55.

398 59 4
                                    

✳️✳️
❇️ MINIONS ❇️
✳️✳️

Seperti yang dilaporkan dalam berita cuaca semasa, malam itu memang hujan. Kilat saling sambar menyambar. Guruh berdentum kuat di langit. Disebabkan musim tengkujuh sudah tiba, maka cuaca untuk beberapa masa kebelakangan ni bakal mendung dan lembab senantiasa.

Cuapa yang tidak disukai oleh Reeya.

Suhu sejuk buatkan badan dia sakit-sakit. Kesan dari kemalangan dulu masih terkesan sehingga sekarang. Ianya ibarat seperti ada jarum yang mencucuk tulang dia kalau hujan atau salji muncul. Buatkan dia tak larat nak lakukan apa-apa terutama sekali bergerak!

Brit!

Brit!

Deringan telefon pada phone holder di dashboard menyentak lamun Reeya yang sedang drive ketika itu. Dia mengerling ke skrin sekejap sebelum memandang ke depan. Risau sebab waktu itu hujan memang turun dengan lebar, nak nampak jalan tu, kena fokus betul-betul.

Brit!

Brit!

Sekali lagi panggilan masuk dengan nombor yang tidak dikenali.

         Reeya pandang ke skrin telefon itu sebelum menekan butang handsfree di stereng kereta itu. "Hello?"sambutnya semasa melihat dengan tekun akan jalan raya di depannya saat itu. Demi mendapatkan pemandangan yang jelas dia malah sandar ke depan dan kedua-dua tangan pegang erat stereng. Tipikal gaya bila perempuan memandu. Please jangan judge. Bukan sebab dia rendah tapi dashboard kereta tu bukan standard ketinggian dia.

         "Mana kau sekarang Reeya?"

Huh?

          Reeya berkerut kening, dia pandang sekejap ke skrin telefonnya lalu memusingkan stereng keretanya ke kiri masuk selekoh jalan raya tu. "Sekejap...siapa ni?"

          "Keith."

          Terbutang kemudiannya mata Reeya bila dengar. Dasar si pelik!Sampai nombor phone Keith boleh tahu? Tak selamat betul dia rasakan sekarang ni. "Macam mana awak boleh dapat nombor phone saya?"keningnya berkerut tidak suka.

          "Encik Hill yang bekalkan nombor phone kau pada aku."

           "Dan sejak bila awak rapat dengan papa saya Keith?"Reeya menjuling mata menyampah.

          "Sejak kita orang akan menjadi keluarga la.."selamba aje lelaki itu berkata.

          Tidak terkejut dengan sikap ignore Keith itu, Reeya buat muka sebelum menggeleng kepala tak percaya. Sejak bila dia setuju untuk jadikan Keith pasangan dia? Perasan aje lebih Keith ni. "Awak nak apa?"

          "Kau tengah drive sambil bercakap dengan phone ke?"tiba-tiba nada suara Keith berubah.

The heck?

           "Dude!We have technology! Of course not!Saya handsfree!"beritahu Reeya sedikit jengkel. Lagipun salah siapa dia jawab call dan bercakap pakai phone.

Tut!

Tidak semena panggilan tu putus.

Reeya di situ beri reaksi 'what the f!'. Tak faham kenapa Keith putuskan panggilan dengan mengejut. Lelaki itu benar-benar ada isu serius. Kalau nak dia boleh recommend doktor psikatri. Semasa dia dalam proses rehab, dia ada jumpa ramai doktor yang bagus-bagus! Risau kadang-kadang dengan Keith ni.

Setibanya di depan lampu merah, bunyi hon yang sangat kuat bertandang dari arah belakang. Memeranjatkan Reeya, dia melompat dari tempat duduknya dan memandang cermin pandang belakangnya. Cuba nak cari tahu apa yang berlaku.

Sekali tu tak sempat nak proses apa yang berlaku, satu impak yang sangat kuat menghentam belakang keretanya lalu bunyi hon kereta kedengaran diselangi dengan seretan tayar di brek dengan mengejut berlaku.

Di luar kenderaan saat itu, terdapat sebuah treler panjang sudahpun terbalik ke tepi. Mengakibat beberapa buah kereta yang lain turut terbabas dan berlanggar antara satu sama lain. Asap berkepul-kepul keluar dari hood kereta-kereta di atas jalan raya itu. Alarm dari kereta dapat di dengari silih berganti di sana sini.

Kejadian itu telah menyebabkan seluruh lebuh raya itu terkandas dengan kereta yang terperangkap tidak dapat keluar mahupun berpatah balik. Dan para pemandu mula keluar dalam hujan itu hendak dapatkan mereka yang terperangkap dalam kenderaan yang ranap di situ. .

      "Tolong!!!!"

      "Arghh!!!"

      "Ada budak dalam kereta ni!"

      "Call ambulans sekarang!"

      "Apa yang dah berlaku ni?Ya Tuhanku!!"

Pengguna jalan raya yang terlibat dan tidak terlibat berlari ke sana sini dengan cemas hendak lakukan sesuatu bagi membantu ke semua mangsa yang cedera dan tersepit dalam kenderaan. Dan dalam kesibukan itu, kereta yang dinaiki Reeya telah berhimpit dengan dua buah kereta yang melanggar bahagian belakang dan tepi kanan. Dan gadis itu tidak sedarkan diri di atas stereng dalam keadaan berdarah pada wajah akibat serpihan kaca dan darah turun dari tepi kepalanya.

Pada masa yang sama telefon yang masih selamat tidak terusik di dashboard itu berdering sekali lagi.

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now