereka berdua dari datang ke sini.

Kami berjalan beriringan keluar dari lif dan menuju ke bilik Zharif. Sebaik sahaja baba menolak pintu wad Zharif, kedengaran esakan kuat mummy yang sedang duduk di kerusi.

Aku berlari masuk ke dalam bilik dan menghampiri mummy. Badannya aku peluk erat.

Zharif aku pandang sekilas sebelum mataku beralih memandang tajam kearah wanita yang sedang berdiri bercekak pinggang di hadapan mummy.

"Zharif pilih sekarang, Ibu atau si perampas ni." Bentaknya geram.

Semua mata kini tertumpu kepada Zharif yang beriak sugul.

"Ibu jangan buat Zharif macam ni." Ujarnya perlahan. Jelas suaranya yang bergetar menahan rasa. Tangan kanan Zharif kini meraih tangan ibunya, Auntie Yatie.

Zharif mulai mencium tangan milik ibunya.

"Zharif satu-satunya anak ibu. Sampai hati buat ibu macam ni. Patutnya Zharif pilih ibu, bukannya perampas ni!" Tengkingnya kepada Zharif sebelum meleraikan pegangan tangan Ayden.

Ekor mataku melihat Zharif yang mulai menangis. Badannya sudah terhinggut-hinggut.

"Zharif tak boleh pilih bu, Zharif sayang dua-dua. Sebab tu Zharif minta jangan buat macam ni, Zharif taknak jadi anak derhaka dengan ibu." Ujar Zharif dengan suara yang tertahan-tahan ditambah dengan esakan halus.

Sayangku AydenOù les histoires vivent. Découvrez maintenant