38.

377 56 8
                                    

✳️✳️✳️
❇️  SURPRISE.... SURPRISE  ❇️
✳️✳️✳️

Bertiga-tiga jalan dengan serentak, Rain, Zen dan Noah melintasi laluan pejalan kaki di sepanjang kawasan berbumbung itu. Mereka berborak sesama sendiri berbincang mengenai pelajar dan juga game yang mereka bakal lakukan selepas tamat waktu kuliah masing-masing.

Dan sepanjang langkah mereka itu, ramai mata mengerling akan kemunculan mereka di situ. Berbisik halus mengenai visual yang dimiliki oleh mereka bertiga.

Tapi Rain, Zen dan Noah terlalu sibuk untuk sedar dengan perhatian yang diberikan oleh orang sekeliling. Walaupun terkenal dengan sikap ramah dan dumb and dumber mereka, ketiga-tiga orang itu sentiasa low profile. Tak pernah anggap diri mereka tu popular atau diminati ramai.

      "Ajak Reeya nanti jadi refree!Aku confirm kali ni aku dapat pukul bola lagi banyak dari kau orang.."beritahu Noah.

       "Hah!Dari kau jadikan dia refree better ajak dia bet sekali. Confirm dia yang kalahkan kau Noah.."tambah Zen.

        "Jangan kau libatkan Reeya dalam game bet kau orang tu...dia ada benda yang lagi faedah dari buang masa dengan kita.."Rain bersuara bila adiknya jadi bahan bualan mereka dekat situ.

        "No chill la kau ni Rain. Cakap aje la kau takut Reeya kalahkan kau macam game bola jaring kita hari tu?Konon player terbaik. Tapi rampas bola dari Reeya pun tak lepas.."Zen ketawa selepas itu.

Noah pun ikut ketawa sebab setuju.

         "Kau cakap apa?Ulang balik!?"Rain pun apalagi, dia menyirap dengan Zen terus gerak hendak menerkam kawannya itu. Namun baru sahaja tangan dia capai kolar baju kemeja Zen, seseorang muncul dari arah bertentangan dan perlanggaran pun terjadi.

BUK!

Terkebil-kebil Noah dan Zen waktu itu.

           Buatkan Rain tersentak lalu memandang ke depan hendak meminta maaf. Namun belum sempat ayat itu terpacul dari bibirnya, kening dia terus mencerun tajam. "Kau lagi."

           "Hai."senyum Keith dengan mesra kepada mereka bertiga. "nampaknya kau orang ada masa terluang. Nak grab minum sekejap dekat Starbuck tak?"dia ajukan ibu jari ke belakang bahu. Merujuk tempat yang disebutnya itu.

           "Dan kenapa kau fikir kita orang nak ikut?"balas Zen dengan renungan mata dikecilkan.

           Mata Keith mengerling kanan dan kirinya memberi isyarat kepada mereka bertiga. "Sebab ada banyak mata sedang memerhati sekarang ni. kalau kau orang nak dapat masalah dengan cari gaduh aku depan public dan jejaskan reputasi kau orang boleh je atau maybe kau orang patut pilih untuk ikut apa yang aku kata."cabarnya dengan nada bersahaja tapi penuh dengan amaran.

Mengerenyet mata Noah bila dengar.

            "Kau nak apa?"tanya Rain.

            "Talk."beritahu Keith.

Tidak berkedip mahupun mengalah, Rain dan keith saling memabalas pandangan mencabar ke antara satu sama lain!

✳️✳️✳️✳️✳️

Empat lelaki duduk semeja, masing-masing dengan muka tak puas hati. Empat minuman pelbagai perisa tersusun kemas di situ. Ya. Keith yang menang. Permintaan Keith terpaksa di turuti oleh Rain dan yang lain gara-gara malas hendak mencari pasal dengan anak orang kaya depan mereka itu.

            "Kau nak cakap pasal apa?"mula Rain memandang ke belakang seat Keith waktu itu. Tidak ingin merenung wajah berlagak Keith.

           "Kalau nak buang masa kita orang boleh blah dulu."beritahu Zen pulak.

            Sementara itu Noah hanya pandang curiga  akan Keith. "Dan jangan merepek."

            Keith mengangguk kepala. "Aku nak buat deal dengan kau orang.."kata dia semasa sandar senang ke belakang. Lengannya di rehatkan atas kepala kerusi di sebelahnya yang kosong waktu itu. Tiga muka yang duduk berhadapan dengan dia waktu itu di tilik seorang demi seorang.

            "Deal?"kening Rain terangkat aneh.

            "Yup."angguk Keith.

            "Deal untuk apa?"Zen buat muka tidak suka. Dia pandang Keith seakan lelaki depan dia itu adalah seseorang yang shady dan tidak patut di dekati sama sekali.

            "Aku suka Reeya. Dan mahukan dia sebagai pasangan aku. Tapi aku tahu aku takkan dapat dekati dia macam tu aje dengan mudah. Jadi aku nak buat deal dengan kau orang untuk mudahkan urusan aku."beritahu keith. "Apa kata kau orang beritahu aku hal sebenar apa yang terjadi pada Reeya sampai dia hilang ingatan, dan aku akan bantu kau orang dapat tempat di university yang kau orang nakkan sangat tu."

Rain bungkam.

            "Selama ni aku fikir Reeya pura-pura tak mengecam nama aku. Rupa-rupanya dia hilang ingatan disebabkan kemalangan yang menimpa diri dia 6 tahun yang lalu. So...apa ceritanya?"Keith pandang Rain dengan riak ingin tahu dia.

Zen dan Noah seram sejuk di situ. Perasaan sama mereka pernah rasakan seperti beberapa tahun yang lalu!

            "Siapa kau sebenarnya ni?"Rain ke belakangkan sedikit badannya semasa memandang Keith. Lelaki itu buatkan dia semakin yakin bahawa mereka memang telah bertemu suatu masa dahulu. Tapi dia tak boleh cam langsung.

           "Aku?Kau orang belum tahu siapa aku lagi ke?"

            "Memang kita orang tahu siapa kau...tapi siapa kau yang sebenarnya sekarang ni." beritahu Zen. "Kenapa kau dekati Reeya dan berkelakuan seperti orang mencurigakan?"

Keith ketawa buat-buat. Dia malah beri reaksi seakan benar-benar tak percaya.

          "Aku Keith...Keith Fraser. To be exactly, I'm the fatty boy that you guys like to bully in middle school?The book...Reeya saving me?Can't remember??"sengihnya dengan meleret lepas tu.

Tergantung mulut mereka bertiga ketika itu. Nafas mereka seakan terhenti apabila memori lama menerjah dalam kepala masing-masing.

Dengan bangga Keith menarik senyum lebarnya. Senang hati melihat reaksi mereka bertiga waktu itu. Ya!Betul. Mereka yang membuli dia dengan cuba rampas buku pemberian dari Reeya dan diselamatkan oleh Reeya sendiri waktu itu. Mereka buli dia sebab tak suka dia dekati Reeya. Mereka fikir dia hanya budak gemuk yang cuba ambil kesempatan ke atas Reeya sahaja. Tapi bukan itu yang dia dendamkan sekarang ni!

Dia berdendam sebab Reeya di rampas dari dia dengan tiba-tiba dan mereka semua menghilang tanpa jejak.

Paling membuatkan dia marah adalah Reeya cedera hingga hilang ingatan sepenuhnya!

           "Surprise!Surprise."agah Keith dengan renungan membunuhnya.

✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now