33.

372 53 3
                                    

✳️✳️
❇️ PARUT ❇️
✳️✳️

Di kelas Sir Steven, pelajar-pelajar telahpun duduk bersama pasangan kerja masing-masing selepas di beri arahan oleh Sir Steven supaya gunakan waktu kelas lelaki itu untuk berbincang dan aturkan macam mana nak siapkan tugasan. Kalau ada soalan boleh tanyakan lelaki itu yang sedang duduk di meja atas podium dalam dewan kuliah itu.

Tidak jauh dari tempat duduk baris belakang dan paling atas kelihatan Reeya dan Keith sedang menyelak helai muka surat buku.

        "So awak nak buat macam mana?Ada idea tak?Ke nak dengar idea saya dulu?"soal Reeya sambil memandang helai muka surat buku catatannya.

Keith tidak menjawab, lelaki itu hanya mendiamkan diri saat menilik wajah bersih Reeya saat menopang dagu di atas buku. Disebabkan Reeya mengikat rambut ke belakang dengan kemas, barulah Keith dapat lihat wajah Reeya sepenuhnya.

         "Awak dengar saya tak ni Keith?"panggil Reeya mengangkat kepala untuk memandang ke tepi. Sekali tu dia bertemu muka dengan Keith yang pada masa itu sangat rapat kepadanya. Mulanya dia pandang naik turun tidak faham sebelum dia mencucuk pipi kiri lelaki itu dengan belakang pen.

          Keith tidak terkutik. Lelaki itu malah mengangkat tangan lalu menyentuh dahi Reeya. "Aku baru perasan hari ni..parut dekat dahi kau ni parut apa?"dia lalukan jari sepanjang kesan Panjang seperti tulang ikan yang bermula dari anak rambut sebelah kiri memanjang terus ke belakang telinga.

         Reeya pun angkat tangan. Dia sentuh kesan parut yang disentuh oleh Keith sebelum menjauhkan wajahnya dari sentuhan Keith. "Fokus boleh tak?"renggusnya.

         "Apa yang berlaku pada dahi kau tu?"tanya Keith lagi. Matanya masih terarah pada kesan parut tu.

Srap!

Srap!

Srap!

         Reeya selak muka surat buku rujukannya dengan kasar. "Kita patut pilih tajuk sekarang atau mereka yang lain dapatkan topik yang mudah.."beritahunya semasa tunduk memandang helaian muka surat yang diselaknya.

         "Kau cedera ke?"tanya Keith.

Hish!

         Memangnya lelaki ni tak faham bahasa atau memang tak dengar apa dia kata. "Awak memang jenis yang takkan putus asa ya?"

         "Kalau kau jawab maybe?"Keith masih menopang bawah dagunya atas tapak tangan kirinya waktu itu. "Kenapa?Macam mana kau boleh dapat parut sepanjang tu?"

Reeya melepaskan keluhan Panjang. Dia pandang sekeliling bilik kuliah itu. Rakan sekuliahnya juga sedang sibuk berbincang. Sementara lelaki sebelahnya tidak habis-habis melalut perkara yang tidak penting.

           "Ianya adalah luka jahitan saya. 6 tahun yang lepas saya terlibat dalam kemalangan serius."Reeya pandang Keith lantas berbisik dengan perlahan."Parut yang awak lihat ni sikit je...Seingat saya, ada tiga barisan jahitan di sekitar kepala saya. Kemalangan tu menyebabkan saya cedera parah di bahagian kepala. 25 pembedahan, tiga kali seizure, 2 kali mati nadi, empat kali pendarahan, lapan kali buang darah beku. After effect...saya hilang ingatan sepenuhnya."

          Keith menjatuhkan tangan di bawah dagunga saat lelaki itu begitu shock dengan apa yang diberitahu Reeya. Dia menahan nafas tanpa sedar. "Apa dia?"

          "Saya koma selama 2 tahun. Sedar-sedar aje..saya tak ingat apa-apa. So sekarang boleh kita fokus pada kelas kita?Saya nak keluar dewan dengan cepat walaupun saya tak peduli sama ada lulus matapelajaran ni atau tidak.."gerutu Reeya dengan geram saat membaca butiran di dalam buku tu.

           "Macam mana kemalangan tu berlaku?"

           "Saya tak tahu..family saya tak nak ceritakannya. Mereka cuma beritahu ianya tak penting."

           "Bila?"

Aduh!

Banyak pulak soalan keith ni.

           "Yang awak sibuk tanya semua ni kenapa?Memangnya ada kaitan dengan topik kuliah kita ke?"Reeya berkerut kening kerimasan.

          "Sebab itu kau cakap kau tak faham bila aku cakap dengan kau tentang kisah lama?"Keith bercakap dengan diri sendiri. Dia pandang ke depan dengan kening berkerut memandang marah akan papan putih yang penuh dengan tulisan pensyarah mereka.

          Asal dengan Keith ni?Makin lama makin yang aneh-aneh aje perangainya. "Awak nak beri cadangan ke tidak ni?Kalau tak saya pilih sendiri tajuk ni kang."

          Acuh tak acuh Keith mengangguk kepala. "Hmm..kau pilih nanti aku tolong sediakan isinya."beritahunya semasa termenung memikirkan tindakan dia memarahi Reeya kerana gadis itu tidak mengecam dirinya. Dia fikirkan Reeya berpura-pura tidak ingat pada dirinya.

Rupa-rupanya kekasih lamanya ini telah kemalangan hingga hilang ingatan? Siapa punya kerja ni?Siapa punca Reeya cedera parah hingga koma untuk tempoh yang lama?Seluruh badan Keith mula menggigil kerana marah. Dia kepal penumbuknya dengan erat. Patut ke dia bunuh orang tu!

Reeya di samping Keith perasan akan hal itu. Dia yang risau pandang akan tangan Keith yang menggigil kuat atas meja sebelum ke tepi muka lelaki itu. Hairan melihatnya dia tanpa teragak-agak menekap tapak tangan atas kepalan penumbuk tu.

Ada apa sebenarnya dengan Keith ni?

        "Keith?"

Tersentak dengan sentuhan itu, Keith sedar dari lamunannya. Dengan marah dia berpaling memandang Reeya. Serius dia hampir hendak mengaum berang, tapi tak jadi lepas bertentang mata dengan Reeya beriak risau.

         "Awak okay tak ni?"kening Reeya berkerut-kerut semasa menilik wajah berang Keith waktu itu.

          Mata Keith gerak memandang tangan Reeya di atas kepalan penumbuknya sebelum dia mengetap gigi menahan sabar. Gara-gara kemalangan tu, Reeya telahpun lupa siapa diri dia! "Aku okay.."beritahunya dengan anggukan kecil.

Masih tidak pasti dengan jawapan Keith, Reeya hanya pandang tidak faham dengan perubahan angin Keith. Tadi elok aje sibuk berborak dan bercerita dengan dia, mula aje kelas buat perangai pelik?Salah makan ubat ke?

✳️✳️✳️✳️✳️✳️✳️

45. Bila Cinta Tak BersatuWhere stories live. Discover now