Epilog

831 69 21
                                    

10 tahun kemudian....

"Ayah hari ni kita nak ke mana?"tanya Naylie, 6 tahun.

"Kita nak lawat rumah Aunt Reeya dan nenek kamu." jawab Rain saat tunduk memerhatikan langkah anak kecilnya yang berusia 4 tahun di hadapan mereka waktu itu.

"Cantik tak aunt Reeya?"

Rain tersenyum sewaktu dia melemparkan pandangannya ke sekeliling kawasan perkuburan itu. "Cantik sayang...matanya sama macam kamu..."

"Macam Naylie?"

Walaupun sudah 10 tahun berlalu, Rain sekalipun tidak pernah lupa akan Reeya. Pemergian adiknya itu sungguh tiba-tiba tapi dia telah relakan. Walaupun sisa rasa sakit tu masih ada.

Tidak lupa juga dengan pemergian Keith beberapa ketika kemudian.

Semuanya secara mengejut.

Mereka langsung tidak menyangka bahawa Keith hidap penyakit kronik.

Tidak hairan la kenapa Keith bersungguh mahu bersama dengan Reeya. Lelaki itu sedang tenat!

Noah dan Zen sangat terkejut bila dapat tahu tentang hal tu. Mereka bertiga sedaya upaya luangkan masa dengan Keith sewaktu Keith dalam hospital.

Dan sepanjang masa tu, Keith tak pernah berhenti dari menyebut nama Reeya.

Dari situ Rain sedar, Reeya meninggalkan dunia tanpa mengetahui hal sebenar mengenai mama mereka, Sementara Keith meninggalkan dunia tanpa sempat menyatakan perasaan cinta lelaki itu terhadap Reeya.

"Kau menungkan apa lagi tu Rain." tegur Noah dekat sebelah sambil memegang jambangan bunga. "Kita nak jenguk dia orang..senyum la sikit."

Rain palingkan kepala. Lalu tersenyum nipis memandang Noah. "Mana ada fikir apa-apa."

"Ayah...kita penat!"rengek anak lelaki Rain berusia 4 tahun, Ryan semasa berhenti dekat tengah jalan tu.

"Yooo!Mari uncle dukung!"ajak Zen saat hulur tangan ke bawah ketiak Ryan lalu di dukungnya.

Terkekek-kekek ketawa anak kecil itu.

Rain dan Noah dekat belakang mereka hanya perhatikan dengan senyuman di bibir.

Mereka meneruskan baki perjalanan mereka tanpa mengatakan apa-apa sehingga tiba di hadapan kubur Reeya dan mama Rain. Mereka beri penghormatan dalam doa masing-masing.

Saat itu mereka belajar, bila cinta tidak bersatu hanya maut yang mampu memisahkan dan menemukan mereka semula.

Rest in peace dear little sister Reeya Summer!

✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant