BAB 7

197 20 4
                                    

TIGA sekawan itu berada di bilik belajar yang terletak di Fakulti Farmasi. Esok para pelajar tahun akhir akan menghadapi ujian OSCE iaitu objective structured clinical examination. Keupayaan dan skil klinikal akan diuji dalam peperiksaan tersebut dengan menggunakan senario medikal yang sebenar.

Contohnya, seorang lelaki berusia 70 tahun datang ke farmasi mengadu mengalami batuk kering selama dua minggu berturut-turut. Dia mengambil ubat darah tinggi, kencing manis dan kolesterol. Cari DRP iaitu drug related problem bagi kes berkenaan.

Jawapannya, sesetengah ubat darah tinggi mempunyai kesan sampingan yakni batuk kering. Jadi, ubat hipertensi itu perlu ditukar kepada ubat yang lain.

"Weh susahnya. Aku tak dapat bezakan la ubat untuk bipolar, depression dan anxiety. Schizophrenia pun. Kenapa lebih kurang sama je? Keliru la." Layla mengurut-urut perlahan kepalanya yang berdenyut sakit. Dari pagi mereka duduk di dalam bilik itu. Berganjak seketika hanya untuk menunaikan solat dan makan tengahari. Kemudian, mereka sambung mengulangkaji.

Ujian akan berlangsung kurang dari 24 jam, namun masih banyak lagi topik yang belum dibaca.

"Aku pun rasa topik tu susah. Bila masa nak bagi antidepressant, antipsychotic, mood stabilizer semua tu." Keluhan berat Dee lepaskan. Dia meletakkan kepala ke atas meja. Apabila tak faham, mulalah syaitan datang menghasut untuk melelapkan mata.

Perhatian Fiz pada bahan bacaan di hadapannya terganggu apabila mendengar keluhan Layla dan Dee. Cermin mata yang melurut jatuh dibetulkan kedudukannya. Tengkuk yang terasa lenguh digerakkan perlahan-lahan bagi mengurangkan ketegangan otot.

"Nak aku ajar?" soal Fiz. Wajah rakan-rakannya itu dipandang silih berganti.

Cepat-cepat Dee dan Layla mengangguk. Siapa je tak mahu diajar oleh pelajar paling genius dalam batch mereka. Setiap sem dapat dekan, memang gempak. Berbeza dengan Layla dan juga Dee, GPA mereka setiap semester hanya cukup-cukup makan. Jauh sekali hendak mendapat dekan.

"Pertama sekali, aku sarankan kau orang tengok algoritma untuk rawatan bagi setiap penyakit. Okey, contohnya untuk depression ni." Fiz meletakkan ipad miliknya di tengah-tengah. Carta alir tentang rawatan untuk depresi terpampang di skrin.

"Tengok ni, ada perbezaan rawatan untuk mereka yang mengalami depresi yang teruk atau ringan. Macam mana kita nak tahu pesakit punya tahap depresi? Pesakit kena buat ujian klinikal terlebih dahulu. Selepas pegawai tentukan tahap depresi pesakit, kita boleh mulakan rawatan."

Dee dan Layla terangguk-angguk.

"Okey, kuiz. Sebutkan kelas antidepresi yang ada beserta contoh."

"SSRI. Citalopram, escitalopram, fluoxetine." Selective serotonin reuptake inhibitors.

"SNRI. Duloxetine, venlafaxine." Serotonin and norepinephrine reuptake inhibitor.

"TCA, MOA." Dengan bersemangatnya dua wanita itu menjawab. Tricyclic antidepressants and monoamine oxidase inhibitors.

"Okey, bagus."

"Jadi, siapa tahu rawatan first line untuk depresi?" tanya Fiz lagi. Dia mahu sel-sel otak kawan-kawannya berhubung.

"Kalau ikut algoritma ni, SSRI dan SNRI." Layla menjawab dengan pantas.

"Pandai," puji Fiz sambil mengangkat ibu jarinya ke udara. Dan kemudian, dia mengajar rakan-rakannya tentang rawatan untuk bipolar dan juga anxiety.

"Jom kita praktis untuk history taking," cadang Layla. Itu merupakan stesen pertama untuk ujian OSCE esok, paling senang berbanding stesen yang lain. Di mana segala sejarah berkaitan pesakit akan diambil. Pelajar hanya perlu bersoal jawab dengan pesakit. Skrip terlebih dahulu ditulis dan dihafal, memudahkan mereka untuk menyoal pesakit pada hari esok.

JEJAKA TERISTIMEWAWhere stories live. Discover now