52.

386 61 5
                                    

✳️✳️
❇️ CCTV ❇️
✳️✳️

Pulang sahaja Reeya ke rumah banglo dua tingkat waktu itu sudah pun masuk jam 10 pagi. Dia langsung tak sedar yang masa berlaku sangat pantas. Apa dia tahu tengok-tengok aje matahari dah nak tegak atas kepala. Semuanya sebab Keith la.

Lelaki itu sekejap nak bawa dia ronda la, jalan-jalan sekeliling tasik la kemudian ambil angin dekat kawasan taman depan kawasan tasik yang sama.

Borak punya borak baru la Keith gerak hendak menghantar dia pulang.

Bila Reeya masuk ke dalam, dia hanya menemui Zen. Lelaki itu dengan xbox kegemaran lelaki itu. Huh!Untungnya jadi anak orang kaya!Tak payah fikir lama untuk bekerja ke apa. Hujung minggu melepak macam tak ada masalah yang perlu di fikirkan.

        "Kau sorang aje ke?Mana yang lain?"tanya Reeya sewaktu gerak mendekati sofa lalu duduk melunjurkan kaki untuk merehatkan kepala pada arm rest sofa tu. Ugh!Lena dia tak cukup gara-gara balik kerja lewat malam dan menghadap kerenah tiga minion bertuah tu.

         Zen yang duduk menyondong ke depan fokus sungguh ke skrin televisyen. Melihat ikon game bergerak-gerak sana sini di dalam skrin tu. "Tak tahu..."jawab Zen yang tidak melarikan renungan dari skrin televisyen tu.

         Lah! Dah kenapa dengan suasana mereka ni?Lelaki ni masih marahkan dia ke?Ingatkan dah okay. Tanya dia Panjang berjela...jawabnya sepatah dua?"Bila kau bangun?"tanya Reeya lagi.

        "5 minit tadi.."jawab Zen pendek..

         Aik?Reeya memalingkan kepala untuk memandang belakang kepala Zen. Lelaki itu duduk bersila atas lantai menghadap skrin tv. "Dah sarapan...?Kalau belum aku sediakan sarapan?"ajunya dengan renungan 'dah kenapa'.

         "Dah. Cereal jer.."Zen jawab dengan mendatar.

Dah lebih ah ni!

Menyirap pulak rasa.

Dah apahal siak mamat rambut perang tak cukup nutrisi ni? Buat perangai layan tak layan ke?Jelas sangat la nak jawab soalan dia dari tadi tak ikhlas!

         Reeya bangun dari baringnya sebelum bergerak untuk duduk tepi Zen. "Kau dah kenapa?"tanya dia yang berasa pelik dengan nada Zen yang kedengaran dingin sejak tadi. Keningnya berkerut-kerut.

Zen tidak menjawab. Dia hanya diam dan fokus memandang skrin tv tu. Sampaikan Reeya jenguk kepala mendekat di depan muka, dia masih jugak tidak terkutik.

        "Hello Mister Zen Malique..aku tanya. Kau dah kenapa?"Reeya lambai tangan di depan muka tu cuba nak tarik perhatian Zen supaya berhenti tidak menghiraukan dia! Nak cari gaduh betul namanya ni. Kubur dah panggil agaknya kan sebab itu Zen buat perangai begini!

Jari jemari Zen yang laju menekan itu dan ini pada remote control terhenti. Lelaki itu kemudiannya menghentikan game itu dan duduk tegak memandang Reeya.

         "Kau nak tahu kenapa dengan aku?Biar aku beritahu kau. Kita bertiga dah buat perjanjian. Untuk tak langgar mana-mana peraturan tu terutama sekali, jangan ada perasaan pada kau atau sebaliknya. Sama ada aku dengan kau atau Noah dengan kau, atau kau suka aku atau suka pada Noah. Dan kau tahu apa yang berlaku. Kau dengan Noah..."Zen terus mengetap bibir enggan meneruskan kata-katanya kerana dia cuba untuk tidak mengungkitnya. ,

Kening Reeya mencerlung. Dia memandang pelik akan Zen bila dengan kata-kata yang terpacul dari mulut itu. Dah kenapa semua orang nak ungkit Noah dengan dia?

Memangnya ada CCTV ke dalam rumah ni?

Asal boleh tahu?

Aish!Tulah kalau langgar sumpah!Macam ni la!

         "Kenapa aku dengan Noah?"tanya Reeya kehairanan.

Dengan keluhan kesalnya, Zen memalingkan muka ke kanan. Melarikan pandangan ke tempat lain. Jarinya naik mencubit bibir kerana frust tak tahu nak cakap macam mana.

          Eh!Palingkan muka pulak!Cakap tu bagi habis. Jangan setengah jalan aje. Buat marah orang namanya. "Zen...aku tanya...apa maksud kau tu?"Reeya memukul peha di tepi kaki dia. Dah tak boleh nak sabar.

          "Aku nampak semuanya malam tadi...aku dengar apa yang Noah cakapkan dekat kau...dan aku tahu kau bermalam dekat bilik dia..."luah Zen yang masih tidak memandang Reeya. Bukannya apa, dia cuma tak tahu...tak tahu macam mana nak confront Reeya mengenai hal yang dia nampak malam tadi. Dan macam mana dia boleh nampak, waktu tu dia terjaga sebab tekak dia kering, sekali tu bukak aje pintu bilik dia ternampak Reeya dah terduduk atas lantai depan pintu bilik Rain dan Reeya. Berpelukan dengan Noah masa Noah cakap jangan tinggal Noah la apa segala bagai tu!Dia perhatikan sehingga la Reeya masuk bilik Noah malam tadi. Dia tak tahu apa yang berlaku lepas tu!Apa dia tahu Reeya tak keluar bilik sampailah bunyi loceng rumah paginya.

           "So?Apa masalahnya. Bukannya kita orang buat apa-apa pun...cuma tidur satu katil je.."balas Reeya dengan muka selamba tak kisahnya.

            Terus Zen memalingkan muka memandang Reeya. Lelaki itu membuat muka seperti mahu marah. "Noah suka dekat kau Reeya...kalau benda tu terjadi..orang tu kena keluar dari rumah ni. itu bermaksud Rain akan tahu kenyataan ni dah Noah akan dalam masalah.."dia melenting sebab berasa jengkel.

             "Masalahnya Noah sendiri tak ingat yang dia kata dia suka dekat aku...dan aku tak pernah kata pun aku suka dia balik...yang kau nak melenting macam ni kenapa?Jangan cakap dekat aku yang kau pun ada perasaan dekat aku jugak?"Reeya pandang tak percaya saat menyilang tangannya ke dada. Dia terasa sebab Zen nak tinggikan suara pada dia hanya kejadian malam tadi. Lagipun macam mana Zen boleh perasan?Haih...serabut betul la!

Kata-kata Reeya itu membuatkan Zen mengetap bibirnya, terus terkedu dia bila mendengar kenyataan itu.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now