BAB 2

204 31 1
                                    

KELAS hanya berlangsung selama sejam sahaja. Kemudian, Layla sambung melepak di perpustakaan. Seronok sebab ada penghawa dingin. Nak tidur pun syok. Di sana, dia bertemu dengan Dee dan Fiz, atau nama sebenarnya Hafiz. Dee pula adalah nama samara buat Diana.

Waktu yang sepatutnya digunakan untuk mengulangkaji pelajaran bertukar menjadi sesi gosip. Sebab itulah mereka bertiga tak boleh berjumpa, kalau tak habislah. Satu hari satu malam pun belum tentu habis bergosip.

"Korang nak tahu tak, tadi aku miting dengan Prof Mansur. Boleh pula terjumpa dengan sorang mamat ni. Kemain mulut dia tu. Padahal baru first time jumpa, sibuk cari fasal dengan aku. Nak aje aku cili-cili mulut dia." Akhirnya, terluah juga rasa geram yang terbuku di dada.

"Siapa weh? Budak batch kita ke?" Sepantas kilat Fiz menyoal. Dia bab-bab cerita panas ni laju je.

"Hensem tak? Tinggi? Kaya? Badan sasa?" Bertalu-talu Dee bertanyakan soalan. Dia dan Fiz merapatkan kedudukan pada Layla.

"Sabar. Aku nak cerita la ni." Layla tarik nafas dalam-dalam.

Dee dan Fiz sabar menanti butir bicara Layla yang seterusnya.

"Dia budak PhD bawah Prof." Baru satu ayat dilontar, kedua-dua mulut rakan Layla itu terlopong besar. Bukan calang-calang orang si Layla ni nak bergaduh.

"Beb, bakal Dr tu. Inilah masanya untuk kau cari boyfriend. Kau tak penat ke hidup single?" ujar Fiz teruja.

Tak fasal-fasal bahu Fiz menerima satu tamparan hebat daripada Dee. Sekali pakej jelingan tajam. Tak menyempat betul Fiz ni. Kasilah si budak Layla habiskan cerita dulu.

"Okey, memanglah dia bakal Dr. Tinggi, badan sasa, pandai, bergaya, kacak hm bolehlah." Sebenarnya, Layla belum tatap muka Qays sepenuhnya. Geram punya fasal, tak sempat nak menghayati keindahan makhluk Tuhan yang satu itu.

"Tapi dia suka cari gaduh. Aku tak suka. Dia buat aku rasa nak bersaing dan bukannya bekerjasama. Padahal aku kena siapkan projek madu dengan dia sepanjang sem ini. Matilah." Baru sehari bersama jejaka itu, dunia seperti hendak terbalik. Tak dapat dibayangkan hari-hari yang mendatang.

"Okey apa bersaing. Itu namanya persaingan yang sihat. Mana tahu kau boleh skor A+ subjek ni nanti. Kau boleh jadikan sebagai motivasi untuk kau buktikan pada dia yang budak degree dengan budak PhD ni saing-saing je." Walaupun Dee tahu terdapat jurang yang besar antara pelajar ijazah sarjana muda dan juga doktor falsafah, dia tetap mengeluarkan kenyataan itu untuk menyedapkan hati Layla.

"Hesy, tak mahu aku nak bersaing sihat dengan dia. Kalau boleh, muka dia aku tak hingin nak pandang." Layla tayang muka menyampah.

"Orang tua-tua cakap jangan benci sangat, nanti cinta," bidas Dee yang setia mendengar cerita Layla sedari tadi. Kertas tutorial di atas meja langsung tidak disentuh. Padahal esok kena hantar.

"Betul, aku sokong. Nanti jangan sibuk nak mengadu dekat kita orang mandi tak basah la, makan tak kenyang, tidur tak lena. Malas layan."

"Eh, mulut korang ni. Doakanlah baik-baik untuk aku. Aku ni kawan korang tau, bukan mamat tu." Bibir Layla terjuih ke hadapan.

"Sebab kita orang ni kawan kau la, kami doakan macam tu. Okey apa dapat lelaki yang tinggi, kacak, pandai, cukup segala pakej. Kang aku doa kau kahwin dengan penyangak atau mana-mana mat rempit, tak ke haru hidup." Disebabkan mulut Fiz begitu lancang, Layla menyepak keting kawan lelakinya itu bagi melepaskan geram. Mata hidup semula pun dia tidak mahu berkahwin dengan lelaki sebegitu.

"Sakitlah," rengus Fiz. Fiz menjeling maut ke arah Layla.

Layla jelir lidah. Ingat heran?

"Bak sini kertas tutorial kau. Nak tiru." Dee mengambil kertas tutorial Fiz di atas meja sekali gus melenyapkan pertelingkahan antara Fiz dan Layla. Bila dilihat, hampir kesemua soalan telah diisi dengan jawapan. Hebat betul. Bila masa Fiz buat?

"Ewah, bayarlah. Banyak cantik muka kau." Fiz cekak pinggang. Dia cuba merampas semula kertas jawapannya dari tangan Dee.

"Boleh. Boleh blah." Terus Dee bawa lari jauh-jauh kertas tutorial Fiz untuk dia tiru. Fiz apa lagi, dikejarnya Dee itu. Maka, berlakulah aksi kejar mengejar antara Dee dan Fiz. Jika dilihat, tak ubah seperti kanak-kanak riang berumur enam tahun bermain sesama sendiri.

Ada beberapa orang pelajar membuat bunyi 'syhhh' tanda menyuruh mereka berdua senyap.

Layla menggelengkan kepala sambil tersengih bahagia melihat telatah kawannya. Dua ekor ni boleh tahan kuat bergaduh juga. Kadang terkeluar jugalah anak tekak Layla menjerit untuk meleraikan pergaduhan antara Fiz dan Dee.

Tapi Layla sayang kedua-duanya. Mereka sajalah kawan yang dia ada sewaktu di universiti. Tak pernah sekali pun meninggalkannya tatkala susah mahupun senang. Tanpa mereka, pasti sunyi hidup Layla.

JEJAKA TERISTIMEWADär berättelser lever. Upptäck nu