BAB 4

496 42 2
                                    

SEBAIK sahaja mendengar derap tapak kaki dua manusia itu berlalu pergi, laju sahaja aku meloloskan diri dari jaket kulit Darius.

"Dia orang dah pergi kan?" soal aku.

Dalam masa yang sama anak mata tidak lepas-lepas melinggas ke arah luar Starbuck. Mahu memastikan dua-dua manusia itu tidak menangkap kelibatku di sini.

"Dah, baby. Don't worry. Let's go. The party should start now." Setelah menghabiskan kopi kepunyaannya, Darius sudah pun bangkit dari duduknya.

Mencapai topi keledar dan kunci motor, tanganku segera dicapai dan langkah kami mula diatur keluar dari Starbuck.

Walaupun Darius mengatakan kepadaku keadaan sekarang berada dalam keadaan baik-baik sahaja, entah mengapa ada keresahan yang menyelimuti dada pada ketika ini.

Walaupun langkah kaki ini mengikut sahaja ke mana kaki galah Darius, anak mataku masih tidak lepas lagi melilau ke arah kawasan sekeliling.

Kalau kantoi depan orang lain, aku tidak kisah sangat. Tetapi kalau terkantoi di hadapan Abang Nuh, ya ampun sungguh aku tidak pernah bayangkan bahawa perkara itu akan terjadi.

Buk!

Tak semena-mena, tubuhku dirempuh pula seseorang dari arah sisi. Aduh, sakitnya bukan kepalang! Baru sahaja aku ingin mengangkat wajah untuk melancarkan api kemarahan...

Aku kejur. Sungguh, aku sudah tidak tahu lagi cara bagaimana untuk bernafas. Sepasang anak mata hijau itu berjaya menyedut rohku keluar dari jasad.

Wajah lelaki itu, terlalu international! Seperti kacukan Arab-Pakistan. Rambut kemas disisir tepi, rahang tajam, wajah cerah dan bibir dia... terlalu merah bak delima.

"Hei bro, buta ke apa hah? Awek aku cantik ini macam pun kau tak nampak ke?"

Belum sempat aku membuka mulut, Darius sudah mengambil langkah menyerang terlebih dahulu.

Apabila melihatan rahang Darius sudah terkacip semacam, cepat-cepat aku melelarkan tanganku dengan tangannya.

Tidak mahulah esok tajuk utama Harian Metro terpampang gambar aku dan Darius serta lelaki kacak ini dengan kapyen 'Seorang Badboy 'Baran' Teman Wanita Dilanggar Lelaki Lain.'

"Dahlah Dar, dia tak sengaja tu." Aku menenangkan Darius di sisi. Lengannya aku usap perlahan.

"Tak sengaja you kata baby? Ke dia usyar peha you tu sampai terlanggar, huh?"

Keluhan terlepas dari mulutku apabila oktaf suara Darius semakin meningkat. Lagi sebal dan menyampah apabila mata-mata orang ramai di dalam Starbuck dan di kawasan parkir mula terhala ke arah kami.

Dasar bawang busuk! Suka sangat menyibuk hal orang.

"Safeera Nasreen isn't it?"

Jantung aku bagai direntap. Penuh perlahan, aku mengangkat pandang sekali lagi melihat wajah tampan itu. Macam mana... dia boleh kenal aku?

"Taktik lamalah bro! Entah berapa lama kau dah usyar awek aku, hari ni kau buat plan kononnya tak sengaja langgar dia dan nak rampas dia depan aku. Depan boyfriend dia ni!" Tangan Darius sudah pun ternaik menepuk-nepuk dada sendiri. Bola matanya mula bergetar menahan amarah.

Lelaki itu hanya mengukirkan senyum senget. Wajahku dan wajah Darius diteleknya silih berganti.

"Kasihan Nuh. Seharian dia sedih memikirkan punca akad nikah adik perempuannya yang tidak jadi hari ini berlaku disebabkan dirinya. Tetapi..." Lelaki itu sudah pun membetulkan anak rambutnya yang jatuh ke dahi dek disapa bayu malam.

Imperfect Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now