BAB 3

535 48 0
                                    



Sementara menunggu teman wanita John, kami membuat keputusan untuk melepak dahulu di Starbuck. Kata John, teman wanitanya yang doktor itu baru sahaja pulang dari hospital setelah bertugas.

Iya-iya sahaja John tu teman wanita dia ialah doktor. Hendak kata muka dia kacak macam Harry Styles, tak apalah juga. Ini sudah macam mamat bangla sahaja aku lihat. Mulut sahaja manis bak menanam tebu di pinggir bibir.

"Oderlah apa-apa dulu sementara tunggu awek aku sampai." John bersuara apabila melihat aku dan Darius sudah menayang riak bosan. Dalam masa yang sama, riak wajah John kelihatan resah. Sejak tadi, dia tidak berenggang dengan telefon di tangan.

"Tak relakslah awek kau ni, John. Kata doktor, takkan tak tepati masa. Sekarang ni dah pukul berapa? Kata nak candy sama-sama."

Darius di sisiku sudah mula bersuara. Apabila mendengar lantunan suaranya seakan berbaur dingin, cepat-cepat aku menyulam jari-jemariku dengan jari Darius di bawah meja. Tidak mahu merosakkan suasana pada malam ini.

"Baby, I tak tahan ni nak candy. You tahu kan I dah dua minggu tak high. Daddy I ada rumah, so nak keluar malam-malam macam sebelum ni dah susah. Ni nasib baiklah orang tua tu pergi Manila uruskan business dia, bolehlah I keluar macam ni."

Walaupun Darius berpakaian santai dengan T-shirt dan seluar jeans digigit tikus, jangan terkejut jika aku katakan dia merupakan anak salah seorang ahli perniagaan yang berpengaruh di Malaysia.

Bapanya bekerja sebagai CEO syarikat pembekal kereta yang terhebat di tanah air. Banyak kereta rekaan syarikat keluarga Darius diimport ke serata dunia.

Walaupun berpakaian santai, ramai perempuan-perempuan yang meminta nombornya apabila melihat jenama kereta yang dipandu Darius.

Kalau bernasib baik, adalah seorang dua yang 'elok' dibawa ke mana-mana hotel. Setelah selesai, Darius hanya memberikan sejumlah wang yang banyak untuk menutup mulut.

Aku sedikit pun tidak cemburu apabila mengetahui tabiat Darius yang satu itu.

Seperti yang aku katakan sebelum ini, kami bersikap agak terbuka dalam perhubungan. Apabila aku tidak mampu memenuhi permintaan Darius, aku sendiri yang meminta dia mencari teman tidurnya. Siapa sahaja pilihannya, aku terima sahaja tanpa banyak soal.

"Tahu, Dar. I pun dah lama tak high. You tahu kan yang I belajar dekat mana. Lecturer I sibuk suruh I hafal hadis dan ayat Al-Quran semua. Nak tak nak, I terpaksalah buat sebab nak dapatkan dean list semester ni," aduku seraya melentokkan kepala ke dada Darius.

"Kau ni kan Feera, sepatutnya dipanggil Ustazah Safeera tau. Kau kena taubat Feera sebelum terlambat. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga hati kau tak pernah ke rasa nak bertaubat ke apa? Bukan apa, life kau dikelilingi dengan orang-orang yang warak lagi alim tau. Papa kau, mudir madrasah. Emak kau, cikgu KAFA. Abang kau, belajar dekat Mesir sana. Tempat belajar kau, IPT yang belajar agama tau. Bukan kaleng-kaleng. Keluar boleh serap jadi ustazah tu!"

Tawa John meledak kuat apabila aku mahu membalingnya dengan secawan Americano. Mujurlah Darius sempat menghalang sebelum air ini tersimbah pada wajahnya.

"Tak relaks lah kau, Feera. Sikit je aku usik. Nak emolah pula," ujar John dengan tawa yang bersisa.

"Pantang aku, aku tak suka kalau aku keluar melepak macam ni kau sebut pasal keluarga aku! Family aku orang agama ke, solat tunggang terbalik dari pagi sampai ke malam pun bukan urusan kau! Kalau kau nak kawan dengan aku, just kawan. No need jadi kaki penyibuk!" Aku menyembur laju. Hati mendidih panas apabila ada orang yang mengaitkan kehidupanku dengan ahli keluargaku yang lain.

Imperfect Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now