BAB 26

119 11 0
                                    

Awal-awal pagi lagi Zharif sudah pulang ke rumahnya kerana perlu bersiap untuk ke tempat kerja. Dia sempat berjanji untuk datang semula selepas kerja ke rumahku.

Kami berdua menerima keputusan Zharif dengan baik. Ayden yang paling seronok kerana dah ada geng untuk bermain PS5.

Mummy dan baba pula sudah pulang ke Ipoh lewat petang semalam meskipun kami telah menghalang namun mereka tetap berkeras. Kata mummy, dia tak boleh cuti last minute kerana pelajarnya bakal menduduki SPM tidak lama lagi.

Hari Isnin berlalu seperti biasa. Seawal pagi lagi dimulai dengan mesyuarat department bersama Zafril. Mesyuarat yang awalnya ringkas menjadi hampir dua jam setelah timbul beberapa isu.

Telefon di atas meja aku ambil. Sedari pagi aku tidak memeriksa telefonku.

Husbaby:
Baby lunch dengan siapa? Jom makan sama-sama.

Aku hanya memandang mesej WhatsApp Ayden sekilas. Langsung tidak merasa lapar lebih-lebih lagi setelah mendengar pengumuman penting seketika tadi.

Aku menerima arahan untuk menghadiri conference di Port Dickson selama dua hari satu malam hujung minggu ini. Katanya staff dari branch Johor Bahru kan turut serta. Siapa lagi kalau orang yang aku cuba untuk mengelak, Mikael.

Semenjak kejadian di taman hari itu, akaunnya telah diblock oleh Ayden. Tidak mahu aku terganggu dan stress katanya.

Telefon di atas meja berdering nyaring menandakan ada panggilan. Nama Ayden terpampang di skrin.

Ini mesti kes aku tak reply mesej dia ni.

"Hello." Sapaku sepatah.

"Sayang ok?" Soalnya tanpa sebarang mukaddimah. Entah kenapa aku merasa terharu kerana Ayden terlalu peka denganku.

"Tak ok." Jawabku jujur.

"Jom turun, I dah kat bawah ni. Kita makan somewhere nearby here." Ajak Ayden.

"Sayang tak rasa nak makan." Jawabku jujur. Benar aku sangat tiada mood saat ini.

"Please. I dah sampai bawah ni. Teman I makan pun takpe. I dah lapar ni sangat meeting dari pukul 9 lagi." Pujuk Ayden lagi. Dia keluar rumah seawal 7.30 pagi tadi kerana perlu berjumpa client.

"Ok." Aku jawab pendek. Tidak mahu mengecewakan Ayden.

Telefon dan purse aku ambil dari dalam tas tangan.

"Keluar makan ke?" Soal Maira sebaik aku terserempak di hadapan receptionist.

"Haah. Husband I dah kat bawah dah." Balasku berbasa-basi sebelum menolak pintu kaca.

Kaki aku hayun laju ke arah lif. Ayden ni pun satu, dah sampai baru nak call.

"Hi sayang." Sapaku sebaik melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang. Pipi Ayden aku kucup dan badannya aku rangkul seketika.

"Sayang nak makan apa?" Soal Ayden.

Bukan tadi dia kata suruh teman dia makan ke? Dah sampai jadi lain pula.

"Apa-apa pun boleh." Jawabku cuma mengiyakan. Alang-alang dah ikut ni.

"Japanese ok? Kita makan Rakuzen."

"Ok." Jawabku pendek.

Ayden memesan satu set teppanyaki dan satu set udon buat kami.

⭐⭐⭐⭐⭐
"Drive leklok Kak Eja." Pesanku sewaktu menghantar Kak Eja di muka pintu.

"Ok Sha." Balasnya seraya melambai-lambai ke arahku.

Kak Eja masih datang untuk mengemas rumah setiap dua hari meskipun aku dan Ayden sudah memberitahu bahawa dia tidak perlu datang dan hanya fokus kepada bisnesnya sahaja.

Sayangku AydenWhere stories live. Discover now