BAB 8

173 21 2
                                    

SELESAI ujian OSCE yang dijalankan pada sesi petang, Layla dan Dee pergi melepak dekat tasik di belakang fakulti demi menenangkan fikiran. Fiz awal-awal lagi sudah meminta diri untuk pergi ke training futsal. Itu cara Fiz melepaskan tekanan. Tambahan itu, dia merupakan seorang atlet. Untung siapa yang jadi teman wanita Fiz, dah la genius, pandai bersukan, perangai pun elok.

"Kau okey, Layla?" Dee menyoal apabila rakannya itu memilih untuk berdiam diri. Jauh Layla termenung.

"Layla?" panggil Dee sekali lagi apabila tiada sebarang sahutan diterima.

"Hah?" Layla tersentak daripada lamunan panjang.

"Fikir apa? Aku panggil dari tadi kau tak dengar." Mereka berdua berpandangan sesama sendiri.

"Tak ada apa-apa," dalih Layla. Dia melarikan anak matanya ke arah lain.

"Ceritalah. Aku ada untuk dengar." Bahu Layla dipeluk oleh Dee.

Layla menarik nafas sedalam yang mungkin.

"Aku rasa exam tadi susah. Aku tak dapat cari DRP pun. Punyalah target keluar penyakit berkaitan mental, sekali tajuk strok yang paling susah tu jugalah yang keluar."

Nafas dihela berat.

"Aku rasa aku bodoh. Aku tak pandai. Tinggal lagi setahun nak habis belajar pun masih tak mahir lagi tentang semua ubat. Siang malam paksa otak untuk menghafal dan studi pun masih belum mencukupi. Aku rasa aku tak layak la ada dekat sini. Rasa macam nak berhenti belajar pun ada juga." Layla mengesat air mata yang bergentayangan di pelupuk mata.

"Orang lain aku tengok macam okey je. Masing-masing keluar dewan dengan muka tersenyum. Nampak sangat aku sorang je tak pandai."

Kata-kata Layla terhenti apabila telinganya menangkap esakan kecil yang datangnya daripada orang sebelah. Mata Layla jatuh kepada Dee.

"Kau nangis?" Dah tahu, tanya lagi.

"Aku pun sama weh. Rasa bodoh sangat. Banyak gila aku tinggal tadi sebab tak tahu nak jawab." Dee meratapi nasib malangnya. Belajar bagai nak rak, bila tiba waktu peperiksaan, otak blank.

Tak sangka mereka berkongsi nasib yang sama.

"Dee, nak peluk." Layla mendepakan tangannya seluas-luasnya.

Dee merempuh tubuh Layla. Mereka melepaskan tangisan bersama-sama.

Hampir setengah jam jugalah mereka menangis tak ingat dunia dalam keadaan berpelukan.

"Layla, kalau aku gagal sem ni, kau masih nak jadi kawan aku, kan?" tanya Dee dalam tangisan. Segala hingus dan air mata dilap pada baju Layla.

Layla pun sama. Serabai rambut Dee jadinya apabila Layla menangis sambil menarik-narik rambut Dee.

"Mestilah. Soalan apa kau tanya ni? Kalau aku gagal, kau tak akan halau aku dari bilik, kan? Kau masih sudi nak bau aku yang kepam ni, kan?" Layla juga sama emo macam Dee.

"Tak, Layla. Aku sayang kau."

"Aku sayang kau juga, Dee."

Huwaaa dan mereka berdua sambung nangis sampai sejam. Pelajar yang berjoging di sekeliling tasik memandang pelik ke arah mereka. Namun, pelajar itu hanya buat tak peduli. Rutin riadah tetap dilakukan seperti biasa.

Setelah puas menangis, Laylda dan Dee berjalan ke kedai Tealive yang terletak tidak jauh dari tasik tersebut. Dee belanja Layla air tersebut walaupun berkali-kali Layla menolak. Dee tahu Layla tak akan beli minuman tu. Tak akan dia hanya nak biar Layla tengok dia minum?

Selepas itu, mereka duduk di kedai itu sambil menghabiskan air minuman. Kali ini mereka bergelak ketawa macam orang gila bagi menghiburkan hati yang lara. Ini kalau orang lain tengok, mahu dicop sebagai kurang siuman. Mana tidaknya, tadi menangis macam mati laki, kemudian gelak tak ingat dunia.

"Aku ada teka teki. Kau kena jawab eh."

"Apa dia?" soal Layla.

"Dalam banyak-banyak buah, buah apa yang reti berkawad?" Dee jongket kening sambil menunggu jawapan Layla.

"Easy." Layla pernah dengar teka teki ni.

"Buah kiwi. Sebab kiwi kanan kiwi." Jawapan diberikan.

"Tak aci. Kau dah tahu. Okey, lagi satu teka teki, ikan apa jantinanya lelaki?" tanya Dee lagi.

"Em." Layla letak tangan dekat dagu.

"Ikann... tak tahu la." Layla surrender.

"Jawapannya ikan bakar." Meh.

"Kalau macam tu, ikan berjantina perempuan tu jawapannya ikan patin ke?" tebak Layla.

"Pandai pun kau," puji Dee.

"Aku pula nak suruh kau teka." Kali ini giliran Layla pula bersuara.

"Ha, apa benda? Cepat kasi." Dee mencabar. Dia menepuk-nepuk meja tanda tak sabar hendak menjawab teka-teki Layla.

"Kalau kau bijak bestari, apa yang ada antara langit dan bumi?" Layla senyum senget.

"Senang kacang goreng je. Ada manusia, haiwan, tumbuhan dan semua makhluk ciptaan Allah. Betul tak?" Dee yakin dengan jawapannya.

"Salah. Jawapannya dan," bangkang Layla.

"Apehal dan pula?" Dee peluk tubuh. Dia tak puas hati. Air coklat hazelnut dihirup.

"Cuba ingat balik soalan aku. Apa yang ada antara langit dan bumi? Kan ada dan tu."

"Kurang asam." Hampir tersembur air dalam mulut Dee. Mujur dia sempat sedut balik.

Mereka gelak lagi.

"Siapa paling cantik?"

"Dee?"

"Salah, Layla." Layla tersenyum kemenangan.

"Lelaki paling tak hensem dalam batch?"

"Fiz si ejen Ali celup." Tawa terhambur kuat. Tersedak Fiz yang sedang bersukan di padang. Ada orang mengutuk dia ke?

"Paling comel?"

"Comot. Kucing ejen Ali." Ha ha ha.

"Yang paling busuk masam?"

"Siapa lagi kalau bukan Layla." Sesedap rasa Dee mengutuk.

"Siapa yang tak genius lepastu menangis sebab tak boleh jawab OSCE? Lepastu rasa nak berhenti belajar?"

"Kita!" Suara dua sahabat itu bergabung.

Kemudian, mereka gelak lagi macam orang gila. Terasa hilang segala beban yang ditanggung.

Maka tercatatlah hikayat dua orang sahabat baik yang broken teruk disebabkan tak dapat jawab OSCE.

JEJAKA TERISTIMEWAWhere stories live. Discover now