18.

401 49 5
                                    

✳️✳️
❇️ Best Enemy ❇️
✳️✳️

Keith terhambur ketawa taktala melihat tingkah Reeya yang mencuit hati. Gadis itu seperti watak kartun peguin ketika sedang marah. Dia bersandar semula ke belakang. Tangan naik menekup muka.

         "Hahaha... Seriously Reeya!"ketawa Keith sebelum memandang funny akan Reeya di depannya waktu itu. 

Reeya yang melihat reaksi Keith berkerut kening tidak puas hati, bibirnya di cebik geram.

         "Apa yang kelakarnya?Kenapa awak ni suka ketawa bila saya marah ya?Memangnya saya marah ni satu hiburan buat awak ke?" renggus  Reeya sambil menghentak kaki tidak puas hati.Benci betullah dia cakap dengan Keith. Apa masalah lelaki ni dengan dia pun sendiri tidak tahu.

         Keith berhenti ketawa, tetapi dia masih tersenyum meleret. Membuatkan wajah itu kelihatan kacak bila di pandang. Lelaki itu menggeleng kepala lalu menyilang tangan ke dada."Reeya..beritahu aku something. Kenapa kau beria sangat nak keluar dari kolej berprestij ni?Kau tahu tak ramai yang mampu untuk belajar dekat sini...melainkan kau ni budak genius dan di sokong sepenuhnya oleh biasiswa atau anak orang kaya yang bergantung harap pada pengaruh parents dia orang untuk belajar dekat sini...dan kau bersungguh nak berhambus...."

Reeya melepaskan dengusan jengkel.

        "Kalau macam tu beritahu saya something...kenapa ya awak selalu aje cuba nak halang saya dari keluar dari kolej ni?"

        "Sebab aku tak nak kau keluar dari sini."

Pfft!Reeya berdengus kecil tak percaya.

       "Jangan nak bergurau la. Sebabnya hanya tak nak saya keluar dari sini?Memang kelakar."

        "Aku serius."

Senyuman di bibir Reeya menghilang apabila Keith beri wajah serius kepadanya. Langsung tidak tersenyum seperti tadi.

       "Aku tak tahu apa yang buatkan kau bertegas untuk keluar dari kolej ni. Apa aku tahu, kau tak boleh berhenti dari belajar dekat sini macam tu aje." beritahu Keith.

       "Tapi kenapa!?Saya tak suka belajar apa yang saya belajar faham. Papa saya yang aturkan semua ni. Ini bukan kehendak saya. Sebab tu saya nak secara paksa dibuang dari kolej memandangkan papa saya tak izinkan saya keluar dari kolej ni dengan cara baik... dan awak..dekat sini tak habis-habis nak merosakkan pelan saya!"deram Reeya saat memandang geram ke Keith.

          "Oh..sebab tu kau buat perangai?"

           Reeya mengerang kejengkelan. "Urghh...kenapa saya kena cerita semua ni dekat awak. Dah lah. Saya nak keluar..." Reeya  bergerak ke tepi, tombol pintu di pegang setelah mendekat.

Keith pula hanya berdiri tegak di situ memikirkan sesuatu sebelum berpaling memandang belakang Reeya sesaat ketika pintu bilik tersebut terbuka dan Reeya melangkah keluar dari situ.

Sebaik sahaja Reeya  keluar gadis itu terus menghubungi Encik Hill. Hendak lampiaskan rasa marah dan geramnya pada lelaki itu. Yalah siapa lagi yang buat semua kerja ni kalau bukan ayahnya sendiri.

         "Hello papa!"sapa Reeya serta merta sebaik sahaja panggilan itu di angkat.

         "Maaf. Cik Reeya.. tuan sedang berada di dalam bilik mesyuarat ketika ini. Ada apa-apa pesanan ke?"soal penyambut panggilan itu dengan lemah lembut.

Reeya melepaskan dengusan tidak puas hati.

          "Bertuah betul orang tua tu...macam tahu-tahu jer aku nak call. Boleh pulak dia meeting time ni jugak!"bebel Reeya di balik nafas saat dia tunduk memandang anak tangga dengan sebelah tangan memegang telefon sebelah lagi menguak rambut depannya ke belakang. Rimas dan frust!

           "Cik Reeya?"panggil suara wanita itu sekali lagi yang menyentak lamunan Reeya.

           Reeya menjuling mata kejengkelan lantas bersuara. "Beritahu papa yang saya nak pembatalan kelas kredit saya atau dia takkan nampak lagi koleksi kayu golf kesayangan dia lagi masa dia balik rumah nanti..."ujarnya sewaktu dia tiba di bawah tangga dan mula jalan menyusuri koridor yang lengang itu.

            "Huh...apa dia tadi cik?Saya silap dengar atau cik ada kata yang cik akan apakan dengan kayu golf tuan..?"soal wanita dalam panggilan itu kedengaran tidak percaya dengan apa yang baru sahaja di katakan Reeya.

             "You heard me..."balas Reeya saat bertembung dengan rakan sekuliahnya. "Saya beri dia masa sejam untuk hubungi saya semula.... lebih dari itu...saya tak jamin apa-apa..."terus panggilan itu di putuskan.

✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now