BAB 4

140 24 0
                                    

LAYLA terbaring lemah di atas katil. Dia baru sahaja mendapat suntikan epinephrine kerana dia hampir pitam sebentar tadi. Tekanan darahnya turun dengan mendadak dan jantungnya berdegup lebih laju daripada kebiasaan. Salur nafasnya juga menjadi sempit. Diagnosis doktor mengatakan bahawa Layla mendapat anaphylaxis. Nak dijadikan cerita, dia dipaksa naik ambulans dari unit kesihatan sehingga ke kolej. Bila dia turun je dari ambulans, budak-budak semua pandang dia. Macam teruk je kan. Padahal kena sengat lebah je.

Tapi sakitnya tetap terasa. Penuh merah-merah dan benjolan sana sini di muka dan tangannya kerana kawasan itu tiada pelindung. Sepatutnya tadi dia pakai topi bernet, tapi silap Layla kerana percaya bulat-bulat kata si Qays itu. Sampai sekarang dia rasa menyesal.

Dee bersimpati melihat nasib Layla. Dari tadi dia menunggu Layla buka mulut. Rakannya itu langsung tak bercakap apa-apa sejak pulang tadi.

Tahu-tahu Layla telefon cakap yang dia berada di unit kesihatan (UK). Berlari pecut jugalah Dee ke UK untuk melihat Layla. Nak tercabut jantung Dee tengok muka Layla yang bengkak. Sudahnya, mereka sama-sama merasa naik ambulans tadi. Pengalaman sekali seumur hidup.

"Macam mana kau boleh kena sengat sampai teruk macam ni?" Dee memecah keheningan suasana lantas menghenyakkan punggung ke atas katil Layla. Wajah rakannya itu tampak lesu dan tidak bermaya.

"Ini semua mamat hati kering tu punya fasal." Muka Layla bertukar bengang apabila menyebut nama Qays. Ada ke dia boleh gelak sakan tak ingat dunia bila tengok Layla menjerit macam orang gila meminta tolong? Dasar tak beperikemanusiaan.

"Mamat hati kering?" Dahi Dee berkerut. Siapa? Dia kenal ke?

"Siapa lagi, si Qays tu la."

"Oh, dia tu. Cuba cerita dekat aku apa yang jadi sebenarnya?" Dee mula korek rahsia. Pelajar PhD Prof Mansur rupa-rupanya lelaki yang dimaksudkan oleh Layla.

"Pagi tadi aku dengan Qays pergi ladang ternakan bersama-sama naik kereta laki tu. Qays offer nak tumpangkan aku. Dalam kereta tak ada pun bergaduh, kita orang diam je." Layla memberi mukadimah. Dari berbaring, dia menukar kedudukan kepada duduk sambil bersandar ke kepala katil.

"Uyoo, kereta apa? Honda ke?" tebak Dee.

Layla angguk kepala.

"Uish, kaya gila mamat tu. Ini kalau dia jadi boyfriend, senang hidup. Boleh kikis duit dia sambil goyang kaki."

Layla menyiku lengan Dee. Orang tengah serius ni, "Banyaklah. Kalau perangai tak semenggah, siapa je yang nak. Silap-silap kucing pun tak hingin pandang lelaki macam tu." Boleh dikatakan Layla mula menjadi anti apabila orang lain memuji Qays. Jika persatuan anti-Qays sedunia ditubuhkan, Layla dengan rela hati menjadi presiden.

Dee tergelak mendengar bebelan Layla. Nampak benci sungguh.

"Tapi dia tumpangkan kau pagi tadi. Kira baik apa." Dee membela Qays.

Layla memberikan jelingan tajam kepada Dee.

"Okey, sorry." Dee mengangkat kedua-dua belah tangan ke udara tanda mengalah. Angin kus-kus Layla dah datang. Jangan dibuat main.

"Memanglah dia tumpangkan aku tapi semua tu ada makna. Nampak sangat nak balas dendam. Kau nak tahu, waktu dekat ladang, aku punyalah teruja nak tangkap gambar dan video lebah. Bila nampak haiwan tu aku jadi seronok lah. Aku pun pergi dekat tempat penternakan lebah tu. Tak tahu pula kena pakai protection. Bila aku tanya Qays, dia cakap tak payah pakai apa-apa. Aku pun percaya cakap dia bulat-bulat. Last-last aku kena kejar dengan sekawan lebah. Nak menangis aku kat situ. Dah puas aku minta tolong tapi mamat hati kering tu seronok ketawakan aku," cerita Layla panjang lebar. Sakit hati apabila diingatkan semula kejadian yang berlaku.

JEJAKA TERISTIMEWAWhere stories live. Discover now