BAB 5

486 36 5
                                    



Pagi ini, aku dan Lina ada kelas pada jam 10 pagi. Disebabkan terlambat bangun, kami membuat keputusan untuk lepak di Family Mart dahulu. Mengalas perut dengan apa yang patut.

Bukan apa, aku malas sebenarnya mahu beratur panjang di kafe untuk beli makanan. Sudahlah berbaju kurung yang merimaskan dan bertudung labuh. Silap hari bulan, lecak ketiak aku dibuatnya.

Sebenarnya, lepas SPM aku mahu melanjutkan pelajar ke Swiss untuk ambil bidang kejuruteraan.

Bukan apa, sepupu aku Zulaikha tu dah lama pasang niat untuk balik sana. Fikirku, bolehlah aku duduk di rumah pakcik saudaraku di situ sambil sambung belajar.

Tapi, lain pula jadinya.

Keputusan SPM aku, sudah lebih dari layak untuk belajar di luar negara. Aku salah seorang pelajar yang telah memperolehi keputusan SPM yang cemerlang di sekolah.

Walaupun rekod disiplinku agak teruk, cikgu tidak boleh membuangku kerana prestasiku dalam pelajaran amat memberangsangkan. Jika mereka buang aku, rugilah mereka.

Walaupun aku antara muka pelajar yang selalu masuk ke dalam bilik kaunseling dan bilik guru disiplin, sikit pun aku tidak gentar untuk melakukan salah laku berulang kali.

Alah setakat rotan dekat tapak tangan sahaja, apa barang! Aku sudah kena lebih dari itu.

Kena libas dengan batang paip.

Dikurung tak diberi makan.

Kena kelar dengan pisau.

Kena tumbuk sampai muka lebam-lebam, hidup sahaja aku sehingga ke hari ini.

Siapa lagi yang memperlakukan aku sebegitu jika bukan papa.

Sebab itu, aku tidak kisah apa hukuman yang cikgu mahu kenakan pada diriku kerana diri ini sudah kebal dengan kesakitan.

Mereka cuma tahu memberi hukuman kepadaku sedangkan sedikit pun mereka tidak membuka mulut bertanyakan mengapa aku menimbulkan kekacauan dan sebagainya.

Tidak mengapalah, hati aku kan selipar. Boleh dicampak ke sana dan ke mari.

Sebenarnya aku timbulkan kekacauan bukan disebabkan aku rela. Sebenarnya aku nak dapatkan perhatian cikgu dan pihak sekolah sahaja.

Tetapi, lain pula yang jadi sebaliknya.

Mereka benci dan hina aku. Menjatuhkan hukuman sehingga aku membuka mulut meminta maaf dan mengakui kesalahan diri.

Ternyata, mereka tersilap percaturan.

Aku takkan sesekali rendahkan ego untuk meminta maaf walaupun aku tahu itu salah aku. Bagi aku, meminta maaf itu bermakna menyerah kalah dan terima segala kesalahan yang diletak ke atas bahu sendiri.

Ini, diri aku. Jika ada sesiapa yang mahu mengikut sikapku ini, tak usahlah. Tak semua orang mampu jadi macam aku.

Safeera Nasreen ini, hatinya terlalu hitam dan kering. Apa yang terpacul dari mulutku, itu perkara yang akan aku buat.

Bercakap sahaja, bukan prinsip aku. Ia perlu disertakan dengan tindakan.

Baru sempurna!

Sambil menyedut minuman, anak mataku melinggas ke sekeliling Family Mart. Memerhatikan bayangan manusia yang mula memenuhi ruang kedai.

Ada yang sekadar membelek-belek sahaja makanan tetapi belum mengambil satu pun.

Ada yang sudah beratur di kaunter untuk membeli oden sambil anak mata memerhatikan pelbagai menu yang terpampang di belakang kaunter.

Ada yang bergelak tawa sambil memegang makanan yang terletak di bahagian pendingin.

Imperfect Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now