35.

381 50 7
                                    

✳️✳️
❇️ DIKEPUNG ❇️
✳️✳️

Apa salah hayat dia yang lepas ya?

Kenapa hidup dia kali ni tak boleh ada yang lancar?

Serius!

Sesiapa tolong la bawak tiga minion ni jauh dari muka dia.

          "Better kau beritahu apa yang sebenarnya dah terjadi Reeya?"soal Zen semasa memegang tepi lengan kiri kerusi, mendekatkan wajahnya ke Reeya.

          "Penuh status dan twitter pasal kau dan Keith di cafeteria hari ni."beritahu Rain.

          "Saya ingatkan awak dah reject Keith selepas blind date awak tu, tapi kenapa ramai yang kata Keith berpegang tangan dengan awak di cafeteria?"tanya Noah.

Dikepung oleh tiga orang lampai itu buatkan Reeya yang tidak tahu apa yang berlaku hanya mampu silih ganti memandang mereka. Serius!Dia tak tahu!Balik saja dari kafe, Rain heret dia ke ruang tamu kemudian dudukkan dia di kerusi sebelum di kepung oleh mereka semua.

          "Apa yang kau orang cakapkan dari tadi ni?"Reeya berkerut tak suka.

           "Aku tak suka kau dengan Keith. Aku tak suka mamat sengal tu. Ada something tak kena dengan budak tu. Aku pandang aje dah tahu."beritahu Rain.

           "Betul tu! Hari tu aku ada dengar cerita, Keith telah menyebabkan seorang pensyarah hilang perkerjaan di sini lepas silap key in markah...tak cukup dengan tu, seorang penuntut perempuan yang awalnya kata suka pada Keith telah diberhentikan serta merta dari kolej selepas post gambar dia dan Keith tanpa kebenaran dia...dan sekarang..kau bersama dengan dia..ianya adalah berita buruk Reeya."beritahu Zen.

            "Kenapa Keith mula bersama dengan awak, Reeya?"soal Noah pula.

Kenapa dia rasa macam dia ni penjenayah yang sedang di soal siasat? Dah kenapa la dia orang bertiga macam ni?

            "Aku tak tahu.Berapa kali aku nak cakap dengan kau orang."

            "Kau tak tahu?Kau yang satu kuliah dengan dia satu hari suntuk dengan dia...kau cakap tak tahu?Is that nake any sense?"soal Rain kejengkelan.

           Zen bercemberut. "Beritahu aku...dia ada ugut kau?Atau buli kau ke something?Sebab tu kau bersama dengan dia?Kalau ya beritahu. Biar aku kerjakan dia!"

            "Woah..woah..hold your horse mister!"Reeya membutang mata terkejut.

            "Kalau betul dia ganggu awak Reeya, kami akan bantu awak."aju Noah. "Lagipun kenapa dia tiba-tiba buat semua ni?Bukan ke selama ni dia tak pernah kisah tentang awak...kemudian dengan mengejut dia lakukan semua ni?"

            Well itu yang dia nak tahu sejak awal lagi. Reeya pandang Noah dengan renungan mengalahnya. "Bukan macam tu. Ianya bukan seperti yang awak fikirkan. Ianya complicated..."

            Rain tiba-tiba pegang kedua belah arm rest kerusi itu. Memagari Reeya. "Baik kau beritahu aku!Apa mamat tu dah buat pada kau!?"

Tidak berkedip dari memandang muka di depannya itu, Reeya diam tidak mengatakan apa-apa. Kalau dia tahu apa jawapannya dah lama dia beritahu. Apa dia tahu Keith ada cakap something masa mereka bergaduh hari tu. Yang lelaki tu ingat pada dia tapi dia dah tak ingat pada Keith? Sejak tu Keith tak berhenti nak hantui hidup dia. .Selalu muncul di mana-mana dia berada. Macam hantu.

            "Reeya!"panggil Rain lagi masih sondong membongkok di situ.

            "Aku tak tahu okay. Kalau aku tahu aku beritahu. Maybe ya maybe tak yang aku berhutang dengan Keith ke apa..aku tak tahu all right?""keluh Reeya dengan nada mengalah. "Please la..aku penat ni..badan aku dah melekit-lekit sebab kerja ni..boleh tak lepaskan aku sekarang?"

            "Kau suka mamat tu?"Zen di tepi tunduk memandang Reeya dengan tangan bersilang di dada.

Soalan Zen itu membuatkan Noah terus pandang susah hati ke Reeya. Keningnya berkerut sedikit. Suka?

            "Reeya, kau dengar Zen kan?"Rain menggesa.

Untuk seketika Reeya pandang wajah bengang Rain sebelum ke Zen yang sedang terlentok kepala menanti jawapan dari dia. Kenapa la dia dikelilingi dengan lelaki yang terlalu over protective dan sensitive terhadap gerak geri dia?

Rain, Zen dan Noah selalu macam ni. Sejak dia sedar dari koma, setiap perkara yang melibatkan diri dia sentiasa diteliti oleh mereka dan dikendali dengan berhati-hati seperti dia ni secebis kaca yang mudah pecah kalau salah kendali. Terutama sekali papa mereka!

            "Apa yang kau orang takutkan sangat ni?"tanya Reeya lepas tu. "Kau orang berkelakuan macam takutkan sesuatu?Bukannya aku ke mana-mana pun. Elok aje ni dekat sini.."cebiknya dengan menyampah.

             Rain lepaskan keluhan kesal. "Boleh tak jangan nak ubah topik?"tanya dia.

             "Gosh!This is so frustrating!"keluh Reeya memicit sekejap dahinya lalu memandang Zen. "Aku tak tahu okay. Aku tak tahu apa perasaan aku pada Keith sebab semua ni berlaku tiba-tiba."

             "Serius aku bagi tahu kau Zen....mamat sengal tu ada something yang buatkan aku teringat pada seseorang. Tapi aku tak boleh nak cam siapa."

             "Aku tahu. Sebab tu aku tanya Reeya ni. Mana la tahu Reeya tahu something."Zen membuat muka berserahnya.

              Reeya ketawa kecil semasa melirik mereka bertiga di situ. "Boleh tak kau orang kurangkan sikit perangai paranoid tu?Bukannya aku tak tahu jaga diri. Ingat aku ni budak kecik lagi ke....."

Kata-kata Reeya buatkan Rain, Zen dan Noah pandang serentak ke gadis itu.

Kurangkan?

Senangnya bercakap.

Reeya tak tahu apa itu perasaan paranoid sebenar kerana gadis itu sudah lupa kesemua yang terjadi.

Kalau Reeya ingat mungkin, Reeya takkan bersikap care free seperti ini.

Reeya pasti akan alami perkara sama seperti mana mereka bertiga alami. 

Risau, gelisah dan takut sentiasa berlegar-legar!

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now