BAB 9

437 42 4
                                    

Terbaring dengan keadaan tangan aku yang berbalut. Satu di telapak tangan dan satu lagi di pergelangan tangan. Dua kesakitan aku dapat pada hari ini.

Satu, sebab melecur. Kedua, dikelar.

Sejujurnya, luka ini tidaklah sakit mana jika hendak dibandingkan sakit hati aku melihat tingkah Sarah yang gedik di hadapan Isa Khan tadi.

Oleh itu, aku sanggup buat drama swasta sebegini untuk memastikan dia tidak boleh menggedik seperti itu tadi.

Sumpah, aku meluat!

Bunyi keriukan pintu yang menyentuh hujung telinga membuatkan aku cepat-cepat menarik selimut menutup tubuh. Birai mata mula dikatup rapat. Mahu mengaburi mata-mata orang lain yang bahawa aku kini berada dalam keadaan yang agak kritikal.

"Macam mana dengan keadaan student saya, doktor?"

"Pelajar encik berada dalam keadaan baik-baik sahaja. Kesan luka dan melecur itu akan baik walaupun ia agak memakan masa sedikit. Mungkin akan meninggalkan parut sedikit, tapi tak mengapa nanti kami akan bekalkan krim parut buat dia."

"Okey baik, doktor. Terima kasih ya."

Bunyi perbualan antara Isa Khan dan seorang doktor wanita mula menerpa pendengaran.

Namun, aku masih lagi dalam keadaan kaku di atas katil. Sesekali, dahi sengaja dikerutkan untuk menahan sakit.

Walaupun ini hanya lakonan, aku perlu buat sehabis baik agar mata-mata yang melihat keadaanku akan mudah jatuh kasihan.

"Macam mana Safeera boleh tercedera macam tu, Encik Isa?"

"Saya pun tak tahu, kak."

Owh... rupa-rupanya ada Puan Yati sekali dalam wad ni. Alahai, semaknya!

"Isteri kamu ada dekat bawah, nak akak panggilkan ke?"

"Tak apa ke Sarah naik atas ni, kak?"

"Tak apa. Ni tingkat dua. Tak banyak tangga dia kena lalu."

"Okey kak, terima kasih ya."

Bunyi pintu yang terkatup rapat menandakan bahawa doktor tersebut telah pun meninggalkan aku dan Isa Khan berduaan dalam ruangan ini.

Bunyi kerusi yang diseret mematikan monolog hati yang bertingkah di perdu atma.

Sesaat, bau woody dan sitrus mula mengusir jauh-jauh bau ubat di dalam wad ini. Aura kebekuan dan dingin mula menyerkup suasana.

Seakan mereka semua mengetahui isi hatiku yang berbohong mengenai keadaan diri yang berpura-pura sakit.

"Dah lama ke buat kerja macam ni?"

Adakah kata-kata itu ditujukan buat aku? Kalau betul ini bermakna...

"Apa motif kau kelar dan lecurkan diri kau sendiri, Safeera? To grab my attention, isn't it?" Provok Isa Khan lagi apabila melihat aku masih membisu sejak tadi.

"Aku tahu kau minta dekat Sarah untuk jadi isteri kedua aku. Sarah sendiri yang cerita dengan aku. Apa motif kau, sebenarnya?"

Membuka mata, perlahan-lahan aku membawa tubuh bersandar di kepala katil. Setelah membetulkan postur tubuh, anak mata biruku mula dicerun pada sepasang mata jade itu.

Teguh. Tiada langsung aura mahu mengalah.

"Anggap sahajalah aku nak berseronok," ucapku dengan senyum sinis yang bergantungan di bibir.

"Lagi pun, kau pun tahu aku ini perempuan jenis yang bagaimana. Why not kita teruskan sahaja permainan ini sehingga ke penghujungnya?" cabarku berani.

Lelaki itu kulihat mengukirkan senyum. Senyum yang senget ke tepi. Seakan apa yang aku tuturkan itu sebagai satu lelucon yang mampu menggeletek perutnya.

Imperfect Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now