BAB 18

431 53 0
                                    

HARI ini, aku pergi ke kampus seperti biasa. Meskipun semua rakan sekuliah aku dah tahu perangai aku ni macam mana, aku buat-buat seperti tiada apa yang jadi.

Masuk sahaja ke dalam dewan kuliah, semua anak mata manusia yang berada di sini tidak lepas melihat aku.

Ambil tempat, buku yang berada di dalam beg kanvas segera dikeluarkan. Tidak lupa juga segala nota dan alat tulis. Walaupun aku ni tak baik mana, bab belajar memang aku buat sungguh-sungguh. Apa sahaja nota yang lecturer bagi dekat depan, laju sahaja aku salin.

Dekat luar kelas, memang tak payah cakaplah. Aku jarang buka buku. Okeylah, setakat lima semester aku dekat sini, memang nama aku sahaja berturut-turut dapat dean list.

Walaupun tak semua orang suka dengan perangai aku dalam kelas ni, ada sahaja yang nak pinjam nota aku untuk disalin. Mereka selalu puji nota aku kemas dan cantik. Aku tak adalah tahap sampai tahi hidung masing tak nak bagi pinjam. Walaupun mereka selalu umpat aku dekat belakang, aku bagi sahaja tanpa banyak soal. Syaratnya, waktu peperiksaan nota tu mesti kena pulangkan balik.

"Safeera, kita orang sebenarnya nak minta maaf dengan kau."

Pandanganku terngadah ke atas apabila tiba-tiba sahaja suara seseorang menampan pendengaran. Lah, Qarab rupanya. Tapi itulah, bukan dia seorang sahaja terpacak dekat depan meja aku sekarang ni. Hampir sekelas juga yang mengerumuni aku.

"Eh, kenapa nak minta maaf ni? Raya ke?" soalku dengan kening yang berlapis.

"Tentang hari tu sebenarnya. Kita orang nak..."

"Kenapa nak minta maaf? Kau orang bukan ada salah pun dengan aku. Yang jahat sekarang, aku." Aku menyelar laju.

Qarab terdiam. Wajah tunduk menekur lantai. Yang lain pula, buat muka sepuluh sen.

"Sebenarnya, aku tak patut judge kau hari tu. Kasut kita pakai tak sama. Lagipun aku sedar. Walaupun kita orang solat siang malam, pakai tudung labuh, jadi baik semua... tapi kalau kita orang pandang rendah dekat orang lain, tak jadi apa juga. Sepatutnya, kita orang tarik kau semula ke jalan yang betul. Sekali lagi, maafkan kita orang ya, Safeera."

Gelak hebat meluncur keluar dari bibir. Adakah aku bermimpi sekarang ni? Mengapa mereka semua perlu jatuhkan maruah untuk minta maaf dengan ahli neraka macam aku ni?

"Tak perlulah. Cakap je dengan kawan-kawan kau semua ni, tak perlu campur lagi masalah aku. Dekat kampus, anggap sahaja aku ni sama sahaja macam kau orang semua. Kalau terserempak dengan aku dekat luar, anggap je yang kau orang tak kenal aku," balasku seraya tersenyum sinis.

"Tapi..."

"Qarab, it's enough. Jangan risau. Kalau dekat akhirat nanti Allah tanya kenapa kau orang semua tak nak ajak aku buat baik, aku sendiri yang akan cakap... aku yang nakkan semua ni jadi. Jangan risau. Aku takkan tuntut satu pun pahala kau orang semua. Aku tahu soal pahala dan dosa. Halal dan haram. Kita belajar Islamic study, kan? Aku pun belajar benda yang sama. Cuma... hati aku yang tak nak terima semua tu. Tapi kalau betul kau orang nak sangat aku berubah, aku tak mampu nak cakap apalah. Ada, adalah. Tak ada, tak apa." Aku membalas tenang. Sungguh, aku tak mahu mereka semua rasa terbeban sebab tak dapat tarik aku jadi sebahagian ahli syurga seperti mereka semua. Ini hidup aku. Dari awal lagi, aku yang pilih.

"Tak apalah kalau kau dah cakap macam tu. Tapi, dari sudut hati yang dalam... doa kita orang semua sentiasa mengiringi kau, Safeera. Kau memang seorang kawan yang baik. Kalau kau rasa diri kau jahat, kau takkan bagi kita orang pinjam nota kau, perform baik dalam assignment berkumpulan, kau ajar kalau kita orang tak faham sesuatu. Aku yakin, masih ada cahaya dalam diri kau yang tersimpan. Terima kasih atas segalanya, Safeera Nasreen. Semoga Allah merahmati diri kau selalu."

Imperfect Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now