BAB 15

398 51 12
                                    

Safeera


Sejak tadi, aku hanya diam membisu tanpa kata. Hanya anak mata sahaja yang bergerak. Memerhatikan pergerakan ikan koi yang asyik berenang di kolam yang tidak jauh dari gazebo yang aku duduk.

Sebentar tadi, ada seorang perempuan yang wajahnya lebih kurang seperti Isa menghidangkan aku makanan. Dari sarapan, lauk tengah hari, makan petang dan juga malam. Malangnya, tidak sebutir pun nasi yang dia hidang dijamah olehku.

Seleraku entah terbang ke planet mana. Yang aku tahu, hanya duduk melangut seorang diri. Mengenangkan betapa malangnya hidup aku saat ini.

Aku cuba pura-pura jadi normal. Malangnya, entah mengapa memori hitam itu tiap kali berulang di minda. Seakan televisyen rosak yang sudah tiada siaran lain untuk ditayangkan. Setiap kali, ia berhenti di babak yang sama. Babak di mana diriku diperlakukan seperti binatang. Tiada langsung belas kasihan terpercik buat insan hina seperti aku.

Tarik lutut ke dada, sekali lagi tubuhku meligih menahan ketakutan yang entah datang dari mana. Mata meliar ke kiri dan kanan. Seakan terbayang-bayang lagi bilik stor gelap yang menjadi saksi di mana Darius mengambil kesempatan ke atas diri ini.

Tarik rambut, aku paksa diri ini supaya tidak mengingati momen hitam itu kembali. Malangnya, aku ditarik kembali ke tempat yang sama. Tiada jalan keluar. Hanya ada, aku dan kesakitan.

"Aku benci kau! Aku benci kau, Darius. Sumpah, aku takkan maafkan manusia binatang macam kau!" Kakiku naik menendang angin sekuat mungkin. Kepala teroleng ke kiri dan kanan. Cairan hangat mengalir deras tanpa sempat diseka.

Walau berkali-kali aku mandi untuk bersihkan diri, entah mengapa segala sentuhan jijik itu masih terasa lagi di kulit tubuhku. Setiap kali aliran air melalui tubuh, automatik gigiku berlaga sesama sendiri. Bukan sahaja diriku diperkosa, terdapat juga kesan lebam-lebam pada tubuh disebabkan pergelutan yang berlaku antara aku dan Darius.

Bukan aku sengaja serah diri. Aku sudah cuba sedaya kudrat yang aku ada untuk lari dari jantan tak guna tu. Namun disebabkan pengaruh dadah yang Darius letak dalam minuman aku, keadaan yang menjadikan aku sebegitu. Tidak mampu selamatkan diri dari menjadi mangsa kerakusan manusia binatang seperti Darius.

Aku sudah tiada apa-apa. Maruah, apatah lagi. Siapa sahaja yang sudi terima diri aku yang kotor ini.

Isa pun. Aku tak pasti jika dia mampu terima aku seperti sebelum ini. Aku yakin, dia sudah tahu pembohongan yang aku lakukan sebelum ini. Aku tipu diri aku dirogol. Sedangkan, aku pura-pura.

Senyum sinis kini meniti di bibir. Segala keadaan yang berlaku pada saat ini, seakan menyinis diri aku.

Aku pura-pura menjadi mangsa rogol. Sekali, Tuhan bayar tunai.

Tapak tangan jatuh pada perut sendiri. Aku tak dapat bayangkan andai aku mengandungkan anak Darius selepas ini. Siang malam aku berharap, insiden yang menimpa aku pada malam itu tidak akan mendatangkan kesan.

Andai kata perkara tu berlaku, aku rasa lebih baik aku mati daripada menanggung semua ini. Sudahlah aku mengandungkan anak tidak sah taraf. Aku tak tahu apa nasib yang bakal menimpa pada budak tu nanti.

Cukuplah aku seorang sahaja yang merasai betapa pahitnya zaman kanak-kanak yang perlu aku telan. Aku tak mahu, si kecil yang tiada dosa itu mendengar hinaan demi hinaan yang bakal menerobos pendengarannya nanti.

Bunyi tapak kasut yang berlaga dengan batu kerikil, kini menampan pendengaran. Namun, pandangan mata ini masih berenang di dalam kolam. Tiada niat mahu melihat siapa yang datang.

"Aku dengar. Rania cakap kau tak makan apa-apa sejak pagi tadi. Kau tak lapar ke?"

Setelah seharian aku tidak nampak Isa di dalam rumah ini, akhirnya dia muncul juga.

Imperfect Moment (TERBIT)Where stories live. Discover now