08.

481 53 3
                                    

✳️✳️
❇️ Family Papa ❇️
✳️✳️

Dua orang lelaki bersut hitam yang sedia berdiri di depan hotel mewah berlari gegas ke arah kereta hitam berkilat sebaik sahaja kenderaan itu berhenti di depan mereka. Berdiri saja mereka di situ, pemandu kereta pula keluar. Berlari mengelilingi kereta untuk tiba di seat belakang tu.

Bila pemandu kereta tu cuba buka, dengan kuat pintu itu tertutup semula.

Buatkan dua orang bersut hitam yang berdiri di situ terpaksa masuk campur untuk buka pintu kereta tu pula. Dan dengan mudah pintu kereta itu pun terbuka.

Suara orang marah-marah kedengaran setelah itu lalu diikuti tangan dari dalam kereta tu menepuk tampar tangan dua orang pengawal tu apabila mereka cuba masuk ke dalam kereta.

        "Jangan sentuh aku la!"

        "Please jangan macam ni..kita jumpa sekejap aje. kemudian balik la.."

        "Aku dah kata tak nak...kau paksa aku jugak kenapa!"

Disebabkan orang dalam kereta tu enggan keluar, seorang daripada dua pengawal keselamatan tadi tunduk masuk ke dalam keretas sebelum keluar semula sambil memegang kedua-dua tangan dan menarik gadis yang mengenakan dress purple labuh off shoulder dari seat belakang.

         "Lepas!Lepaskan aku!{gelut Reeya sewaktu dirinya keluar dari kereta tu dan gerak menarik diri hendak lepaskan diri, Namun pengawal yang ada di situ dengan cekap menghalang dia.

Pemandu kereta berdiri di situ perhatikan dengan muka kebingungan.

Sementara pengawal kedua tadi cuba hadang ke tepi supaya Reeya tidak cuba larikan dari situ.

          "Reeya...sudah la tu.."minta Rain di belakang sewaktu lelaki itu bergerak keluar dari seat belakang dengan susah payah. Berdiri sahaja dia di situ, kot dan tali lehernya di betulkan. Habis dikerjakan dengan Reeya semasa adik perempuannya tidak berhenti bergelut.

Gara-gara marah, Reeya ambil keputusan untuk tidak hadirkan diri. Tapi Rain tahu kalau Reeya tidak hadirkan diri papa mereka akan paksa juga Reeya hadirkan diri. Nak tak nak terpaksa la Rain yang uruskan Reeya bersiap. Tapi tak sangka pulak sesukar ini.

Mula-mula kena bertekak dan bergaduh kemudian sesi kejar mengejar selama dua puluh minit bersama dengan Zen dan Noah semata hendak mendapatkan Reeya. Akhirnya sejam kemudiannya mereka tiba di lokasi itu. Rain sendiri yang menguruskan Reeya kerana adiknya itu berkeras untuk tidak menghadiri sesi makan malam bersama papa mereka. Biasanya setiap hujung minggu mereka berdua akan bermalam di rumah papa mereka atau makan malam bersama papa mereka. Perkara yang mana tidak di sukai oleh Reeya. Sebab itu Reeya suka buat perangai dan menyusahkan orang setiap kali hari tu tiba!

         "Lepaslah!"deram Reeya di depan pengawal tu tidak mempedulikan akan mata-mata orang yang berada di sekitar tempat itu. Tak faham bahasa ke apa!

         "Kalau macam tu maafkan saya cik.."ucap pengawal keselamatan itu secara tiba-tiba.

Huh?

         Reeya yang dengar memandang pelik. "Dah kenapa?"soalnya pada masa yang sama dia di angkat naik ke bahu pengawal keselamatan tersebut. "Hey!Put me down now you monster! Ugly smurft! Fatty goblin!Put me down now!"teriak Reeya sewaktu mereka berjalan masuk ke dalam lobi hotel.

Rain di situ terpaksa menebal muka taktala mereka di pandang pelik oleh para pengunjung hotel yang lain. Dengan dada mendabik yakin, dia jalan paling hadapan sambil diikuti oleh dua orang pengawal keselamatan yang bertugas untuk mengiringi Reeya. Mereka kemudiannya memasuki lif untuk naik ke tingkat 32 dimana restoran hotel itu berada.

          Reeya yang bergelut sejak tadi sudah keletihan. "Rain...Aku tak nak jumpa dia!"rengeknya.

          "Dan tiga minggu berturut-turut kau skip perjumpaan ni. Papa bising kau tahu tak?"maklum Rain sambil memandang pintu lif berwarna emas itu.

          "I dont fu***ing care!"marah Reeya sambil  memukul belakang badan pengawal keselamatan itu dengan geram saat berkata. "Turunkan aku sekarang la!!!"gelutnya bersungguh-sungguh.

          Rain berdesis marah. Kepalanya tertoleh ke kiri dengan pantas dimana Reeya berada. "Language Reeya!"tegasnya dibalik ketapan gigi. "Jangan kau mencarut pula depan dia orang nanti..."

Reeya melepaskan keluhan letih.

          "Fine...Turunkan aku...sekarang. Aku janji takkan buat perangai.."arahnya bernada jengkel.

Pengawal keselamatan yang mendukung Reeya itupun mengerling ke arah Rain. Menanti Rain memberi kebenaran kepadanya untuk menurunkan Reeya.

           Namun begitu, Rain langsung tidak memandang ke pengawal tersebut. Dia hanya diam menghadap pintu lif lantas berkata. "Tak boleh...sehingga kita sampai restoran tu nanti.."memberi jawapan kepada pengawal keselamatan tersebut.

            "What the f**k memang tak lah...kau nak malukan aku ke apa gila!"

             Rain memejam mata menahan sabar. "Reeya bahasa tu jaga!"deramnya saat membuka mata. Tidak memandang akan adik perempuannya itu kerana takat didih dia sudah hampir ke tahap maksimum.

            "I hate you Rain Storm!" Reeya mengerang geram tidak puas hati di belakang badan pengawal itu secara terbalik.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant